Saturday, June 30, 2012

NASIBLAH, NAK BUAT LAGU MANA, SUDAH KENA MAAA!!!

KASIHAN PENEROKA FELDA!!!!

FGVH: TANAH FELDA PUN TAK ADA ISA & THE GANGS MANYAK UNTUN!!!



FGVH HANYA TERIMA LEBIHAN 31 SEN HARI PERTAMA


Saham FGVH mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada RM 5.39 pada dagangan pertama hari ini. Ini bermakna tiap unit hanya ada lebihan 31 sen (RM5.39-RM5.08 ). Kiralah berapa UNTUNG yang diuar-uarkan.

800 unit x 31 sen = RM248. Inilah jumlah untung berlipat lipat kali ganda yang dinikmati peneroka!

Isa Samad yang tak ada seinci pun tanah, dapat 180,000 unit saham. Sokong dan ampulah wahai peneroka kepada Isa dan kroni-kroninya seperti Sabri Ahmad dapat 180,000 unit, Dr Omar Salim 150,000 unit, Dr Emir 150,000 unit.  Kiralah sendiri berapa keuntungan mereka ini!!!

Apa-apa pun, ANAK tetap konsisten menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. Warga Felda tidak boleh diperjudikan dengan pendekatan seperti ini kononnya untuk membesarkan saiz pelaburan dan kecairan modal.

Memetik kata-kata Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas MB Perak; kenapa ketika Johor, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan bahawa cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, Amanah Saham Negeri-Negeri jatuh. Sekurang-kurangnya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya (wawancara dalam program 'In Person' di Astro Awani).

Biarlah orang kata ANAK kolot, tak mau transformasi, tolak kemajuan dan lain-lain, yang penting kita ada prinsip. Kita bukan macam Isa dan konco-konconya; yang berdegar-degar cakap dengan peneroka, kami tak ada kepentingan apa-apa...Poooooooooodaaaaaaaaaahhhhh. Tau-tau dalam prospektus FGVH...ratusan ribu unit saham. Itu yang nampak. Seperti kata pelawak Allahyarham Ibrahim Pendek;....Sape yang kena!!! — HD



Friday, June 29, 2012

KEBEBALAN UMNO BARU YANG MENEMPAH NAHAS


9

Dari Uthayakumar ke S Ambiga

Zulkifli Sulong
Umno dan Barisan Nasional (BN) terperangkap di celah-celah tindakan ultra NGO naungannya terhadap pengerusi bersama Bersih Datuk S Ambiga (gambar).

"Kalau pilihan raya 2008 pengundi India menolak Umno dan BN kerana usaha yang dibuat Uthayakumar dan Hindraf, kini muncul hero baru kaum India, S Ambiga.

"Pergilah ke mana-mana dan bertemu dengan masyarakat India, mereka akan berkata Ambiga adalah ikon baru mereka," kata anggota Parlimen Teluk Intan, S Manogaram dalam satu majlis sebelum ini.

Menjelang PRU 2008, nama peguam Uthayakumar meniti dari bibir ke bibir orang India di negara ini.

Kesan dari perjuangan mereka, masyarakat India menolak BN sehingga Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu kalah kepada calon PSM yang bertanding atas nama PKR di Sungai Siput.

Kerana orang India juga, calon PAS, Dr Siti Mariah Mahmud menang besar di Parlimen Kota Raja, Selangor.

Beliau mendapat undi majoriti 20,751 undi menjadikan beliau pemimpin PAS yang menang dengan majoriti paling besar dalam pilihan raya umum 2008.

Di Kota Raja, 26.27 peratus dari 57,323 pengundinya dari masyarakat India. Pengundi Melayu hanya 46.78 peratus.

Padahal dalam pilihan raya umum 2004, Dr Mariah yang turut bertanding kalah dengan majoriti 8,239 undi kepada calon BN dari MIC, S Vigneswaran.

Menjelang pilihan raya itu, isu tuntutan Hindraf dan hero mereka Uthayakumar menyebabkan mereka menolak BN khasnya MIC.


(Uthayakumar hero pengundi India PRU 2008)

Selasa lalu, anggota Parlimen Seri Gading, Mohamad Aziz tanpa memahami isu dengan jelas menghina Ambiga sehingga mencadangkan beliau dihukum gantung kononnya kerana penderhakaan yang beliau lakukan melalui perhimpunan Bersih 3.0.

Semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi rang undang-undang Perbekalan Tambahan semalam, beliau mendakwa Ambiga sebagai 'pengkhianat' kerana menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Ekoran itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan lapan lagi ahli parlimen parti itu menyuarakan rasa terkejut mereka.

"Ia satu hasutan, rasis dan mengancam. Ianya rasis kerana ia ditujukan terhadap seorang India dan seorang Hindu. Ia juga ditujukan terhadap seorang wanita," katanya.

Presiden MIC, G Palanivel juga melompat marah dan membuat kenyataan membantah kenyataan Mohamad Aziz itu.

Hasilnya, hari ini Mohamad terpaksa menarik balik kenyataan yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN - menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.

Ambiga yang beragama Hindu dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia mula dilihat menjadi hero masyarakat India apabila sekumpulan aktivis NGO Umno membuat senaman punggung di depan rumahnya.

Sekumpulan yang mengaku ahli Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) pimpinan Mohamad Ali Baharon membuat senaman punggung di depan rumah Ambiga.

(Ambiga melayan tetamu yang datang membuat senaman punggung di depan rumahnya)

Ambiga menawarkan air 100 Plus kepada mereka selepas penat bersenam, namun Mohamad Ali dengan angkuh berkata "kami orang Melayu orang Islam tidak minum air ini, kami minum air suam je".

Di samping kumpulan pimpinan Mohamad Ali, sekumpulan lagi NGO Pro Umno membuat gerai menjual berger daging lembu di depan rumah Ambiga.

Ia menjadi satu penghinaan kepada penganut agama Hindu kerana mereka tidak memakan daging lembu dan menyebabkan simpati kepada Ambiga memuncak.

Dengan Ambiga sebagai ikon baru sokongan masyarakat India, Pakatan Rakyat yakin sokongan pengundi India kepada mereka meningkat kembali selepas tenggelam isu Hindraf.

MEMANG JELAS DAN BENAR

JELASSSSSSSSS

Thursday, June 28, 2012

BODO SUNGGUH UMNO BARU

Pemimpin UMNO buat kesilapan demi kesilapan..

NAJIB PENGECUTTTTT!!!!

ADA BERANIKAH DIA ?
 NAJIB PENGECUTTTTTTTTTTTTTT

UMNO BARU: BAYANG-BAYANG SENDIRI PUN DIA TAKUT

Ada jugak manusia yang takut sampai lagu tu ........

Wednesday, June 27, 2012

RAKYAT TAU UMNO OI: TOKSAH MENYOROK DI BALIK LALANG


TOKSAH MENYOROKLAH UMNO BARU !!!
Will Najib free cabbies from Umno slavery?


VOXPOP ‘Why is there a need for Najib to ‘free' taxi drivers from modern slavery when it is one of the clever inventions of Umno to create wealth?'

