YAKJUJ DAN MAKJUJ

Tuesday, January 31, 2012

UMNO/APCO YANG RASIS BUKAN DAP

Rasiskah DAP kerana dedah penyelewengan Umno BN?

Roketkini.com,
 
“Saya bangga walau pun terpaksa dipenjarakan dalam perjuangan menentang ketidakadilan terhadap sebuah keluarga miskin Melayu di Melaka.
“Adakah mana-mana pemimpin BN pernah ke penjara kerana memperjuangkan hak Melayu atau bukan Melayu? Kalau ada pun pemimpin BN yang dipenjarakan, ia adalah kerana penyelewengan dan rasuah dan bukan kerana memperjuangkan rakyat,” demikian kata-kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai menjawab fitnah dan tohmahan lidah rasmi Umno, iaitu Utusan Malaysia, apabila mendakwa kononnya DAP adalah parti paling rasis di dunia.
“Ini menunjukkan betapa kecewanya mereka kerana makin ramai Melayu sudah tidak percaya dalam Umno dan Utusan sehingga mereka menyertai DAP.
“Utusan Malaysia sudah kehilangan kredibiliti, malahan di kalangan Melayu, apabila akhbar itu telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan diarahkan untuk membayar RM200,000 kerana memfitnah saya sebagai anti-Islam dan anti-Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya DAP bangga dengan rekod memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Orang Asli, dan kerana itu, sudah makin ramai orang Melayu tidak percaya kepada pembohongan para pemimpin Umno dan penipuan Utusan tentang DAP.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keputusan mahkamah terhadap Utusan juga membuktikan bahawa DAP dan beliau sendiri tidak bersifat anti-Melayu atau anti-Islam.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, peruntukan, bantuan kebajikan dan usaha murni untuk orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang telah ditingkatkan berkali-kali ganda berbanding dengan pentadibran BN.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menjelaskan bahawa serangan Utusan itu berpunca daripada kenyataan balas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah menyeru agar masyarakat Cina terus menyokong BN.
“Kenapa tidak salah apabila Chua menyeru kepada masyarakat Cina untuk bersatu menentang perubahan, tetapi salah apabila Kit Siang menyeru supaya masyarakat Cina untuk bersatu untuk menukar kerajaan dengan menyokong PR?
“Adakah DAP itu sebuah parti rasis kerana meminta supaya tindakan diambil terhadap kes rasuah seperti permintaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet?
“Adakah DAP itu rasis kerana menyerang Umno yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kehilangan saham Bumiputera berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu miskin yang tidak menerima walau satu saham pun?
“Adakah DAP itu rasis kerana mempersoalkan konsesi lebuh raya Banting-Taiping selama 60 tahun dan berjumlah RM7.07 bilion kepada Kumpulan Europlus Bhd yang dimiliki seorang bukan Melayu?” soal beliau.
Beliau menambah bahawa Utusan Malaysia sudah tidak relevan lagi apabila orang Melayu pun sudah tidak percaya dalam fitnahnya.
Guan Eng juga membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin kerana  menggelar DAP cauvinis sedangkan DAP adalah parti berbilang kaum yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Menurutnya Muhyiddin tidak berhak menuduh DAP kerana Timbalan Presiden Umno itu sendiri sudah mendabik dada mengumumkan bahawa beliau adalah “Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian”.
Katanya keengganan Muhyiddin untuk mengutuk Utusan Malaysia kerana menggambarkan tragedi rusuhan Mei 13 yang mengakibatkan kematian beribu-ribu rakyat Malaysia sebagai “hari keramat” jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang bersikap cauvinis dan rasis.

SEMUA RAKYAT MALAYSIA TAHU UMNO/APCO HIPOKRIT

Fais Al-Hajari kata:
Puak-puak UMNO/apco tak habis-habis memainkan isu 13 Mei. Bangkitkan macam mana DAP (DAP ke?) mencincang dan memaki hamun orang Melayu whatsoever.

Aku malas nak mention tentang apa kisah sebenar di sebalik 13 Mei sebab dah banyak kali aku buat macam tu - dan segalanya berbalik kepada konspirasi beberapa pemimpin UMNO/APCO (atau masa tu ex sebab kena pecat) untuk merampas kuasa.

but tu bukan point aku kali ni.

Cuba kita fikir - 13 Mei hanya berlaku pada 1 hari. tidak ada susulan selepas itu. walaupun ganas, peristiwa itu tidak menyeluruh - hanya berlaku di Lembah Kelang. Kelantan langsung terputus kisah 13 Mei - Cina dan Melayu di sana tak tau apa-apa pun tapi dicanang seolah-olah sejarah yang paling teruk dan dijadikan alasan untuk menghentam DAP (dan kaum Cina secara umum) seteruk-teruknya.

Apa pasal depa tak hentam Jepun? Apa pasal depa tak hentam British? Jepun menjarah negara ni selama 3 tahun dan dalam tempoh 3 tahun tu, berapa ramai orang Melayu, Cina dan India yang mati dipancung kepala, anak gadis yang dirogol, kampung-kampung yang dibakar, serta entah berapa juta lagi manusia kena pelempang Jepun? Tapi apa jadi hari ni? Semua orang TERMASUK PUAK-PUAK UMNO/APCO itu mendewa-dewakan Jepun - membeli dan mengguna pakai barangan keluaran depa. menjalinkan hubungan dagangan dengan depa. tengok filem-filem depa. Anak-anak kita dok nak jadi superhero depa. Mahathir sendiri sampai suruh kita contohi Jepun menerusi gagasan "Dasar Pandang ke Timur". Mudahnya kita melupakan kekejaman Jepun selama 3 tahun tu ek?

Macam mana pulak dengan British? Menjajah negara ni (Zainal Kling mesti marah aku) selama 200 tahun. Tak tau berapa banyak pejuang Islam dan Melayu dibunuh, dipenjara, anak gadis dan wanita dirogol dan dicabul. Adat resam Melayu dan sahsian Islam dilanggar sesuka hati mak bapak depa, dipecahkannya masyarakat supaya tidak bersatu padu, hina dan memperlekehkan serta melemahkan Raja-raja Melayu seumpamanya. Tapi apa jadi? Undang-undang depa negara kita junjung. Budaya dan peradaban kita dihalakan ke arah sana. England menjadi tempat utama anak-anak sekular (atau anak-anak yang siqqah tapi dipaksa oleh kerajaan sekular) untuk sambung belajar dan sebagainya. Apakah dosa 200 tahun British terhadap negara kita ni dilupakan dengan mudah?

Macam mana masyarakat, esp UMNO/APCO, begitu mudah melupakan kesialan selama 3 tahun, 200 tahun tapi dalam masa yang sama memperbesar-besarkan "dosa 1 hari" seolah-olah  ITULAH DOSA YANG MAHA BESAR YANG TAK BOLEH DIAMPUN?

berhentilah menjadi hipokrit.

