Tuesday, July 31, 2012

RAKYAT MENYAMPAH LAGU PROPAGANDA UMNO BARU

BUKTI BERFAKTA...JUMLAH RAKYAT YANG MENYAMPAH KEPADA LAGU TEMA MERDEKA KE-55 TAHUN, JANJI DITEPATI JAUH LEBIH BESAR DARI YANG MENYUKAINYA....PETANDA AMAT BURUK BAGI UMNO/BN!!!

SILA KLIK PADA FOTO JIKA MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS DAN BESAR

Yang suka : 289
Yang Meluat: 20049


Jumlah yang benci kepada lagu tema Hari Merdeka, Janji DiTepati dimana penulis liriknya Rais Yatim, kini terbukti amat besar jika dibandingkan kepada mereka yang menyukainya..

Dari sumber Youtube amat jelas sekali rakyat amat meluat, menyampah dan benci kepada kerajaan Pusat yang sedia ada.

Luahan kebencian itu mereka terjemahkan kepada lagu Janji DiTepati.

Apakah kaji selidik kepercayaan rakyat yang dijalankan oleh Majlis Profesor Negara (MPN ) dan Merdeka Centre menyatakan Najib Razak jauh lebih dipercayai dari Anwar Ibrahim dan TGNA boleh diguna pakai?

PETANDA AMAT BURUK KEPADA UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK...  INI AKAN MELAMBATKAN LAGI PEMBUBARAN PARLIMEN.- OMAKKAU

LAGI BUKTI PAKATAN RAKYAT YANG CEMERLANG

Rugi untuk empat tahun berturut-turut di bawah pentadbiran Umno Baru/BN Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mula mencatat keuntungan di bawah Pakatan Rakyat.

Menurut Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, PNSB mengalami kerugian selepas cukai berjumlah RM0.9 juta pada tahun 2005, RM7.5 juta (2006), RM1 juta (2007) dan RM15.6 juta pada 2008, lapor Selangorku semalam.“Selepas beralih kepada Pakatan, PNSB merekodkan keuntungan RM8 juta pada 2009, RM23.4 juta pada 2010 dan RM 28.4 juta pada 2011,” kata Pua semalam di petik daripada portal web Free Malaysia Today.

Berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), menunjukkan PNSB mempunyai jumlah aset berjumlah RM761 juta bagi tahun 2010 dan RM823 juta bagi tahun 2011.Pada tahun 2008 dan 2009 PNSB masing-masing memiliki aset bernilai RM111 juta dan RM115 juta.

Monday, July 30, 2012

NEGERI TIDAK PAPA JIKA JAGA KEBAJIKAN RAKYAT

"Secara purata, keluarga yang mendiami rumah bertanah di Selangor menikmati penjimatan RM1,200 setahun sejak program ini diperkenalkan pada Jun 2008.

"Manakala keluarga yang tinggal di rumah bertingkat  pula menikmati penjimatan secara purata  hampir RM900 setahun dalam tempoh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan negeri, tambahnya, telah membekukan cadangan untuk menaikkan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak dua kali iaitu untuk 2009 dan 2012.

"Kerajaan Selangor telah membelanjakan RM550 juta setakat ini untuk Program Pemberian Air Percuma. Namun begitu, kerajaan negeri masih berupaya meningkatkan rezab negeri kepada RM2.1 billion pada 2012 berbanding hanya RM400 juta pada 2008," kata menteri besar.

Ini, tegas Abdul Khalid, adalah hasil dasar kewangan mesra rakyat yang mematuhi prinsip-prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuat banyak usaha untuk memastikan rakyat berhak untuk berkongsi keuntungan, aset dan sumber negeri," tambahnya.

Sunday, July 29, 2012

UMNO BARU: HAMPAS YANG BENGONG


Sudah terlalu banyak yang diperkatakan tentang National Feedlot Corporation (NFC) yang diberi milik kepada keluarga Shahrizat Jalil. Seluruh rakyat Malaysia sudah terlebih tahu mengenai pelbagai pengkhianatan UMNO Baru terhadap negara melalui kes ini. Namun, mereka hanya dapat menghela nafas kebencian yang menyesakkan dada setiap kali kes ini muncul di persada negara. Apa tidaknya? Setiap kali kemunculannya akan diiringi oleh penyerlahan kepincangan kerajaan.

Kini isu ini muncul untuk kesekian kalinya. PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) yang dipengerusikan oleh Azmi Khalid mendapati wujud kelemahan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung pemberian pinjaman mudah bernilai RM250 juta kepada NFC. Kita tahu bahawa Pak Lah menjadi Menteri Kewangan pada waktu itu dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Taninya ialah Muhyiddin. Anehnya, Muhyiddin tidak bercakap sepatah haram pun mengenai fakta yang dikemukakan oleh Azmi. Najib yang kini menjadi Perdana Menteri pun ikut sama membisu. Inilah sindrom yang sedang melanda kerajaan yang flip-flop di negara kita. Walaupun sudah terang lagi bersuluh kesalahannya, mereka masih enggan mengaku salah.