PM vows to free cabbies of 'modern slavery'

vox populi small thumbnailChangeagent: Correct me if I am wrong, but shouldn't the expenses for new tyres and car insurance be covered by the private companies that monopolise the taxi licences?

Why should taxpayers be made to fund RM35 million for taxi drivers when the majority of the allocation will be going to the pockets of the already rich private companies?

Black Mamba: This white slavery was created by the BN cabinet ministers past and present. The taxi permits fall into powerful bumiputera hands working with their non-Malay cronies, choking all able cabbies into a lifelong slavery bonded by lengthy hire purchase contracts and high daily rental plus an expensive buy-back scheme.

It can only be undone when individual permits are granted to taxi drivers. Otherwise the four new tyres go to the conglomerates that run the taxi permits, as they own the vehicles, not the cabbies. And what is RM520 worth of tyres a year when it hardly contributes to the monthly subsistence of a cabbie's income.

Kim Quek: Prime Minister Najib Abdul Razak's announcement is tantamount to telling the taxi drivers that Umno has been enslaving them all these years.

As for the cash vouchers for tyres to each of the 70,000 taxi drivers, what is the rationale for suddenly raining this windfall on them, if not for soliciting their votes in the imminent election?

And what do you describe this act, if not blatant election bribery? The organisers of this event are the Information Ministry, 1MDB and Spad. Aren't they government bodies, which have been used by Umno to solicit votes?

In short, Najib has committed two crimes: a) bribing the electorate, and b) abusing power by using government bodies and public funds to solicit for votes.

Disbeliever: Who gave the monopoly of taxi licences to certain groups of private companies in the first place? The Umno/BN government of course! In fact most of the licences are held by Umno goons and cronies.

They are actually the middlemen and the poor taxi drivers are made to pay. These Umno goons and cronies just sit and shake legs and make money out of the poor taxi drivers. This is feudalism in the 21st century.

And now, sigh, Najib, the Father of all Slogans, is trying to be 'sympathetic' to the taxi drivers. He is a despicable hypocrite! I hope the taxi drivers will see through this 'wayang kulit' and not be taken for a ride.

Justified: Talk, talk, talk. Promises, promises, promises. But who are the ones owning the taxi consortiums and licences? Go check your ministers and government officers, Najib.

James1067: Since Najib's time from a deputy minister to a menteri besar, to deputy prime minister and now prime minister, these taxi drivers have been slaves to the cronies who hold the taxi permits.

If nothing had been done to release them from slavery in the past, then nothing will be done in the future as you would not want to anger the warlords. As if he did not know it existed then. This is just another empty promise. If you are genuine, do it now Najib, while you hold the power.

????: These private companies hoarding the taxi permits are owned by your Umno people, Najib.

Telestai: Taxi licences used to be distributed at Umno cawangan meetings to committee members who then lease them to Chinese businessmen. The Chinese businessmen would buy cars and rent the taxis to drivers, many of whom are Malays.

Why then is there a need for Najib to "free" taxi drivers from modern slavery when it is one of the clever inventions of Umno to create wealth?

Moontime: The PM is not sincere. How can he ever pledge to get rid of something that's so ingrained in the Umno crony culture? He is indeed a desperate man.

I believe it was a cabinet decision in the late 1990s to give taxi permits to companies instead of individuals because according to the PM at that time, Dr Mahathir Mohamad, they are much better organised and can take care of the taxi drivers' welfare.

Besides that, it was easier dealing with companies than individual taxi operators. If the current PM disagrees with this decision, why hadn't he made it known before? He's a hypocrite to the core.

Paul Warren: What kind of Prime minister is this? Anwar Ibrahim says it first, and this guy delivers it. The only problem is Anwar has been promising this to the taxi drivers for a very long time now. Just that he has got to get to Putrajaya in order to have the authority to do so.

All this while Najib could have delivered the same to the taxi drivers. But only now, when he is convinced that Umno is going to lose the GE, he promises to deliver taxi drivers individual licences as well as a gift of RM520 a year for tyres. Why wait? Just start giving now.

NewMalaysia:
Abolishing monopoly of taxi licences by private companies takes one or two years? Why does it take so long; why can't it be done before the election?

Odin: That Najib and his party are behind this 'janji Melayu' and whether Najib will keep his promise is secondary.

What is of primary concern to Malaysians is that this is buying of votes, pure and simple. And what makes it even worse is that the money is not from Umno's coffers but from Malaysian taxpayers.

If Najib is really sincere about his oh-so-benevolent concern for taxi drivers, then he should revoke all licences held by the Umnoputras and their cronies right now and award them directly to deserving taxi drivers.

Chan: What the hell, using my tax money again? Najib, you will never ever get my vote, not even from my cold dead hand.

RTM prerecorded broadcast open to manipulation

Mairalah: From the Bersih 3.0 experience, we can see that even BBC, Al Jazeera and CNN broadcasts are snipped. So, do you think that Pakatan Rakyat's prerecorded broadcast will be fully played? Looks like a dream for Pakatan to have uncensored airtime under this undemocratic government.

Anonymous #40112563: Actually, once Parliament is dissolved, Radio-Television Malaysia (RTM) should be under the caretaker government, which means it is supposed to be neutral.

We should not be 'asking' but 'demanding' that RTM gives equal coverage to all contesting parties.

Mushiro: Who is the Election Commission (EC) to disallow RTM from broadcasting any party's manifestos live? Does it have the power to do so?

Anonymous_3ec6: Now the EC controls RTM, too?

Tekee: There is no question that BN and its tools are always manipulating everything.

RockaBilly: BN is already going live campaigning all over the country using radio, TV, stadiums, open spaces, factories and you name it. It has already gone there, under the disguise of meeting the people, janji ditepati (promises kept), etc.

What has the EC got to say about this? Opposition parties can only air their edited views on air on limited time. And the EC claims it is fair and neutral.

3musketeers: Is live broadcast against our culture too, Najib?

Odin: Of course. That is precisely the reason the EC chief has rejected live broadcasts of the political parties' manifestos. They would broadcast what you have never said, you object, and they would correct it (maybe), but the damage would have already been done.

Listeners would have remembered the first broadcast and might or might not listen to the subsequent, correct one.

Jesse: You can't trust the BN politicians. They don't say what they mean and they don't mean what they say. Whatever they say is just spin doctoring and just a lot of rhetoric and hot air.

Vgeorgemy: EC chief Abdul Aziz Yusof thinks that you guys have just graduated from kindergarten. He is saying it is his way or the highway.

NAK BAGI DEPA PELEKOH DUIT RAKYAT LAGI KA ?

JANGAN PANDANG SEBELAH MATA PENGKHIANATAN INI.
KETERANGAN SPRM ( MACC ) yang MEMALUKAN!

Tuesday, June 26, 2012

INI YANG UMNO BARU DAKWA DIA PEJUANG ISLAM?


Seperti yang dijelaskan oleh Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat, terdapat 863 permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. Hanya 168 permohonan yang diluluskan. Walaupun angka ini tidak sampai 20%, kita perlu menerima hakikat bahawa proses kemurtadan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bererti mereka yang murtad tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah.