Monday, January 30, 2012

INI UMNO/APCO YANG BUAT BUKAN DAP, PAS, ATAU PKR

KFC Malaysia dah jadi milik Yahudi?.. salah Anwar juga ke?


Jangan ditunding jari kepada golongan bukan Bumiputera sebagi penyebab gagalnya golongan Bumiputera menguasai 30% ekuiti dalam ekonomi negara! Selagi negara mempunyai pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri untuk memuaskan nafsu politiknya maka selagi itulah negara dan khazanah negara berada dalam keadaan bahaya.


Bukan sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada agenda Melayu dan Bumiputera tatapi realitinya membuktikan UMNOlah sebenarnya yang menghakis agenda Bumiputera dahulu, kini dan selamanya.
PENGAMBIALIHAN QSR DAN KFCH OLEH JCORP
PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP AGENDA BUMIPUTERA

Pada 21 Disember, 2011, Lembaga Pengarah KFC Holdings (M) Bhd. dan QSR Brands Bhd. telah bersetuju menerima tawaran yang dibuat oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) untuk mengambilalih keseluruhan perniagaan KFC dan QSR termasuk semua aset dan liabiliti. Kos pengambilaihan ini adalah RM5.2 bilion dengan pertimbangan RM4 bagi saham KFCH dan RM6.80 bagi saham QSR.

MESB adalah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) yang 51% saham dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp) dan 49% dimiliki oleh CVC Capital Partners, sebuah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan antarabangsa. Setelah proses pengambilalihan, MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia dan akan diubah status menjadi “syarikat persendirian”.

JCorp memiliki 53% saham di dalam Kulim (M) Bhd. manakala Kulim Bhd memiliki 57.5% saham di dalam QSR Brands Bhd. QSR pula memiliki 50.6% saham di dalam KFCH. QSR melalui KFCH memiliki dan mengendalikan 640 Restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan India. KFCH juga menguruskan 29 Restoran RasaMas di Malaysia dan Brunei disamping 55 Kedai Ayamas di Malaysia.

Implikasi pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp melalui Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) adalah seperti berikut;

1) Proses pengambilalihan ini akan menyebabkan 49% saham dalam KFCH dan QSR akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera melalui pemilikan 49% saham oleh CVC Capital Partners dalam MESB. CVC Capital Partners adalah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari Yahudi. Pada tahun 1993 CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.



2) Persoalan yang belum terjawab adalah kenapakah pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp perlu melalui pihak ketiga iaitu MESB yang 49% sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners. Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat koperat berkepentingan bumiputera. Cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera.

3) Kenyataan JCorp yang dikeluarkan pada 19hb. Disember, 2011 dengan menyatakan pengambialihan tersebut akan menjadikan JCorp mempunyai wang secukupnya bukan sahaja untuk menjelaskan hutang tetapi juga menjana pulangan secara langsung membayangkan bahawa kemungkinan saham 51% yang dimiliki oleh JCorp dalam KFCH dan QSR akan dijual kepada pihak lain. Kemungkinan ini juga berdasarkan kepada keenganan pengurusan JCorp sekarang ini untuk mengikuti perancangan asal JCorp semasa dibawah bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Tan Sri Dato’ Ali Hashim iaitu untuk menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea yang bernilai RM6 bilion yang dimiliki melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. bagi membayar hutang JCorp.

Apabila tidak menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea, maka JCorp terpaksa menjual aset-asetnya yang lain seperti Menara Pejabat Kotaraya dengan 100 tempat letak kereta beharga RM27 juta kepada Iskandar Investment Berhad (IIB), 13,687 hektar ladang kelapa sawit kepada Kulim (M) Bhd. pada harga RM700 juta.

JCorp juga bercadang untuk menerbitkan bon baru sebanyak RM2.5 bilion bagi menyediakan sejumlah RM3.58 bilion bagi menebus bayar bon yang akan matang pada 31 Julai, 2012 yang telah diterbitan pada tahun 2002. Jika mengharapkan dividen RM100 juta setahun dari pelaburan JCorp dalam KFCH dan QSR ianya akan memakan masa yang lama bagi membayar balik tambahan hutang RM2.652 bilion (51% dari kos keseluruhan RM5.2 bilion) yang perlu ditanggung oleh JCorp dalam proses pengambilalihan ini.

Keadaan ini akan dijadikan alasan kukuh oleh pengurusan JCorp sekarang ini untuk menjual sebahagian daripada 51% saham JCorp dalam KFCH dan QSR. Jika ini berlaku maka insiden “terlepasnya Pulau Batu Puteh” akan berulang kembali kerana KFCH dan QSE boleh dikatakan lubuk emas dari aspek pelaburan dengan jualan kasar setahun melebihi RM4 bilion.

Itulah juga rahsianya kenapa MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia untuk menjadi status “syarikat persendirian” supaya pindahmilik saham boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa pengetahuan orangramai dan juga terlepas daripada syarat-syarat dan peraturan yang ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Akhirnya majoriti saham KFCH dan QSR akan dikuasai oleh individu dan syarikat asing serta penguasaan bumiputera ke atas KFCH dan QSR akan terlepas.

4) Majoriti pelanggan rangkaian resoran KFC, Ayamas dan Rasamas adalah orang-orang Melayu Islam. Apabila majoriti saham KFCH dan QSR terkepas kepada warga asing dan bukan bumiputera maka isu halal ayam KFC akan timbul semula sebagaimana pernah timbul satu masa dahulu.

Bagaimana nasib ratusan kontraktor bumiputera yang selama ini dibimbing oleh JCorp sebagai pembekal kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimana nasib penternak-penternak ayam bumiputera yang dibimbing selama ini bagi membekalkan ayam kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimanakah penguasaan 30% ekuiti ekonomi oleh Bumiputera jika agenda sebegini masih ada pada pimpinan UMNO/BN?

5) Apakah peranan YAB Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang juga merupakan Pengerusi JCorp? Adalah mustahil beliau tidak mengetahui agenda yang tersirat disebalik yang tersurat. Apakah ada tangan “superman” yang dikatakan oleh Tan Sri Dato’ Ali Hashim yang menyebabkan Dato’ Abdul Ghani Othman terpaksa berdiam diri dan hanya bersetuju dengan apa yang telah dinasihatkan oleh “penasihat” atau mungkinkah Dato’ Abdul Ghani telah dijanjikan dengan habuan politik untuk terus menerajui Negeri Johor sebagai Menteri Besar bagi tempoh sepenggal lagi.

Persoalannya siapakah pemegang watak “superman” dan “penasihat” dalam filem ini. Kalau mengikut teori filem 3 Abdul, yang pasti Tuan Penasihatnya adalah Kassim Pantalan yang terkenal dengan panggilan “20 percent”. Setiap nasihat yang diberi mesti ada bahagian untuknya. Dalam proses pengambilalihan, siapakah agaknya Kassim Pantalan yang sentiasa beroleh keuntungan. Sadiq Sigaraga atau ‘supermannya’ dipercayai adalah orang atasan UMNO/BN, manakala Abdul Wahab adalah Pengerusi JCorp iaitu YAB Menteri Besar Johor dan Abdul Wahib adalah Presiden atau Ketua Eksekutif JCorp sekarang iaitu Kamaruzzaman Abu Kasim.