Sebelum itu, kita telah mengetahui tentang pengakuan yang dibuat oleh Nazri Aziz. Dia kata berlaku kes pecah amanah apabila NFC melanggar syarat perjanjian. Perjianjian suruh pelihara lembu, NFC “pelihara lembu” dalam kondo. Kondo-kondo itu letaknya di Bangsar, Singapura, dan Kazakhstan. Oleh sebab itu, bekalan daging lembu tidak mencukupi dan terpaksa juga diimport dari luar negara untuk mencukupkannya. Maka semakin bertambahlah perbelanjaan negara untuk memenuhi tuntutan tersebut. Bukankah ini satu pekerjaan bodoh yang mungkin Pak Pandir pun tak tau buat?

Pada hakikatnya, majoriti rakyat Malaysia sudah pun memperakui kepandiran UMNO Baru. Kebodohanlah yang mampu dipancarkan oleh kepimpinan yang tidak cerdik. Itulah yang menjadi punca UMNO ditipu oleh pemimpin MCA dalam isu PKFZ. Itulah juga yang menyebabkan UMNO ditipu oleh pegawai-pegawai kerajaan sehingga Ketua Audit Negara mencatatkan ketirisan dalam perbelanjaan negara berjumlah RM28 bilion setahun.

Jika Hishammuddin bijaksana, dia tidak akan kata merampas kamera dan kad memori wartawan selari dengan SOP yang diberikan kepada pihak polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 dahulu. Jika Zahid bijaksana, dia takkan beri alasan bodoh sehingga rakyat bersedia pungut duit untuk bolehkan dia dibicarakan di Perancis dalam kes Altantuya. Jika Shafie bijaksana, hubungan sulitnya dengan artis takkan terkantoi Jika Mahyuddin bijaksana, dia takkan terkecing bila disergah MB Selangor gara-gara memberhentikan pinjaman PTPTN kepada pelajar baru UNISEL dan KUIS. Jika Najib bijaksana, dia tidak akan tarik balik Skim SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) yang penuh dengan kecacatan itu. Jika Kerajaan UMNO Baru/BN bijaksana, negara tidak akan menanggung hutang sebanyak lebih 53% daripada KDNK. Harus diingat bahawa jumlah hutang itu semakin bertambah dari tahun ke tahun kerana ketidakpandaian kerajaan berjimat cermat. Bajet yang diluluskan parlimen pun tidak pernah cukup. Sentiasa saja ada bajet tambahan yang dipohon untuk itu dan ini! Keborosan dan penyelewengan akan membawa Malaysia ke arah kemuflisan.

Fakta-fakta yang dikemukakan ini hanyalah sebahagian daripada kesan kepandiran pemimpin UMNO Baru yang merugikan rakyat. Kesemua yang disebutkan itu telah melemaskan kerajaan pimpinan Najib pada masa kini.  Mereka telah terasak ke dinding tanpa sedikit pun kekuatan untuk membela diri. UMNO Baru sememangnya memiliki wajah yang jelek di mata rakyat. Bagi rakyat yang mengimpikan sebuah Malaysia Baru, parti yang menjadi teras kerajaan ini sudah tidak relevan lagi. UMNO Baru sudah menjadi hampas yang bengong. Rakyat Malaysia tidak memerlukan pimpinan yang tak rok cetong sebegini. Mereka perlu dinyahkan dengan segera!!! 

Saturday, July 28, 2012

MALAYSIA KALAHKAN USA !!!

Malaysia kalahkan USA krn di pimpin oleh manusia yg terlebih pandai punya pasal., hutang boleh menang USA laa., teknoloji tak payah sebut la, belilah barangan buangan Malaysia.
TAHNIAH LA KEPADA PM MALAYSIA

NEGARA LAIN YANG BESAR PUN BOLEH BERJIMAT ....
MALAYSIA YG KECIKKKKKKKKKKK BOLEH KALAHKAN NEGARA YG BESAR !!!!

Friday, July 27, 2012

IKUTLAH PERINTAH ALLAH


 
Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka kerana itu mereka tertengadah. Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman (Q. S. 36: 8-10).

Jika kita mengaku Islam, usahlah bertindak sedemikian !!!

HENTIKAN PEMBAZIRAN INI


Thursday, July 26, 2012

TERIMA KASIH KERANA MEMISKINKAN SABAH


 
UMNO/BN berjaya menumbangkan PBS pada tahun 1994. UMNO/BN berjanji melalui slogan "SABAH BARU", Sabah akan dibebaskan dari kemiskinan menjelang tahun 2000.

Kini Sabah tidak bebas dari kemiskinin malah menjadi negeri termiskin dalam Malaysia.

HENTIKAN KEDURJANAAN INI

Ini tiris ke atau memang BOCOR??? haddoww... Natang sungguh bee Hen nih!!!