Jika demikian keadaannya, mengapakah isu ini diheboh-hebohkan sehingga Hasan Aqidah menubuhkan Jalur Tiga (JATI). Namun demikian, mungkinkah dia sendiri sebenarnya mengetahui bahawa usahanya itu seumpama anjing menyalak bukit? Kalau begitu, tidak hairanlah jika dia tala ke tempat lain dalam ceramah-ceramahnya.

Fakta yang diserlahkan di atas menjelaskan kepada kita betapa tidak seriusnya UMNO Baru terhadap Islam. Di samping itu, tindakan tersebut turut melambangkan pemikiran liberalisme UMNO Baru terhadap kecenderungan beragama dalam kalangan rakyat. Dengan sikap seperti ini Najib bercakap tentang aqidah, syiar Islam, keprihatinan terhadap Islam, dan sebagainya di hadapan pemuka-pemuka Islam baru-baru ini. Rupa-rupanya mereka menggunting dalam lipatan!!!

Sehubungan itu, kita perlu menyoal pihak berwajib sekarang ini tentang takrifan Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan. Adakah kita masih merujuk Melayu sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, dan beragama Islam? Apakah takrif yang perlu diberikan kepada Melayu Bukan Muslim itu?  

AWAT LA TERUK SANGAT !!!

najib yg selenga..kesian!!!!


By: Umno Penyeleweng

Monday, June 25, 2012

PEMIMPIN UMNGOK = PAK PANDIR MODEN

Banyak orang Melayu yang sedang menghadapi krisis pemikiran yang sangat kronik sekarang ini. Pertama, pencacai UMNGOK kata PAS sudah melupakan cita-cita untuk membentuk Negara Islam lantaran mengutarakan konsep Negara Berkebajikan, tetapi Najib kata PAS masih nak menegakkan Negara Teokratik Islam di hadapan orang-orang Cina. Cakap siapakah yang hendak dikira autentik antara kedua-duanya? Namun, bagi kebanyakan orang yang siuman, status dakwaan itu hanyalah repekan orang separuh gila. Orang yang siuman lidahnya tidak bercabang.

Kedua, Najib minta orang Cina supaya tidak mempedulikan cakap-cakap yang sengaja menyakitkan hati mereka seperti “pendatang” dan seumpamanya yang berbau rasis. Alasan yang dia bagi ialah penutur yang mengeluarkan cercaan itu kepalanya tidak betul. Bukankah yang dakwa Cina sebagai pendatang itu seorang pemimpin tinggi dalam UMNO Baru? Jadi, biollah kepala hotak dia tu. Bukankah yang kata “Melayu First, Malaysia Second” tu TPM? Jadi, TPM pun biol jugalah.

Kesemua ini berpunca daripada keadaan kelam-kabut dan kecelaruan pemikiran sang penguasa yang sedang dihempas badai kebimbangan yang tidak bersempadan lagi. Inilah tanda-tanda yang nyata tentang satu keruntuhan. Majoriti rakyat telah dapat mengesan fenomena ini. Tidak mengapalah demi kemunculan Malaysia Baru.

UTUSEKS SENGAJA MAU BANKRAP ?

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati akhbar UMNO, Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintahkan membayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng.

RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.

Utusan Melaysia dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.

Lim mendakwa laporan itu tidak tepat kerana yang Ketua Menteri Pulau Pinang itu maksudkan dalam ucapannya adalah pentadbirannya akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan' dalam polisinya.

Anggota Parlimen Bagan itu menuntut gantirugi kerana tulisan itu seolah-olah mendakwa beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan tidak boleh dipercayai.

Walaupun beliau telah membuat beberapa kali penjelasan mengenainya, akhbar UMNO itu berterusan membuat dakwaan yang sama, dakwa Lim.

Akibat dari tulisan yang berterusan itu menyebabkan protes demi protes dianjurkan oleh UMNO termasuk perhimpunan yang disertai 1,000 peserta di perkarangan bangunan KOMTAR selepas solat Jumaat pada 14 Mac tahun berkenaan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi pada Disember 2011 lalu juga memutuskan akhbar UMNO itu bersalah apabila melaporkan berita bertajuk 'Kebiadapan Guan Eng'.

Mahkamah memutuskan laporan itu secara jahat memalukan Lim Guan Eng dan membuat dia dan DAP dilihat sebagai antiMelayu dan antiIslam.

Sunday, June 24, 2012

RASUAH BUDAYA POLITIK UMNO, BUKAN DEBAT !!!

debat bukan budaya kita kata si PM 1M ni...tp klo $$$$$ ni budaya puak UMNO!!
INILAH BETUL-BETUL BUDAYA POLITIK UMNO!!!!

LIHATLAH BETAPA TERUKNYA UMNO BARU/BN

UMNO BARU/BN TERKANGKANG LAGI!!!

Selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang keputusannya berpihak kepada Kerajaan Negeri bersabit kes tanah Tang Hak Ju, Kerajaan Negeri melalui YB Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri sedang menguruskan tuntutan untuk mendapatkan kembali RM14.7 juta secara professional melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

Adalah tidak wajar untuk mendedahkan strategi perundangan yang akan diambil untuk mendapatkan kembali RM14.7 juta kerana ianya hanya akan memberikan peluang kepada pihak defendan untuk menentang.

Tindakan YB Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri telah bermula dan akan diteruskan bagi mendapatkan semula wang tersebut. Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri memberikan jaminan akan bertindak dengan penuh professional dan dengan segera demi mendapatkan balik RM14.7 juta wang awam.

Dato' Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri

Saturday, June 23, 2012

INILAH KEBODOHAN PM KITA

PRU masa haji bukan perkara baru kata Najib..



"Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.

Katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Memang salahlah Najib woi!! tahun 1986 Mahathir jadi Perdana Menteri.. Mahathir jadi Perdana Menteri dari Julai 1981 hingga Oktober 2003..

Tun Hussein Onn pulak jadi Perdana Menteri dari tahun 1976 hingga 1981.. jadi macam mana pulak zaman Mahathir jadi Perdana Menteri tu boleh dikatakan zaman Tun Hussein Onn?

Buat malu kat budak-budak sekolah saja..

Nampak tak budaya UMNO yang melingkupkan bangsa dan negara di sini? meskipun apa yang dicakapkan oleh Ketua mereka itu salah.. nak bodek punya pasal yang ada di sekeliling seorangpun tak tegur..

UMNO BARU TERUS KECUNDANG


Sokongan terhadap Nizar, tempelak buat Umno

Mohd Rashidi Hassan

Bagi manusia yang waras dan boleh berfikir, tiada apa-apa kesalahan yang boleh disabitkan terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung dengan twitter beliau mengenai plat nombor WWW1 yang dibida Sultan Johor dengan harga RM520,000.

Nizar tidak derhaka, Nizar tiada unsur-unsur untuk menghina Raja. Serangan terhadap Nizar sengaja digembar-gemburkan dan diambil kesempatan media talibarut Umno-Barisan Nasional, bertujuan hendak mengeruhkan hubungan PAS dengan Istana Johor.