6) Semasa JCorp di bawah pentadbiran Tan Sri Dato’ Ali Hashim, beliau bersungguh-sungguh memastikan bahawa JCorp dan anak-anak syarikatnya tidak dipengaruhi oleh orang politik khususnya di dalam membuat keputusan pelaburannya. Pada masa beliau hanya seorang sahaja ahli politik yang terlibat iaitu YAB Dato’ Abdul Ghani Othman sebagai pengerusi JCorp. Bagi menjayakan filem ala 3 Abdul ini, UMNO telah memasukkan beberapa kuda tungganganya dalam Kulim (M) Bhd. sebagai pengarah iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid (44 tahun, berasal dari Kedah, Ketua Pemuda Putrajaya & EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Natasha bte Kamaluddin (39 tahun, Pengarah Ethos & Company), Wan Mohd Firdaus Wan Ahmad Fuaad (28 tahun, berasal dari Kelantan, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor) dan Edward Leung Kok Keung (44 tahun, dipercayai wakil Dato’ Lim Kang Hoo, pemilik Ekovest dan Danga Bay). Kesemua mereka kecuali Natasha adalah juga dilantik sebagai Lembaga Pengarah Damansara Realty Bhd. anak syarikat hartanah Kulim (M) Bhd. Akhirnya, JCorp hanyalah dijadikan alat bagi pihak-pihak tertentu untuk memuaskan nafsu politik dan nafsu business mereka.

Selamatkan Johor

Sudah sampai masanya untuk rakyat Negeri Johor untuk sedar dari buaian mimpi rekaan UMNO/BN. Jangan ditunding jari kepada DAP, PKR ataupun PAS yang menyebabkan terhakisnya agenda Bumiputera! Jangan ditunding jari kepada golongan bukan Bumiputera sebagi penyebab gagalnya golongan Bumiputera menguasai 30% ekuiti dalam ekonomi negara! Selagi negara mempunyai pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri untuk memuaskan nafsu politiknya maka selagi itulah negara dan khazanah negara berada dalam keadaan bahaya. Bukan sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada agenda Melayu dan Bumiputera tatapi realitinya membuktikan UMNOlah sebenarnya yang menghakis agenda Bumiputera dahulu, kini dan selamanya.

Rakyat Negeri Johor hanya mempunyai satu pilihan iaitu memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum ke-13 bagi melahirkan Abdul Wahub yang akan menyelamatkan aset atau harta milik khazanah negeri dan rakyat Negeri Johor daripada terus digadaikan oleh pimpinan UMNO/BN bernafsu seperti Sadiq Sigaraga.

“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”

Sr. Hj Dzulkefly Hj Ahmad
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor

Sumber : Sozcyili

MELAYU SUSAH, SURUH CINA TOLONG KE ?

Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) gagal. Dasar Wawasan Negara (DWN) pun gagal. Oleh sebab itu, Melayu tak dapat 30% ekuiti. Rakyat sudah pun maklum bahawa kegagalan itu disebabkan oleh Melayu dalam UMNO/APCO yang menyeleweng dan salah guna kuasa. Bukan salah orang Cina. Bukan salah orang India. Bukan salah DAP kerana mereka tidak menjadi parti pemerintah peringkat pusat. Bukan salah PAS kerana mereka tidak menjadi parti pemerintah peringkat pusat. Bukan salah PKR kerana mereka juga tidak menjadi parti pemerintah peringkat pusat. Hakikatnya dalam kes ini Melayulah yang khianati Melayu. Maka layaklah UMNO/APCO diberi title pengkhianat bangsa.

Sedang rakyat memahami kedudukan sebenar itu dengan sejelas-jelasnya, muncul pula gerakan rasis ini cuba menghapuskan arang yang terconteng di mukanya. Mereka ini sudahlah berpura-pura tidak rasis, adab pun tidak tahu. Bagi angpow kepada orang Cina dalam sampul putih. Itu satu penghinaan namanya. Angpow sama dengan derma orang mati ke? Demikianlah kalau dah terbiasa biadab. Benda sudah jadi. Nak tepis macam mana pun tidak berguna lagi. Dah terlanjur tu terima sahajalah padahnya.

Sudahlah biadab, dipohon pula supaya orang Cina bantu Melayu dapatkan ekuiti 30% tu. Ini apa hal pulak ?  Apabila Melayu khianati Melayu hingga matlamat itu gagal, Cina pula kena tolong Melayu. Dia belajar di mana ni? Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya. Bertindak tu biarlah guna akal yang Tuhan bagi. Jangan pakai hentam kromo saja. Nampak sangatlah tidak cerdiknya. 

Sekarang ini macam nasi sudah jadi bubur. Cakap sampai berbuih mulut pun dah tidak berguna lagi.  Rakyat sudah bosan dengan karenah UMNO/APCO. Rakyat turut bosan dengan PERKASA yang sedikit pun tidak tersentuh apabila MCA hina Islam.  Alih-alih bawa isu ini pula. Cuba nak jadi hero la tu. Tak payahlah. Rakyat Malaysia, tak kira Cina, Melayu, India, atau lain-lain sudah faham benar dengan perangai jelek PERKASA.

Memang aneh perangai Melayu dalam UMNO/APCO dan PERKASA. Amat tidak masuk akal apabila mereka meminta bantuan kaum lain yang tidak ada kena-mengena dengan kegagalan Melayu supaya membantu Melayu. Pemimpin Melayu dah tak tahu nak buat apa-apa ke? Kalau Cina tak tolong, orang Melayu akan tambah merempatkah? 

Inilah pandangan orang yang tak sedar diri. Sesudah orang Melayu dipunah-ranahkan, inikah jalan penyelesaiannya? Adakah PERKASA nak kata orang Cina berdosa besar kalau tak tolong Melayu? Adakah PERKASA nak kata orang Cina tidak bertanggungjawab kalau tak tolong Melayu?  Khianat pemimpin Melayu tu hendak dicampakkan ke mana?  Janganlah cuba lepaskan kesalahan sendiri kepada orang lain.

UMNO/APCO dan PERKASA tidak sepatutnya dibiarkan terus mengaum dengan kepura-puraan yang melampau bahawa mereka pembela Melayu. Hayat mereka perlu dibereskan. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa perlu bersatu padu menyekat golongan ini daripada terus berkuasa. Itu sahaja matlamat kita sekarang ini. Ya, tindakan kita ialah ABU. Asalkan Bukan UMNO.  

APA DAH JADI NI: ROSMAH LEBIH KELAS DARI NAJIB!!

Gosip Rosmah di tangan wartawan gay
Sebilangan orang meremehkan ruangan gosip di akhbar Australia yang mendedahkan babak awal percutian perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor.

Apatah lagi wartawan yang mengulas perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) itu seorang gay -- istilah yang dicemuh di negara ini.

Jika seseorang itu pro-kerajaan dan simpati pada Rosmah, dua fakta ini sudah cukup melucutkan kewibawaan maklumat yang disampaikan di harian Sydney Morning Herald minggu lepas.

Mungkin mereka sendiri sudah terlupa atau tidak menyedari bahawa dakwaan liwat Anwar Ibrahim sendiri bermula dari keratan kecil kolum gosip sebuah majalah hiburan popular pada 1997.

NONE Pemimpin majalah itu pula, walaupun bawah payung kumpulan media yang akrab dengan Umno, seorang yang mempunyai orientasi seks tertentu (jika gay tidak sesuai).

Beberapa bulan sebelum buku 50 Dalil muncul pada awal 1998, keratan kecil ini cukup menjadi bahan wartawan memburu berita dengan cuba mengesahkan dakwaan itu daripada mulut perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Lihatlah bagaimana keratan kecil gosip itu berkembang menjadi episod politik yang maha dahsyat dan kes mahkamah yang maha gempar kemudiannya.

Perbandingan ini tidaklah membawa maksud gosip lebih benar daripada buku; atau kes mahkamah Anwar kemudiannya lebih palsu daripada dakwaan Dr Mahathir.

Ia hanya menjelaskan satu unjuran peristiwa bahawa gosip di media -- walau dianggap remeh dan layak dipedulikan oleh orang yang rendah akalnya -- boleh mendatangkan malapetaka politik suatu hari nanti.

Setidak-tidaknya malapetaka kepada Anwar dan penyokongnya -- termasuk pemimpin kumpulan media yang menerbitkan keratan kecil gosip tersebut!

(ii)

Ruangan 'Private Sydney' kelolaan Andrew Hornery bukan sahaja membongkar beberapa babak awal tabiat berbelanja Rosmah, ia juga menceritakan ke mana pergi suaminya Najib Abdul Razak dan gelagatnya sewaktu bercuti di kota besar itu.

Dengan dukungan maklumat blog Frockwriter, yang menjadi sandaran Hornery, peminat politik dapat mengintai di sebalik tabir kehidupan santai pasangan pertama negara ini.

Episod ini belum dibahaskan media secukupnya.

Fokus utama setakat ini -- termasuk penjelasan pereka fesyen Carl Kapp -- malah mendedahkan lagi sisi-sisi Rosmah yang sedia dicurigai ramai.

darling hotel sydney australia Reaksi Najib terhadap Kapp dan pereka fesyen Itali kegemaran ahli parlimen Pekan sewaktu berbual di penthouse semahal A$20,000 (RM65,100) semalam belum dibicarakan.

Media sendiri, termasuk Malaysiakini, setakat ini gagal mengesahkan daripada tuan punya badan. Apakah wajar seorang perdana menteri mendapat kemudahan seperti itu dan berapa kerap perbelanjaan dikeluarkan untuk kemudahan seumpamanya?

Jika media gagal mendapatkannya sekarang, mungkin tiba giliran ahli-ahli Dewan Rakyat membangkitkannya dalam persidangan Mac depan.

Kalau gagal juga di Dewan Rakyat, nampaknya hanya si isteri yang bakal menanggung cemuhan sedangkan sang suami yang memegang jawatan awam tertinggi ghaib daripada radar muhasabah rakyat.

Tidakkah ia berat sebelah dan ganjil?

(iii)

Rosmah, sebagai pendamping perdana menteri, sengaja mencari status selebriti.

Sebagai wanita pertama, status itu sepatutnya datang secara alami; bukan direkayasa melalui penampilan berlebihan di media arus perdana.

Namun Rosmah ingin menonjol sebagai ikon besar wanita; bukan sekadar selebriti biasa.

NONE Kadang-kadang imej Rosmah jauh ke depan daripada ketua Wanita BN sendiri, jawatan kanan dalam kerajaan dan parti, sehingga Shahrizat Abdul Jalil kelihatan sekadar bayang-bayang isteri Najib.

Mujurlah muncul isu National Feedlot Corporation (NFC) dan keriuhan projek lembunya di Gemas -- dapatlah menteri berkenaan mencuri perhatian rakyat.

Di awal penonjolannya, Rosmah tidak menyedari ia telah meresahkan media apabila hampir setiap hari akhbar dan TV terpaksa memberitakan kegiatan, foto atau kenyataannya.

Remeh-temeh melayan karenah Rosmah dalam usahanya mendapatkan liputan di media sudah menjadi gosip tidak bertulis di kalangan barisan wartawan arus perdana sejak 2009, awal-awal Najib memegang tampuk kepemimpinan negara.

Penonjolan itu juga sekali gus membangkitkan rasa ingin tahu luar biasa pengguna media, yang juga pengundi dan rakyat negara ini.

Dan akibatnya -- seperti lumrah nasib semua manusia yang berkuasa, terkenal dan elitis -- ikon ini menjadi sasaran intipan dan umpatan ramai, termasuk ahli politik dan media.

Semakin besar penonjolannya, semakin ghairah pula rakyat bawahan ingin menyelak misteri kekuasaan, keelitan dan pengaruh Rosmah. Ibarat selebriti Barat dengan paparazzinya!

Jadi media, sebagai saluran popular komunikasi antara elit dan rakyat bawahan, tidak mempunyai banyak pilihan kecuali memburu dan terus memburu ikon besar itu.

Sehingga? Sehingga semuanya lenyap daripada radar awam dan ikon atau selebriti baru pula muncul.


Fathi Aris Omar  yang bertugas sebagai ketua pengarang di Malaysiakini.

Sunday, January 29, 2012

BEST JUGAK STORY NI





Pemuda Umno: I nak raba U sikit je sayang . . .


Puteri Umno: Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?


Pemuda Umno: Kita kawen la . . . I jumpa ...... parents U . . .


Puteri Umno: Betul ? U nak kawen dengan I ?


Pemuda Umno : Betul sayang . . . Sumpah (siap bersumpah laknat lagi). . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .......




Setahun selepas itu . . .




Puteri Umno: Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U tinggalkan I . . .


Pemuda Umno: I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada Lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I nak kawen dengan U ?


Puteri Umno: Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?


Pemuda Umno: I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . . (sambil membetulkan songgkok tinggi)


Puteri Umno: U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !


Pemuda Umno: U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .


Puteri Umno: U akan dapat balasan dari Allah nanti ! (dh terdesak baru ingat Allah)


Pemuda Umno tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita Umno yang diimpikannya . . .




MALAM PERTAMA kisah diranjang Pemuda Umno DAN WANITA UMNO YANG BARU DINIKAHINYA .