Lagi teruk Nizar diserang, lagi ramai rakyat yang bangkit menyokong mantan Menteri Besar Perak itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, serangan terhadap Nizar dan imej buruk yang cuba dipalitkan terhadap Pakatan Rakyat, sama sekali tidak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di Johor.

“Saya tidak rasa sama sekali peluang PAS termasuklah Pakatan Rakyat di negeri ini terjejas kerana rakyat Johor sudah dapat untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan  kematangan mereka dalam berpolitik. Isu seperti ini tidak menjejaskan kita kerana rakyat boleh faham tentang isu dibangkitkan.

“Mengenai penentangan terhadap Raja-Raja Melayu, saya rasa Umno mempunyai sejarah yang begitu panjang. Mengenai kebiadapan dan keterlanjuran mereka menghina Raja-Raja Melayu. Rakyat boleh faham dan ada maklumat mengenai hal ini.

“Jadi saya rasa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap peluang Pakatan Rakyat dalam Johor kerana kita tidak langsung menyentuh isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutusan dan undang-undang negeri sekali gus Pas menghormati prinsip raja berpelembagaan,” katanya

Tegas Salahuddin, Nizar sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk memohon perkenan mengadap Sultan Johor bagi menjernihkan suasana.

Isu berkaitan Nizar ini sama seperti isu Bukit Kepong yang membabitkan fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia berkaitan dengan Johor juga kerana Bukit Kepong terletak dalam Parlimen Pagoh yang diwakili Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saban hari media talibarut Umno memainkan isu Mohamad Sabu mengkhianati negara, menyokong komunis, menghina polis dan sebagainya. Habis seluruh juak-juak Umno bangkit mengecam Mohamad Sabu, sehingga berlaku kekasaran dan gangguan sewaktu beliau berceramah.

Tetapi hari ini, segala tohmahan, himpunan gerombolan bodoh penyokong-penyokong Umno yang memaki hamun dan memfitnah Mohamad Sabu, terpaksa menjilat ludah mereka sendiri, apabila saksi polis (pendakwaraya) yang sendiri mengaku bahawa tindakannya membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PAS itu tidak betul sama sekali.

Fitnah terhadap Mohamad Sabu ini sama dengan Nizar. Yang jahat dan dangkal di sini adalah Umno. Mereka berselindung di sebalik kedaulatan negara, berselindung di sebalik perjuangan Melayu dan dalam kes Nizar Umno berselindung di sebalik Raja Melayu.

Umno-BN harus ingat. Kita semua, sama ada PAS, KeADILan dan DAP serta mana-mana parti politik yang pembangkang lain, adalah rakyat Malaysia. Kami warganegara Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian serta menyanjungi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

Setiap kita warganegara Malaysia, adalah rakyat sentiasa berpegang teguh dengan lima prinsip Rukun Negara iaitu: Kepercayaan Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan.

Rakyat juga sebulat suara untuk mendukung cita-cita Malaysia untuk; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik serta mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.

Inilah keunikan Malaysia. Walaupun kita mempunyai rakyat yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza, dari pelbagai kalangan etnik dan latar belakang, walaupun berbeza fahaman politik, rakyat tetap mendukung satu cita-cita yang sama, iaitu mahu memelihara keharmonian dengan menghormati antara satu sama lain.

Bagi memelihara keharmonian ini, sesuai dengan prinsip Rukun Negara, Raja atau pemerintah yang harus disandarkan kepada mereka kesetiaan, mestilah melaksanakan tugas mereka secara adil dan saksama, mengikut lunas-lunas demokrasi.

Adil dan saksama bermakna berimbang. Sesiapa yang salah diperbetulkan. Sesiapa yang benar disanjungi. Dan yang paling penting sekali, semua kita adalah makhluk yang harus mentaati kehendak-Nya yang Satu, iaitu Allah SWT.

Semua kita dijadikan dari asas yang sama, iaitu dari tanah, setitis air benih, air mani dan segumpal darah. Justeru tiada apa yang membezakan kita pada pandangan-Nya, melainkan mereka yang bertakwa. Di atas prinsip takwa inilah dirangka prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

Walaupun kita ada Raja-Raja, kita ada undang-undang, kita ada penguasa yang menjaga keamanan, namun kepercayaan yang utama, harus kita asaskan kepada Allah, yang bagi orang-orang Melayu, mentaati Allah dengan mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.

Di dalam Islam, tiada siapa yang maksum melainkan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa yang tidak boleh ditegur. Cuma Islam menekankan soal pendekatan dengan hemah dan hikmah.

Dalam konteks penghormataan dan ketaatan kepada Raja misalnya. Islam menggariskan dengan jelas bahawa, kalangan ahli agama, kalangan al-mala (pemimpin) terutamanya, mestilah mentaati mereka, selama-mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.

Misalnya jika Raja tidak solat, Raja meminum arak, Raja melakukan perkara-perkara yang maksiat kepada Allah, maka haram sama sekali mereka ditaati secara mutlak. Bagaimana kita boleh mentaati makhluk yang melakukan perkara yang dilarang Allah SWT?

Maka sebaliknya bagi Raja-Raja yang adil dan soleh. Selain mendapat penghormatan dan keampunan daripada Allah, mulia disisi Malaikat-Nya, malah mendapat sanjungan yang tidak berbelah bahagi dari kalangan rakyat. Raja sebeginilah yang kita idam-idamkan memayungi kita. Iaitu payungan mereka bukan sahaja di dunia, malah sehingga ke akhirat.

Dalam konteks politik di Malaysia, kita merasakan bahawa terdapat suatu situasi yang amat buruk apabila terdapat golongan yang memperalatkan Raja untuk kepentingan politik mereka.

Golongan ini adalah Umno. Merekalah yang mengkhianati Raja, tetapi mereka mendakwa mereka mendukung Raja. Merekalah yang merosakkan sistem negara dengan rasuah dan penggadaian Tanah Rizab Melayu, tetapi mereka berjaya berselindung di sebalik Raja.

Kita, rakyat jelata berasa terlalu kerdil untuk menasihatkan Raja-Raja, maupun memperingatkan semula sejarah hitam lampau mengenai kebiadapan melampau para pemimpin Umno mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993.

Tetapi demi Allah dan demi Agama, Raja-Raja tak perlulah begitu sensitif dengan sebarang teguran dari rakyat, melainkan teguran itu menderhakai Raja-Raja.

Menderhakai itu membawa maksud menentang Raja-Raja, menentang Raja-Raja berperlembagaan, menghina Raja-Raja dengan perkara yang tidak betul, mempersoalkan kedudukan Raja-Raja seolah-olah Raja-Raja tidak dipertahankan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan.

Selepas Pindaan Perlembagaan yang disetujui oleh semua Raja-Raja, kecuali keatas beberapa perkara yang khusus, Raja-Raja di Malaysia hampir menyamai Raja (Takhta) di England, iaitu berbentuk "ceremonial".