Pemuda Umno: Sayang . . . I love U so much . . . (sambil menanggalkan


songgok tingginya dan meletakkannya di bucu katil)


Wanita Umno: Me too sayang . . . (sambil membuka tudung merah yg pernah dipakainya semasa Perhimpunan Agong Umno baru2 ni)


Pemuda Umno: I bertuah kawen dengan U Sayang.


Wanita Umno : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .


Pemuda Umno: Apa dia sayang ? (sambil merebahkan dirinya di katil)


Wanita Umno: Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . bukan atas dasar cinta. . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki yg baik macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?


Pemuda Umno: What ? ? ?! ! ! @#%$#@#$%&&*&%$#@@@




---------------------------------




Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)




Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya.
By: Kelab Bekas Ahli Umno

UMNO/APCO KATA WASATIYYAH TU MELANTAK!!!

BUKTI BERGAMBAR!!!...SANTAPAN DAN HIDANGAN ANTARA PEMIMPIN UMNO/APCO-BN DENGAN PARA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT....YANG MANA SATU BERJIWA DAN BERSELERA RAKYAT?



Gambar tidak mampu menipu...sekeping gambar boleh melakar seribu makna dan bahasa....gambar juga akan menceritakan segala-galanya....cuit minda dan tanya akal logik....PEMIMPIN MANAKAH YANG BERJIWA RAKYAT DAN MERASAI APA YANG KEBANYAKKAN RAKYAT NIKMAT DAN SANTAPI..... kalau dikota suci Mekah pun pemimpin-pemimpin UMNO/APCO boleh bersantap mewah sedangkan rakyat dikerah supaya ubah cara hidup [wasatiyyah konon], bayangkan jika mereka berada di singgahsana masing-masing....Melantak saja kerjanyeee!!!



TEPUK DADA TANYA IMAN... CUIT MINDA TANYA AKAL LOGIK....JUJUR DAN IKHLAS KEPADA DIRI SENDIRI.....YANG MANA SATU IDAMAN DAN PUJAAN HATI....YANG MANA SATU PEMIMPIN YANG MENEPATI CITA RASA DAN KEMAHUAN RAKYAT...SELAMAT BERFIKIR DAN MENILAI.. omak kau

Saturday, January 28, 2012

KEWASATIYYAHAN WANITA UMNO/APCO

auummmmmmmmmm roarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

hah hah hah kah kah kah kah....dah macam di Zoo Johor jer
 

Betul dan benar. Sikit pun tak tipu!!!

Depa ingat Allahkah masa tu ? 

Di bawah ini lebih dahsyat wasatiyyahnyeeeeeeee

BODOHNYEEE UMNO/APCO-BN

Ni apa dah jadi dengan B-END ni......sorang cakap camni sorang cakap camtu.... masing-masing cuba menakut-nakutkan bangsa masing-masing......hentikanlah sikap perkauman ni..... malu weiiiii!!!!

Friday, January 27, 2012

KHAIRY JAMALUDDIN YANG TERUS BENGAP

Khairy Jamaluddin : musuh saudara dalam UMNO/APCO, bukan DAP

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO/APCO Malaysia, telah meminta DAP mengeluarkan senarai ahli-ahlinya dari kaum Melayu jika benar DAP sekarang sedang mendapat sokongan dari kaum Melayu. Khairy berkata setakat 3 orang Melayu yang menyertai DAP itu tidak melambangkan yang parti itu sudah diterima oleh orang Melayu. Saya tidak yakin kenapa penyertaan orang Melayu di akhir-akhir ini menjadi isu dari Sabah hingga ke Perlis.

Saya hanya hendak memberikan komen yang pendek terhadap cabaran Khairy ini dan saya rasa boleh memberikan jawapan kepada kenyataan Khairy itu kerana saya adalah salah seorang dari orang Melayu yang telah menyertai DAP baru-baru ini.

Untuk pengetahuan Khairy DAP tidak membuat pengasingan ahli-ahlinya mengikut bangsa dan agama. Di dalam borang permohonan menjadi ahli, tidak ada petak yang bertanyakan dari kaum apa pemohon-pemohon tersebut kerana sebagai sebuah parti yang memperjuangkan untuk semua tanpa mengira kaum dan budaya bangsa dan ethnik ahli-ahli tidak menjadi perkara penting.

Jika Khairy benar-benar mahu tahu jumlah keahlian Melayu dalam DAP, mungkin saya boleh mencadangkan kepada DAP untuk Khairy datang ke pejabat DAP dan mengira sendiri jumlah keahlian dari kaum Melayu. Khairy boleh dibekalkan dengan semua borang-borang permohonan yang ada di dalam stor DAP dan kiralah satu persatu setiap borang permohonan dari orang Melayu itu. Selepas itu Khairy boleh mengumumkannya sendiri.

Jika Khairy melakukan pengiraan sendiri, jadi tidak akan timbul isu tentang jumlah keahlian orang Melayu lagi dan tidak payah hendak menyusahkan DAP untuk membuat pengiraan itu. DAP tidak hendak bersaing untuk menunjukkan keahlian Melayu. Hanya parti itu telah mula mendapat suntikan semangat dengan ramai penyertaan dari kaum Melayu.

Bagi saya yang lebih penting Khairy lakukan ialah untuk menjaga keahlian UMNO/APCO yang berjuta orang itu yang semuanya Melayu. Elok kita memberikan input yang nyata dan jelas yang antara lebih dari tiga juta keahlian UMNO/APCO itu, lebih dari 1 juta dari mereka telah memangkah simbol pembangkang dalam pilihan raya yang lalu. Tindakan mereka itu serupalah seperti meninggalkan parti juga.

Di Rembau itu sendiri Khairy perlu mengambil perhatian kerana tidak semua ahli dan pimpinan UMNO/APCO di sana memberikan sokongan kepada beliau. Pengalaman selama 40 tahun dalam UMNO/APCO itu memadai untuk saya membuat penilaian terhadap banyak bahagian UMNO/APCO di mana-mana khususnya di Negeri Sembilan.

Memang UMNO/APCO ramai orang Melayu, malahan semuanya dari kaum Melayu. tetapi kaum ini jugalah yang akan memberi masalah kepada UMNO/APCO khususnya Khairy. Kalaulah pemimpin UMNO/APCO seperti Khairy sedar, masalah UMNO/APCO bukan ditimbulkan oleh pembangkang, tetapi oleh ahli-ahlinya sendiri.

Maka Khairy elok tumpukan masa dan tenaga beliau untuk memulihkan kesatuan dalam UMNO/APCO itu sendiri.

Biarkan DAP itu melaksanakan tugasnya walaupun dengan hanya ‘segelintir’ Melayu yang mempunyai pemikiran di dalamnya. Yang sakit sekarang bukannya DAP tetapi UMNO/APCO. Yang kelam kabut sekarang bukannya PAS tetapi UMNO/APCO. Yang menyakitkan UMNO/APCO adalah oleh ahli-ahlinya sendiri bukannya PKR.

Kalau hendak terima pandangan ini terimalah. Kalau tidak terima pun ia bukannya menjadi kudis kepada Pakatan Rakyat. Itu Khairy kena faham. Musuh Khairy bukannya kami di sebelah sini tetapi mereka yang ada di bawah ketiak beliau sendiri dan juga di kalangan ‘war lords’ dalam UMNO/APCO itu.

Aspan Alias. 

UMNO/APCO KEDAH LAYAK JADI MODEL BERAS SAJA!!!

Madrasah Salihiah.Puak Umno Dah Sengap Ka?

Sebelum nie bukan main kecoh puak-puak ni yang menghentam keputusan majlis  fatwa negeri kedah?Tapi mana puak-puak ni? Masih ada lagi ka yang dok nak berjihad?ataupun dah dapat duit UMNO/APCO bagi sengap balik dok ngan anak bini?Isu nie aku sokong kerajaan negeri kedah atas kebijaksanaan bagi mematahkan terus usaha-usaha jahat puak-puak penentang terutamanya UMNO/APCO kedah yang ketiadaan modal bagi menghadapi PRU13 nanti..Mana Mat Basyah yang baru ni bukan main kemaih-kemain..Kerajaan negeri buat kebaikan untuk rakyat dan negeri tapi puak-puak ni pulak bikin onar.Puak-puak ni yakin UMNO/APCO boleh rampas kedah agaknya dari PR tapi insyallah aku yakin kedah akan kekal dibawah pentadbiran PR...Bukan aku seorang saja yang puji kebijaksaan PR dalam memerintah kedah.Tapi Tuanku agong pun memuji kebijaksanan nie...Ok..Bagi mematahkan serangan yang dibuat oleh Puak-puak UMNO/APCO nie.


 
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Razak menunjukkan pelan cadangan surau baru di Aman Central, yang bakal menggantikan Madrasah Salihiah.
 
Surau itu bakal dibuka 24 jam walaupun kompleks membeli belah itu tidak dibuka 24 jam.
 
Surau berkeluasan 4,800 kaki yang mampu memuatkan 400 jemaah akan dibina di aras bawah oleh pemaju, Belleview Sdn Bhd, bagi menggantikan madrasah yang diroboh.
 
Sebelum Timbalan Pengerusi UMNO/APCO Kedah,  Datuk Mukhriz Mahathir, mencabar kerajaan negeri Kedah menunjukkan pelan cadangan surau bagi menggantikan Madrasah Salihiah.

“Saya hairan kenapa asyik bercakap pasal nak roboh surau tetapi tidak diuar-uarkan akan dibina surau baru yang lebih luas dan selesa.


“Sejumlah RM4.8 juta disumbangkan pemaju kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) untuk bina surau ini, selain RM1.4 juta yang telah dibayar, menjadikan keseluruhan RM6 juta,” kata Azizan kepada media selepas meraikan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Seri Mentaloon.


Menurutnya, Maik telah pun mengenal pasti enam tapak di sekitar Alor Setar untuk dipilih bagi menggantikan tanah wakaf baru madrasah itu.


Menurut Azizan selain berhasrat membangunkan negeri ini, projek berkenaan Aman Central bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 orang.
“Selain kompleks beli belah, sebuah hotel lima bintang akan dibina berdekatan dalam usaha kita merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar. Kita mahu ubah kawasan ini menjadi seperti Orchard Road di Singapura.



  Mana Mat Basyah??Sejak jadi Model beras ni senyap sepi nampaknya..Kahkahkah. -SK


SAPA YANG BENGONG?

BENGONG NYEEE RAKYAT MALAYSIA!!!

Thursday, January 26, 2012

KALAU TERDESAK, APA-APA PUN UMNO/APCO SANGGUP BUAT



Himpunan Sejuta Ummat : Kenapa terdesak sangat ni??


Mungkin kerana menyedari Program anjuran mereka iaitu Himpunan Sejuta Ummat Selamatkan Akidah di Pulau Pinang bakal menurut jejak program yang telah dianjurkan mereka di Shah Alam beberapa ketika lalu iaitu tidak mendapat sambutan.


Surat jemputan yang menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi menjemput pengerusi-pengerusi Qaryah Masjid di Pulau Pinang telah diedarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, YB Hj Abdul Malik Kassim melahirkan kekesalannya terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab itu, dan menurutnya “kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut”.

Samada mereka terdesak untuk menghimpunkan seramai mungkin bagi menjayakan program Himpunan Sejuta Umat atau sengaja mahu menimbulkan rasa curiga pihak lain terhadap Exco Agama Islam Pulau Pinang dari PKR hanya mereka yang tahu.

Kalau dah terdesak sekalipun takkanlah sampai terpaksa menipu pengerusi-pengerusi Qaryah Masjid kot..

Untuk melihat surat palsu yang telah diedarkan oleh mereka ini.. sila klik pada image..

KENYATAAN MEDIA

26 Januari 2012

JEMPUTAN PROGRAM HIMPUNAN SEJUTA UMAT MENGGUNAKAN KEPALA SURAT PALSU PEJABAT EXCO AGAMA ISLAM

Saya begitu kesal dengan tindakan pihak tertentu, memalsukan surat saya dengan menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berhubung Jemputan Menghadiri Program Perhimpunan Himpunan Ummah Selamatkan Akidah yang dijadual pada 28 Januari 2012 di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas.

Surat bertarikh 19 Januari 2012, yang ditujukan kepada pengerusi Qaryah Masjid Pulau Pinang itu juga menggunakan nombor rujukan palsu, selain hanya memaparkan nombor faks pejabat saya tanpa meletakkan nombor telefon pejabat.

Ingin saya tegaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut, yang saya difahamkan adalah anjuran beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Tindakan memalsukan surat rasmi bagi menjemput orang ramai menghadiri majlis tersebut, bukan sahaja menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretikanya pihak berkenaan, bahkan ia mencerminkan hati budi mereka yang sebenarnya.

Lanjutan daripada itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Timur Laut, George Town pada jam 2.12 petang tadi bagi menyiasat perkara ini.

YB ABDUL MALIK KASIM,
EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

26 Januari 2012

BOLEH JALANKAH STRATEGI YANG DAH TERBURAI NI ?

YB Datuk,

Attached please find the guidance/messaging on the Bersih issue for your attention and action, where necessary.

This follows the UMNO Political Bureau meeting where this issue was also discussed and that this material be circulated to all bureau members.

Please note that the usual confidentiality rule applies.

Please do not forward or disseminate it to unauthorised person/persons.

Thank you and best regards

Jalil Hamid

Head, National Communications Team, PMO


*************************************

GUIDANCE ON KEY ISSUES No 8/2011

Issue: BERSIH 2.0

By most accounts, the Bersih 2.0 protest on July 9 could turn out to be massive and will certainly go beyond issues of fair and free elections. With over 100 political, NGO and right groups could be joining the “March for Democracy”, we expect them to champion a slew of issues ranging from inflation to Teoh Beng Hock and Lynas. The protest, if not countered, could undermine the government, the economy and national security. This note sets out the policy guidance and the do’s and don’ts in managing the issue.