Pindaan Perlembagaan itu dipaksakan keatas Raja-Raja oleh Kerajaan Umno-BN dan semasa proses pindaan itu berlangsung seluruh jentera Kerajaan Umno-BN ketika itu mengambil sikap yang sangat biadap terhadap Raja-Raja dan admin masih ingat terlibat bersama PAS mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu,

Amat sedih dan pilu pada waktu itu bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian yang begitu "kurang ajar" dan biadap tiada taranya terhadap Raja-Raja.

Tetapi kuasa politik berada ditangan Umno. Malangnya tiada Raja-Raja yang murka di atas tulisan-tulisan yang menghina Raja-Raja yang dipaparkan walau sehodoh manapun mereka memaki hamun dan menghina Raja.

Akhir kata, sekadar renungan buat Raja-Raja Melayu, dipaparkan gurindam Raja Ali Haji pasal yang kedua belas (gurindam XII):

Raja mufakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta.

Friday, June 22, 2012

AHLI BIASA UMNO MEMANJANG GIGIT JARI

Projek untuk kroni, ahli biasa UMNO gigit jari

Idris Ahmad
 
Kesian kepada penyokong tegar UMNO di kampung yang sanggup buat apa sahaja sehingga menganggu ceramah Pas dan Pakatan Rakyat.

Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mendapat sedikit imbuhan yang tidak seberapa. Sedangkan anak pembesar UMNO mendapat projek berjuta-juta tanpa bersusah payah untuk mempertahankan parti UMNO.

Anak dan kroni pembesar UMNO mendapat projek bukan kerana merit dan kepandaian mereka di dalam perniagaan, tetapi oleh kerana mereka dibinkan dengan bapanya sahaja.

Buktinya projek NFC diberi kepada keluarga Datuk Seri  Sharizat Abdul Jalil sebanyak RM250 juta.

Anaknya yang berumur 25 tahun sudah meraihkan gaji bulanan RM35,000, anak berusia 27 tahun mendapat  RM35,000, anak berusia 31 tahun mendapat  RM45,000 dan suamianya Dato' Seri Dr Mohamad Salleh gaji RM100,000 sebulan.

Persolannya apa yang wanita UMNO di kampung dapat?. Kebanyakan mereka hidup kais pagi makan pagi, sedangkan anak pimpinan mereka senang lenang.

Begitu juga Raja Farhana Nong Chik mendapat projek daripada Kementerian Belia Dan Sukan sebanyak RM30.4 juta untuk membina Institut Kemahiran Belia Negara di Bandar Penawar Johor.

Usia yang muda sudah menjadi jutawan. Adakah kalau beliau bukan anak Raja Nong Chik dia akan dapat?

Terbaru di dedahkan Sistem kawalan trafik udara telah dipasang oleh Advanced Air Traffic System (AAT) Sdn Bhd yang bernilai RM128.4 juta, di mana Ikhwan Hafiz Jamaludin adalah pemegang saham dan pengarah.

Ikhwan adalah anak Ahli Parlimen Rompin dan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,  yang dilihat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini menjadi duta khas ke Amerika Syarikat bertaraf menteri.

Untungnya menjadi anak pemimpin UMNO, sedangkan penyokong UMNO di peringkat bawahan hidup merempat. Macam mana UMNO BN hendak membela rakyat jika sesama sendiri masih tidak terbela, benarlah bagai dikata  projek untuk kroni, ahli UMNO gigi jari.

UMNO: SAMPAI BILA ULAR SAWA TUA INI MAMPU MEMBELIT ?

Media putar belit kenyataan saya - Dr. Che Rosli

Anis Nazri


Laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkenaan Lynas Advanced Material Plants (LAMP) tidak memperincikan butirannya secara saintifik.

Biarpun pendengaran awam yang dijalankan mengambilkira pandangan daripada pelbagai pakar, persoalan yang membimbangkan rakyat masih tidak terjawab.

Demikian dinyatakan ahli parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata sewajarnya sebuah makmal ditubuhkan bagi mengkaji secara terperinci segala kesan dari pemprosesan nadir bumi terhadap kesihatan dan alam sekitar.

Mengakui beliau hanya mempunyai kepakaran di bidang nuklear dan tidak arif mengenai bidang-bidang lain, justeru beliau meminta tidak ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini.

"Memang saya mengatakan projek Lynas itu hanya mempunyai kadar radiasi yang rendah, namun ia tidak membuktikan ia selamat," tegas beliau lagi.

Ini kerana, katanya kesan dari proses penguraian bahan-bahan nadir bumi itu akan menghasilkan tiga jenis residu yang memberi kesan kepada kesihatan.

Sehubungan itu, beliau mengatakan keperluan untuk mengadakan 'Health Impact Assessment' (HIA) dan 'Health Risk Assessment' (HRA) dan aspek pengurusan residu perlu dititikberatkan.

Dalam pada itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata pengalaman dalam kes Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah tercetus akibat ketiadaan pelan pengurusan sisa membabitkan bahan radioaktif.

"Memang kadar radiasinya rendah sebagaimana dinyatakan Hulu Langat (Che Rosli), tapi residu yang terhasil dari bahan itu yang membimbangkan kita," tegas beliau.

Katanya, tindakbalas kimia ini menghasilkan 'heavy metals' seperti plumbum, merkuri, arsenik, cadmuim dan nikel, yang mana ketiga-tiga 'heavy metals' terakhir itu adalah karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

Atas sebab itu, beliau berpendirian PAS tidak dapat menerima projek tersebut kerana ia tidak dikemukakan secara saintifik berhubung kesan-kesan sampingan dari pemprosesan nadir bumi tersebut.

Turut serta dalam sidang media itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Thursday, June 21, 2012

RAKYAT HENTAK UMNO BARU/BN LAGI



It's politicians, not the people, who create instability


VOXPOP Racist, inefficient and corrupt governments are responsible for making the lives of the people miserable.

Najib: Political certainty vital to economic growth

your sayOnyourtoes: I think everyone wants stability, not just businessmen and wealthy people. Political stability is the function of many factors, including a sitting government willing to step down if that government is found wanting and incompetent.

Prime Minister Najib Abdul Razak, please get your logic right: the source of political instability is the government, not the people.

Just look around us. Irresponsible governments, corrupt governments, inept governments and governments cheating and spending way beyond their means.

They are the sources of instability because they erode people's savings and make their lives miserable.

Ksn: Nobody will argue against your view here, Najib, that political stability is most important for investors and for development.

You should have added that the country also, at the same time, needs politicians of integrity, competence and who are not corrupt to lead the nation.

Umno Baru/BN has been short of such good men and women for about 30 years now and there are no such people in sight in the party.

JomUbahUbah: I believe all the Chinese businessmen will not be so easily threatened by our Mr Flip Flop.

Bender: As much as I despise Najib and his corrupt ways, I have to agree with him on this one. Yes, political stability is crucial for economic growth.

Nothing is more evident to support this notion than what is happening right now in Penang, Kedah and Selangor.

Political certainty - that the government is stable, efficient and free of corruption - did play a role in the relative economic prosperity enjoyed by these states since the Pakatan government took over.

I might also add that such prosperity is not only economic but social and religious as well (Kelantan is the best example of the latter).

So, let's take the premier's vision to heart and start making changes. Bring the racist, inefficient and corrupt BN government down and replace it with a Pakatan government this coming general election, for the sake of economic and social prosperity.

Queenie: If you continue with your ‘government knows best' strategy, nothing is going to work. You first have to admit that the present regime knows beans about wealth creation.

All it knows is to throw as many spanners into the works and, of course, to stick its grubby fingers into the cookie jar.

You must have the will and resolve to fight corruption and set free the forces of free enterprise before you can see positive results.

Jefferson76: How to have stability when this government is always flip-flopping? No thanks. I would like to let someone else have a go at running the show. It really cannot get worse, so there is nothing to lose.

Lim Chong Leong: What are the certainties that we have today under BN? That BN and PM are corrupt? That crime involving top Umno warlords does not get investigated?

That Umno is stoking racial and religious polarisation? That huge amounts of illicit cash outflow are carried out by Umno?

That the law and order machinery of government is being abused by Umno to protect themselves and to persecute anyone who questions them?

That the other BN partners are lame ducks who are just as corrupt? Under these circumstances, I think Pakatan is a better bet for political and economical stability.

Are subsidies for rakyat or cronies, asks Anwar

Wira: If they can squeeze RM10 from each rakyat every month, that would mean they can have RM3.24 billion more a year to create opportunities for themselves and their cronies. RM10 cannot enrich us, but RM3.24 billion can certainly enrich many within that closed circle.

Anonymous #04866654: Actually, the original budget is always made to look good as it is either understated or distorted by the prime minister, meaning that he now needs to table a supplementary budget to supplement the original one so that the original one works. QED.

Ourvotesdecide!: Just visit the longhouses and kampung in Sabah and Sarawak. You will clearly see that it's the BN cronies who profit by making huge, false claims from the contract to transport and supply the supposedly subsidised goods.

Lots of hanky panky continue to take place. Even at the ports like Miri Port in Sarawak, there are barge/tugboat/ship operators who buy subsidised diesel from ‘BN appointed suppliers' coming from everywhere and who transport and sell this subsidised diesel in international waters to barges/tugboats/ships that come from places like Thailand.

Onyourtoes: It has been long established that when the economy is free of distortion, rent-seeking monopolies and excessive inefficient privatisation programmes, there is no need for subsidies.

For example if we are able to free the APs for cars, car prices will be easily RM20,000 cheaper, depending on the model. That amount will be sufficient to pay for the so-called petrol subsidies for the whole life span of that car.

Get rid of cronyism and the affirmative programmes for Malays and bumiputeras can be financed without anyone feeling the pinch.

BN can regain Penang ‘with a simple majority'

Het: Since Penang Umno secretary Azhar Ibrahim is so confident of winning back Penang, he should tell his boss, Najib, to announce the GE soonest. The people are ready, when will BN be ready?

Rakyat Malaysia: I am not too concerned with hudud laws. If you don't do wrong, you fear no law. BN is of course fearful because they've committed much wrong.

I am concerned with corruption in BN. If BN wins through a corrupt election, it will say Penang people have gone back to it. If BN loses, it will say Penang people are emotional and uneducated.

Taikohtai: If BN can win more seats in Penang in the next election, let alone retake the state, I will wash all his cars for free for one year. Heck, I will wash all the winning candidates' cars for free too.

P Dev Anand Pillai: If Azhar talks about departures from PKR, he should instead ask his party why it sent agents to buy PKR MPs and assemblypersons?

Even burger sellers and former convicts can be the front men for BN. It does not take much to know what kind of leaders will emerge from this coalition, should they continue to win perpetually.

The people are getting smarter and they know that democracy is about the people's right to choose. It won't be that easy in Penang.

Edge of Town: Only in their wildest dreams can these jokers from BN see themselves back in power in Penang. I, like so many others, have seen the improvements taking place in Penang over the past four years under Pakatan.

Of course, the mainstream media by and large has refused to talk about these successes, nitpicking on the petty issues instead.

But Penangites are aware of the good of this state government, as opposed to the rottenness of the previous corrupt regime. So, perhaps it is Azhar - and his bunch of buffoons - instead who should think very seriously about closing shop. -MK

UMNO TAK FAHAM MAKNA DEMOKRASI

Saifuddin hanya bagi taklimat kepada penonton supaya tau polisi kerajaan UMNO BARU/BN, bukan berdebat!!!


Inilah antara sebabnya UMNO tak mau bagi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk muncul di media elektronik arus perdana.

Wednesday, June 20, 2012

UMNO KERJANYA SAPU DUIT SAJA !!!

SAPULAH SAMPAI LICIN
SENANGLAH RAKYAT CAMPAKKAN KAMU KE LONGKANG
Duit siapa??

ORANG MUDA UNTUK PAKATAN RAKYAT

Anak muda penentu undian PRU Ke-13

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong

Ketika ini Dewan Rakyat sedang berlangsung dengan hangatnya. Wakil-wakil rakyat yang diberi mandat pada pilihan raya lepas sedang sibuk membahaskan pelbagai rang undang-undang mahupun pertikaian-pertikaian pelbagai isu.

Mungkinkah ini merupakan sesi Dewan Rakyat yang terakhir sebelum PRU Ke-13 diadakan. Perkara ini masih lagi menjadi persoalan yang mana Perdana Menteri masih lagi berminat bermain tarik tali, berteka teki tarikh sebenar PRU Ke-13.

Apakah yang menjadi kebimbangan PM sehinggakan pecah kepala memikirkan tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen dan secara tidak langsung memberi laluan kepada PRU diadakan?

Adakah  BN takut akan tewas atau takut dipersalahkan kerana sebelum ini BN tidak pernah tewas dalam mana-mana pilihan raya umum.?

Pakatan Rakyat pula tidak sabar-sabar mahu merobek kubu-kubu kuat Barisan Nasional. PR semakin rancak melaung-laungkan amaran bahawa akan menggantikan BN sebagai kerajaan pusat. BN pula semakin gelisah dengan permain psikologi PR untuk menawan Putrajaya.

Namun, perlu diberi perhatian bahawa fenomena pengundian sekarang amat berbeza berbanding 3 ke 4 tahun dahulu. Jika  dahulu pengundi mudah disogok dengan pelbagai gula-gula pilihan raya, mudah disogok dengan pelbagai projek express, mudah dikaburi dengan wang ringgit yang banyak.

Namun, hari ini perkara yang sama tidak mungkin akan berlaku. Hari ini penentuan kemenangan PRU akan datang adalah undian anak muda atau mahasiswa. Hal ini jelas apabila kedua-dua komponen parti PR dan BN sedang sibuk bergasak untuk memenangi hati anak muda. Dari tawarkan pendidikan tinggi percuma sehinggakan pelbagai program jalankan khusus untuk anak muda. Ternyata anak muda menjadi rebutan menjelang PRU Ke-13.