Advisory

The process of mind-conditioning will continue in the run-up to July 9. The process will include:
1. Discredit the organisation and its key leaders. Bersih is neither registered with ROS nor ROC. It is NOT an election watchdog but a group of politicians and politically inclined individuals who lack credibility.
2. Label the rally as “perhimpunan haram” or “illegal assembly”, and that the people behind Bersih are trouble shooters and going against the Constitution and the law to gain political mileage.
3. That they are just a front for the opposition.
4. Since DSAI is already “out of the race” for premiership, he has to resort to street protests because PR can’t win GE13 through ballot boxes. He is seeking a “short-cut” to Putrajaya via undemocratic and unconstitutional means. Remind people about his Sept 16 bluff.
5. DSAI is also using this to shift the public attention away from his legal and moral woes.
6. Create anxiety that Bersih is working for the interests of foreign elements, who are out to destabilise the country.
7. That BERSIH is not bersih (clean) after all as it is an illegal group out to create havoc.

Do’s and Don’ts

1. KDN Minister, IGP, DIG and Internal Security and Public Order Director to brief media editors at KDN. Use the meeting to reinforce the branding as “perhimpunan haram”, that Bersih is an unlawful organisation and the perpetrators are out to create chaos.
2. KDN, which has jurisdiction over all print media, needs to exert its authority in ensuring the press toe the line.
3. Confine politicians to just making political statements. Let the police do their job.
4. PDRM can start calling up Bersih organisers based on the hundreds of police reports lodged so far.
5. Encourage the use of 3rd party validators.
6. Pre-empt chaos and disorder (fear paradigm). The “show of force” by UMNO or silat groups well before July 9 may be imperative to deter demonstrators.
7. The soundbytes in our favour MUST come from across the country and across the ethnic lines. The soundbytes should not just be confined to the Malays or those residing in the Klang Valley.
8. We must not allow the rally to be exploited by international elements.
9. As a pre-emptive measure, the authorities should stop the launch of Perhimpunan Bersih 2.0 scheduled for 19 June at the Chinese Assembly Hall. Likewise, a related Perkasa event called “Lawan Perhimpunan Bersih” at the Sultan Sulaiman Club on the same day should also be halted.
10. SPR should counter Bersih demands for free and fair elections by highlighting the various initiatives it has undertaken so far. Use the highly successful Sarawak PRN as its model. It should not meet up with Bersih people.

Recommended media treatment

1. Media to highlight stories of how businesses, retailers, tourists, shoppers, motorists and ordinary people will be affected. (July is the peak month for Arab tourist arrivals; plus the top three EPL teams will also be in town in July). Malaysia will be in bad light if the teams skip KL on security grounds.
2. Question the source of funding for Bersih.
3. The media will primarily be targeting the trio: DSAI (who is capitalising on this ahead of his July 15 Sodomy 2 trial), the newly minted PAS deputy chief Mat Sabu (who is the budak suruhan DSAI and tali barut DAP) and Ambiga.
4. We will encourage the media to use file photos of Ambiga with PR leaders to highlight her close association with them. Ambiga has the history of leading street protests when she was Bar Council president.
5. The media to use less of the same old faces (eg Zul Nordin, Zahrain, Ibrahim Ali) as “attack dogs.” Try to tap fresh faces (eg BN Youth leaders, some NGOs).
6. Friendly bloggers and cybertroopers will continue to be mobilised.
7. TV stations to constantly play up images of ugly demos in other countries.

Desired outcome

1. Neutralise the opposition noise.
2. Reinforce the view that public sentiment is NOT with Bersih and the opposition.
3. Send a strong message that the government is full control of the situation, that it will not tolerate trouble makers and those who undermine the rule of law.
4. No apparent adverse impact on investor confidence or Malaysia’s political risks.

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no...ih-rally-rahsia

Wednesday, January 25, 2012

MAMPU LAGIKAH RAKYAT MALAYSIA TAK MARAHKAN ROSMAH?

Tu dia aiihh... Ajaibnya Rosmah... kahkahkah...

Rosmah: Keajaiban Dunia Ke-24...



Kah.kah.kah, nampak gayanya terpaksa Najib ulang baca bab Wasatiah balik semula, Najib ajar lain Rosmah buat lain. memang kali ini Najib pening tak sudah, sudahlah kes NFC yang melibatkan Shahrizat belum mampu ditangani lagi , sekarang berita keborosan isteri Najib terpampang di akhbar luar negara pula, sama seperti kes sebelum ini.

Tak tahukah Rosmah, bagi Najib Rosmahlah keajaiban dunia ke-24, ( Altantuya keajaiban ke- 23), sebab itu Najib pernah bercadang nak lantik Rosmah jadi menteri kewangan, sebab Rosmah memang pandai menabung dari kecil, kah.kah..kah..kah...

Najib pernah minta rakyat berjimat , takut dengan hutang negara sedia ada, negara jadi muflis tapi umpama satu lagi projek BN yang kantoi, Rosmah pula jahanamkan segala usaha murni Najib. kah.kah.kah.

Jika sebelum in akhbar Australia, The West Australian pernah mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia semasa mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) tahun lepas.

Dalam laporan The West Australian itu, seorang Wanita Pertama (walaupun akhbar tersebut tidak menamakan individu tersebut, ramai blogger mempercayai dia ialah Rosmah) telah membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) untuk membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.


Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari Syarikat Jacob & Co - sebuah syarikat berlian terkemuka di London.

Terbaru Akhbar Australia Sydney Morning Herald semalam melaporkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom)

Pereka fesyen itu juga menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', disamping mengiktiraf rosmah sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.

Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.

Kah..kah..kah.. mungkin pakaian yang dipakai oleh rosmah perlu ditempah khas kerana pereka fesyen tersebut pasti mengalami kesukaran mereka pakaian yang menampakkan 'kesliman" Rosmah.

Hai, nasib Najib la dapat bini super high maintenance macam nei, bayangkan berapa banyak duit Najib dah habis untuk "melawakan" bininya tu.

Nak beli rantai, beli cincin, baju dan segala benda , mesti bukan sahaja duit yang disimpan oleh Rosmah dari kecil dan habis, malah duit yang najib tabungkan dari kecil pun gerenti dah habis juga, itu belum lagi kira berbelas koleksi simpanan beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Menurut akhbar tersebut lagi, Rosmah dan Najib, semasa percutian tersebut, menginap di penthouse berharga A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.


Kah.kah.kah., setakat RM65,100 tu apa lah sangat kan, bukankah sebelum ini Najib dan "suami" dikatakan pernah membayar RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman, jadi yang di Australia tu takla mahal mana pun.. itu pun nak kecoh.