Hari  ini anak muda bagi pertama menjadi rebutan. Menjadi rebutan sang penguasa yang ingin kuasa. Jelas dari anak muda jangan jadikan peribahasa Melayu menjadi kenyataan “Habis madu sepah dibuang”.

Di peringkat anak muda, jelas kami mahukan pemimpin yang bersih, amanah, dan adil, mendahulukan rakyat daripada kepentingan diri, mampu membawa kesejahteraan kepada negara. Kami tolak sama sekali pemimpin yang menggunakan kedudukan untuk mengumpulkan harta kekayaan, mendapatkan projek, mengayakan kaum keluarga, mengamalkan rasuah di sana sini, dan tidak mempraktikkan Islam sebagai cara hidup.

Anak muda bukan anak patung yang mudah ditipu daya. Kami mampu menilai yang mana baik yang mana batilnya. Sekiranya pemimpin sering membuat onar. Kami akan menghukum mereka di PRU Ke-13 yang bakal tiba.

Anak Muda Pencetus Revolusi Kepimpinan Negara.

Tuesday, June 19, 2012

BANYAK ORANG GILA DALAM UMNO BARU ?

BUKAN PTPTN SAJA YANG GILA

Subky Latif

PTPTN seperti ditadbir oleh orang gila kerana Menteri Pelajaran Tinggi Khaled Nordin bertindak sebagai orang gila memerintahkan PTPTN membekukan bantuan baru bagi dua IPTS di Selangor iaitu Unisel dan Kuis.

Maka Pengerusi PTPTN pun bertindaklah. Tindakan itu untuk mendenda kerajaan PKR Selangor supaya melaksanakan pelajaran universiti percuma sambil membatalkan PTPTN seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika menawan Putrajaya.

UMNO/BN menolak janji Pakatan itu. Lalu ia bertindak membekukannya bagi mencabar kerajaan PKR Selangor mampu atau tidak melaksanakan janjinya sekarang.

Apabila semua orang bising dan merasakan tindakan itu gila, maka belum sempat isu itu didebatkan, menteri Khaled Nordin dan pentadbir PTPTN membatalkan pembekuan itu.

Sebagai menteri dan pegawai sekali lagi mereka dilihat macam orang gila apabila membatalkannya. Sebagai pegawai awam mereka seperti bermain wang awam dan kuasa seperti main duit sendiri. Mentadbirkan jabatan dan wangnya ikut kehendak sendiri tanpa peraturan. Itu cara zaman batu dulu, bukan zaman pentadbiran canggih sekarang.

Apa pun alasan yang menteri beri ternyata mereka dilihat sebagai pihak yang kalah. Dia telah memalukan kerajaan dan memalukan UMNO di ambang PRU yang bila-bila masa itu. Ternyata mereka pentadbir yang  tiada kelas dan sebagai orang politik yang tiada kelas.

Mereka hendak menguji  dan memerangkap PKR dan kerajaan Selangor tetapi yang dilihat politik Rafizi Ramli dengan janji pilihan raya Pakatan telah memerangkap mereka.

Kerja gila itu bukan yang oleh kerjaan BN. Beberapa bulan dulu Perdana Menteri Najib seperti orang gila menaikkan taraf dan gaji beberapa puluh tinggi PTD sampai puluh ribu. Ada yang sudah menerima ratus ribu atau dikatakan hampir sejuta. Ia boleh mengambil orang luar PTD untuk jawatan itu.

Setelah ramai yang bising dan merasakan ia kerja gila, tiba-tiba dibatalkan. Bagaimana hendak mengambil balik gaji yang sudah diterima oleh setengah pegawai? Menaikkan gaji secara mendadak dikira satu kerja gila dan membatalkannya pula macam kerja gila juga. Jadi dua kali  gila.

Tidak cukup dengan itu PM Najib umumkan penggabungan MAS dan AirAsia. Angkat Tan Sri Tony Fernandes jadi lembaga MAS. Ia satu lagi kerja gila kerana orang terasa Fernandes dan Air Asia akan telan MAS sebeagaimana  di zaman  Mahathir dulu sebuah bank komersial yang kecil bergabung dengan Bank Bumiputera yang besar menyebabkan Bank Bumiputera ditelan oleh bank yang kecil itu. Macam sawa ditelan ular lidi. Memang ia  dilihat gila.

Sejurus kemudian penggabungan MAS dan Air Asia itu dibatalkan pula. Tak gilakah namanya. Tidak diketahui apakah pembatalan itu melibatkan pampasan kepad Tan Sri Tony dan AirAsia?

Apakah yang Khaled Nordin lakukan ke atas dua kampus di Selangor itu kerana diperintah oleh Najib atau ia ideanya sendiri. Kalau tindakan bodohnya itu dilakukan atas suruhan Najib, maka nasib Khaled samalah dengan nasib Pengerusi PTPTN yang terpaksa ikut suruhan menterinya.

Kalau Perdana Menteri bodoh, bodohlah menteri. Kalau menteri bodoh, maka bodoh juga pegawai yang mengikutnya. Tetapi kalau tindakan itu  adalah dari akal Khaled Nordin sendiri, nyatalah dia sudah memalukan Perdana Menteri. Bila orang kata menteri bodoh, maka ia seperti mengata Perdana Menteri bodohlah.

Semuanya adalah bagi memberi peluang kepada pembangkang memperleceh keupayaan menteri BN menjelang PRU. Tindakan itu satu kerugan besar buat BN.

TAK SABAR NAK TENGOK UMNO BARU TERTOMOIH

Tanda-tanda kejatuhan BN bertambah jelas

Aspan Alias
Mencapai matlamat perjuangan sememangnya susah dan terpaksa menghadapi pahit maungnya dengan tabah dan sabar yang maksima. Mencari kebaikan akan berhadapan dengan halangan yang rintangannya kadangkala kita rasakan tidak akan tercapai. Tetapi usaha ini terpaksa juga diteruskan kerana dalam keadaan yang mendesak mesti ada pihak yang berani dan sanggup berkorban dan menghadapinya walaupun ianya berhadapan dengan berbagai-bagai  risiko yang tidak ramai  sanggup menghadapinya.
Apa sebenarnya yang membuatkan ada pihak yang sanggup melakukan usaha untuk kebaikan ini? Jika tercapai akhirnya matlamat yang dicari itu, siapakah yang akan menikmatinya? Apakah sebenarnya kepuasan kepada siapa yang berjuang itu? Sebelum itu persoalannya apakah yang menjadi penyebab seseorang atau kumpulan itu sanggup berjuang sambil menghadapi segala rintangan yang bukan kecil itu?

Bagi kita rakyat di Malaysia sekarang ini, perjuangan yang berada di hadapan sekali ialah perjuangan untuk mengembalikan negara kepada landasan yang sebenar dan hakiki itu. Perjuangan setengah pihak sekarang ialah untuk menjaga negara kita yang dianugerahi kekayaan yang melempah-ruah untuk rakyatnya diuruskan dengan baik dan sempurna. Keadaan negara sekarang berada di dalam keadaan yang paling menyayat hati kepada sesiapa yang berfikir dan sayangkan negara ini.

Kebanyakan kemerdekaan dan tamadun sesebuah negara dan ‘empire’ yang tertulis di dalam sejarah dunia ini ialah kerana isu rasuah yang besar-besar. Rasuah merupakan isu yang tidak ada tolok bandingnya kerana rasuah itu boleh menjahanamkan seluruh sistem ampuh sesebuah negara dan jajahan itu.

Negara kita sekarang sedang berada dalam keadaan yang sama semasa ‘Empire Rome’ ketika tamadunnya hendak runtuh dan berkecai dahulu. Begitu juga semasa kekuasaan Uthmaniah dahulu dan banyak lagi contoh-contoh yang sama berlaku di dalam negara dan tamadun  yang  telah  hilang  dimamah sejarah.

Di antara dua puluh enam ‘dynasty China’, dinasti Qing merupakan dinasti yang terakhir yang menghadapi keadaan yang sama sehinggakan dinasti itu jatuh bergelimpangan dengan “people’s power” pada 1910 dahulu dan akhirnya dinasti yang kuat dan kukuh itu telah jatuh dengan penolakan rakyat. Semua tamadun ini merupakan tamadun yang kuat yang tidak ada siapa yang menyangka tatkala itu yang mereka akan jatuh tersembam oleh  kehendak rakyat.

UMNO Baru dan BN juga sedang berada di dalam keadaan yang sama, dalam mana kekuasaan yang telah mereka perolehi selama lebih lima dekad itu nampaknya sudah menunjukkan tanda-tanda akan jatuh. Segala dalil dan petanda kejatuhan yang kita lihat sekarang ini dialami oleh rakyat negara  kita  hampir sama dengan apa yang dialami oleh rakyat ‘empire’ dan negara yang saya sebutkan tadi.

Di antaranya rasuah yang tidak terkawal lagi, kuasa diperguna dengan salah dan ketidakadilan dilakukan terhadap mereka yang berusaha untuk memperbaikinya. Memfitnah dan menggunakan institusi kerajaan sebagai egen kebobrokkan mereka menjadi perkara biasa. Yang benar menjadi salah dan yang salah dijadikan perkara benar.

Inilah yang berlaku apabila kuasa yang dipegang itu berada di dalam tangan dalam tempoh yang terlalu lama. Gerakan yang sama juga sedang dilakukan oleh rakyat negara ini. Reaksi kepada yang berkuasa kita sekarang juga sama dengan pemimpin-pemimpin negara dan ‘empire’ yang telah hilang ditelan sejarah itu. Yang berkuasa selalunya akan hilang hidayah untuk mentadbir secara baik dan sesuai dengan kehendak dan keperluan rakyat semasa
Apa yang perlu kita semua lakukan ialah untuk menunjukkan perbezaan di antara kumpulan reformis dan yang sedang berkuasa. Itu sebabnya saya selalu menulis supaya pendukung perubahan melalui Pakatan Rakyat kali ini perlu dilakukan dengan penuh berhemah dan demokratik. Pihak PR tidak boleh respons dengan tindak tanduk kasar pihak BN dan inilah dia sebenarnya dugaan bagi pihak-pihak yang inginkan perubahan.


Kita mesti ingat yang pihak berkuasa sekarang sedang dalam keadaan ‘desperate’ maka kerja-kerja kasar dan kata-kata yang kotor yang keluar dari mulut pimpinan kerajaan sekarang merupakan perkara yang ‘normal’ yang lazim dilakukan oleh pihak yang akan jatuh tersungkur.  Berbohong adalah sifat mustahil bagi Allah swt dan Tuhan Semesta Alam ini akan memberikan hidayah kepada pihak yang sabar dan istiqomah dalam perjuangannya.
Kejayaan akan hanya didapati oleh mereka yang berusaha, bersabar dan istiqomah dalam perjuangannya. Tidak ada pihak yang sabar itu yang tidak berjaya akhirnya. Percayalah tentang kehendak ‘nature’ ini dan kita hanya menunggu sambil berusaha keras untuk mencapai  apa-apa  matlamat yang  baik itu.


Kepayahan dan kesusahan itu memang pakaian mereka yang berjuang. Perjuangan yang baik itu tidak ada yang mudah dan senang, begitu jugalah kita dalam usaha untuk membina negara untuk kemajuan yang hakiki. Media massa yang digunakan oleh pihak pemerintah secara tidak adil itu telah menjemukan rakyat sebenarnya. Apa yang harus dilakukan oleh mereka yang bertentangan dengan kuasa yang zalim kini ialah dengan memberikan penerangan yang sehabis baik dan jujur tentang isu-isu yang berbangkit di pihak pemerintah pada hari ini.

Apabila rakyat mendapat maklumat yang sebenarnya tidak ada kuasa yang boleh mengalihkan pandangan rakyat dari pemerintah kepada pihak yang bertentangan. Kejayaan akhirnya akan tercapai dan persoalan siapa yang akan menikmati dari kejayaan ini mudah untuk dibayangkan.
Kejayaan usaha pihak yang hendak mengambilalih mandat ini akan memberikan kebaikan kepada rakyat yang sedang hidup dalam kongkongan pemerintah yang memerintah tanpa hidayah ini. Rakyat ramai akan berpeluang untuk bersama hidup dalam harmonis tanpa isu-isu rasis yang diperkayakan oleh UMNO Baru yang 'desperate' ini.


Rakyat akan berpeluang untuk tidak lagi mendengar slogan-slogan kosong yang sekarang dipergunakan oleh pihak pemerintah untuk mengelirukan rakyat. Rakyat juga mempunyai harapan untuk menyekat pengaliran wang negara secara haram seperti yang berlaku sekarang yang jumlahnya melebihi RM1.3 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu.

Mungkin juga rakyat tidak akan mendengar kejadian memelihara lembu dengan belanja RM179 juta untuk mengeluarkan hanya seribu ekor lembu sahaja. Rakyat juga tidak mahu lagi mendengar pemimpin miskin yang mampu membina rumah dan mahligai yang berharga puluhan juta ringgit.
Dengan peralihan kuasa kita berharap tidak akan ada lagi isteri-isteri pemimpin yang lebih 'kuah dari sudu' atau seperti 'kera mendapat bunga' dengan membelanjakan wang rakyat yang jumlahnya amat besar dan tidak dapat dikira.


Jika berlaku peralihan kita berharap tidak ada lagi pemimpin yang berbelanja dengan sewenang-wenangnya wang rakyat seperti apa yang berlaku hari ini. Hari ini pemimpin-pemimpin besar tidak malu-malu membelanjakan wang rakyat dengan pembaziran di hadapan mata rakyat yang bertungkus lumus membina sumber kewangan negara kita. Tetapi dalam masa yang sama mereka menyeru rakyat berbelanja secara berwasatiyah kononnya.

Tetapi seperti yang saya katakan tadi jalan untuk menuju ke arah kebajikan ini amat sukar tetapi insyaallah kita akan berjaya akhirnya. Tanda-tandanya semakin jelas kita lihat.

Bersabarlah dan teruskan usaha… Insyaallah perjuangan kita tidak akan sia-sia. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/