Biasalah kan isteri perdana menteri tu, penampilan kene jaga, Kah..kah..kah.. sebab itu la Rosmah yang menggelar dirinya Wanita Pertama Malaysia (FLOM), juga ghairah mendapatkan publisiti dari media luar negara sehingga kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk menempah iklan yang memaparkan gambar beliau dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times tak lama dulu.

Tak apalah kan, Rosmah tu isteri perdana menteri, nanti kalau kita nak merungut lebih-lebih orang UMNO/APCO kata kita tak bersyukur, kita dikatakan fasik pula, bersyukur aja la, bak kata orang UMNO/APCO selagi kita masih boleh makan....

Makan?.. woi. rakyat nak makan pun tak cukup.. apasal senang-senang bazirkan duit... tu yang beli macam-macam tu duit sapa tu?.. betullah kata orang Rosmah penyebab UMNO akan tumbang.

Dan kita lihat nanti apakah berita dari luar negara ini akan disiarkan di TV3 suku dan Utusan Meloya, rasanya mereka takkan berani siarkan.



Baiklah, semalam Rosmah dapat gelaran baru kalau masih belum tahu, Rosmah diberi gelaran FLOS (First lady of shooping: Syyyy... baru RM65,100 satu malam..) kalau anda mahu tahu maksud FLOS tu ialah, perempuan pertama yang paling gila shooping, lebih kurangla tu kot, maksud mendalamnya ialah atas muka bumi nei kira dia la paling kuat shooping. kah..kah.. kah.. kah..

Surat khabar tu melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu, wow.. banyak tu... RM325,000 tu kalau kita kira la kan.. secara puratanya ambiklah gaji kalau ikut nilai gaji minima RM1500 sebulan, mampu bayar gaji seorang pekerja selama 216 bulan tu.. bersamaan 18 tahun.

Jadi untuk anda yang bergaji RM1,500 sebulan, anda perlu kerja 18 tahun untuk dapat shooping macam Rosmah buat, itu pun duit gaji selama 18 tahun tu tak boleh usik walau satu sen pun ok.

Bayangkanlah betapa kayanya Rosmah nei, sekelip mata dia boleh habiskan duit banyak tu.kaya ooooo.. sebab simpan duit dari kecik la tu.

Apa? Rosmah nak kata ini semua fitnah?, Akhbar tu sengaja nak burukkan dia? kah..kah..kah.. kalau fitnah, Rosmah dicabar saman laporan mengenai tabiat berbelanja mewahnya tu., maka satu tindakan undang-undang perlu diambil terhadap akhbar dan sumber berita akhbar tersebut.beranikah Rosmah?

Jangan jadi macam Najib yang hanya berani minum kopi dengan Anwar, tapi bila diajak debat takut.

Baiklah, Kalau Rosmah tak berani nak saman, korang rasa apa erk? Siasatan harus dibuat tak? Sebab laporan akhbar tu memperlihatkan Rosmah mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa yang menimbulkan pelbagai tanda tanya

"Mesti disiasat dari mana sumber kewangannya sehingga Rosmah dilaporkan begitu bermewah-mewah dalam kehidupannya sehingga dilihat melebihi dari kemampuan isteri seorang Perdana Menteri," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

- Tukang Lawan

JANGAN BIAR UMNO/APCO-BN BANKRAPKAN MALAYSIA


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


BN MENANG, MALAYSIA BANKRAP.



Dalam jangkaan kita bahawa segala perbelanjaan di dalam Bajet 2011 berjalan lancar, mungkin ada sesetengah perkara yang tidak mereka jelaskan dengan lebih jujur dan telus tentang kedudukan kewangan negara kita yang sebenar-benarnya.

Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya.

Nilai tersebut yang mencakupi 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri ini tidak termasuk hutang negeri asing yang bernilai RM6.2 bilion dan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM7.2 bilion. Dan jumlah ini perlu diselesaikan pada tahun 2012 nanti.

KWSP juga merupakan “khazanah” terbesar bagi kerajaan persekutuan, apabila membekalkan pinjaman sejumlah RM56.59 bilion kepada kerajaan persekutuan dan GLC (Syarikat berkaitan kerajaan) dan badan-badan ini masih berhutang RM48.36 bilion daripada KWSP sehingga hari ini.

Sekiranya jumlah ini ditambah pula dengan RM93.11 bilion yang dilaburkan oleh KWSP ke atas bon kerajaan, maka jumlah dua angka ini mencakupi 40% daripada jumlah dana yang ada dalam KWSP. Dengan kata lain, KWSP menggunakan 40% wang pencen yang disimpan oleh pekerja Malaysia untuk menampung perbelanjaaan kerajaan persekutuan atau GLC.

Ini sebenarnya mencerminkan betapa pembaziran dan kurangnya disiplin kerajaan dalam mengendalikan kewangan negara sejek krisis ekonomi yang melanda negara pada tahun 2007. Sepanjang hampir 13 tahun yang lalu, kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit dan hutang yang dipikul. Tindakan ini menjurus kepada saat-saat genting kepada kerajaan untuk membayar hutang bon dan sukuk sebelum menjelang tahun 2013.
Menara Warisan Rakyat yang didahulukan... 
Sampai bilakah Be End meneruskan penindasan ini???

Kerajaan Malaysia sebenarnya mempunyai peluang untuk mencapai keseimbangan belanjawan dalam tempoh 13 tahun yang lalu, namun kerajaan masih memilih untuk mengekalkan belanjawan defisit pada paras purata 4.3%. Dan pada masa yang sama, hutang kerajaan pula melonjak dengan mendadak selepas krisis ekonomi, dari RM 90 bilion(32% berbanding KNDK) kepada hampir RM 350 bilion(51% berbanding KDNK) pada tahun kewangan berakhir 2009.

Kerajaan Malaysia memang bermasalah dalam disiplinnya ketika mengendalikan kewangan. Pada hakikatnya, kerajaan Malaysia berupaya untuk menyeimbangkan belanjawannya pada ketika harga pasaran antarabangsa minyak melonjak 2 tahun lepas. Namun, kerajaan persekutuan telah terlepas peluang keemasan ini.

Ekonomi Malaysia telah menurun, jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu. Kini, kerajaan bukan sahaja berdepan dengan masalah kekurangan pendapatan, malah perlu mengekalkan perbelanjaan yang besar untuk merangsang ekonomi. Jadi, adalah sukar untuk kerajaan mencapai matlamat menyeimbangkan belanjawan.

Dan sekarang, dengan beberapa projek-projek mega yang menanti seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2011 iaitu pembinaan Menara Warisan dan sebagainya, adakah kerajaan persekutuan mampu untuk menyelesaikan kemelut kewangan mereka ini? Sekiranya tidak, seluruh rakyat Malaysia akan terlibat secara langsung dalam hal ini.

Kami tidak mahu Malaysia menjadi seperti Greece.

Penulis : Fais al-Hajari