Wednesday, July 25, 2012

MELAYU JUGA YANG KETINGGALAN

Pendapatan warga KL hanya naik 1.5 peratus hingga 2009
  • Kuek Ser Kuang Keng
Satu kajian Jabatan Perangkaan mendapati pendapatan isi rumah warga Kuala Lumpur hanya meningkat sebanyak 1.5 peratus untuk tempoh 2007 hingga 2009, jauh berbeza daripada purata kebangsaan sebanyak 4.5 peratus.

Kuala Lumpur, seperti juga Perlis, mencatat peningkatan isi rumah paling rendah berbanding negeri lain.

Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2009, yang kali pertama didedahkan kepada umum pada bulan lalu, mengambil kira 45,805 keluarga seluruh negara antara April 2009 hingga Mac 2010.

Kajian setiap lima tahun itu, yang diterbitkan di laman jabatan tersebut, antara lainnya melihat kemampuan kewangan isi rumah Malaysia antara 2007 hingga 2009.

Laporan kajian yang dijalankan setiap lima tahun itu diterbitkan di laman Jabatan Perangkaan.

Menurut laporan itu, pendapatan isi rumah purata seluruh negaa meningkat daripada RM3,686 pada 2007 kepada RM4,025 pada 2009 atau 4.5 peratus setahun.

Pendapatan isi rumah warga Kuala Lumpur hampir tidak berubah, daripada RM5,322 kepada RM5,488 dalam tempoh dua tahun, atau 1.5 peratus setahun.

Putrajaya pula merekodkan peningkatan pendapatan isi rumah hampir 12.9 peratus – paling tinggi berbanding negeri lain. 

Perkara itu mungkin berkaitan dengan pelarasan gaji kakitangan awam, yang membentuk sebahagian besar penduduk Putrajaya, namun laporan berkenaan tidak menafsirkan hasil kajian itu.

Pecahan mengikut kaum pula menunjukkan golongan Cina menjadi kumpulan yang mendapat pendapatan tertinggi dengan purata RM5,011 sebulan pada 2009, diikuti kaum India (RM3,999) dan lain-lain (RM3,640).

Kumpulan bumiputera, termasuk masyarakat di semenanjung, Sabah dan Sarawak, berada di kumpulan terbawah dengan pendapatan purata RM3,624 sebulan.

Laporan itu tidak mempunyai statistik berbeza untuk kumpulan Melayu semenanjung dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

HAKIKATNYA, MAJORITI RAKYAT MALAYSIA MASIH MISKIN

Malaysia alami peningkatan pertama kadar kemiskinan sejak 1999

Malaysia mengalami sedikit peningkatan dalam kadar kemiskinan antara 2007 dan 2009, yang pertama sejak berakhirnya krisis kewangan Asia pada tahun 1999, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.

Kadar kemiskinan naik daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 3.8 peratus pada 2009 manakala kadar kemiskinan tegar kekal pada 0.7 peratus.

Menurut Laporan Tinjauan Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah dan 2009, insiden kemiskinan di Malaysia menunjukkan trend yang menurun sejak 1995, kecuali pada tahun 1999 dan 2009. Hal ini mungkin disebabkan oleh krisis kewangan yang melanda negara pada dua tahun itu.

Antara negeri-negeri, Sabah masih mendahului senarai dengan kadar kemiskinan 19.7 peratus, diikuti oleh Perlis (6 peratus), Sarawak dan Kedah (masing-masing 5.3 peratus).

Garis kemiskinan pendapatan berbeza di rantau yang berbeza, dan penanda aras yang digunakan oleh kaji selidik itu ditunjukkan dalam carta (bawah).

bagaimanapun, laporan itu tidak menyediakan penanda aras bagi miskin tegar.

Kajiselidik itu meliputi 45,805 keluarga di seluruh negara dari April 2009 hingga Mac 2010 dan mengandungi statistik mengenai pengagihan pendapatan isi rumah, kemudahan asas dan insiden kemiskinan di Malaysia.

Ini adalah kali pertama kajiselidik itu, yang dijalankan dua kali dalam setiap lima tahun, telah dikeluarkan untuk tatapan umum. - MK

Tuesday, July 24, 2012

BERSIH ITU HALAL !!!

Hari ini kemenangan lagi kepada BERSIH.Siapa-siapa yang cakap kerja buat kami kotor sila berubah!!!


 
TERKINI 24/7/2012~ UMNO/BN/ memalukan diri dan kerajaan MALAYSIA.
(Perhimpunan Bersih 2.0 yang isytihar haram oleh Kerajaan BN diputuskan halal oleh mahkamah)

PAKATAN KUAT RAKYAT MEWAH

INILAH PENANGAN PAKATAN RAKYAT
SATU KEJAYAAN PAKATAN MEMBANTERAS RASUAH DARI MULUT 'BUAYA' KE MULUT RAKYAT!!!! KALAU TIDAK, RM500 PUN MEREKA MAKAN!!!!

Monday, July 23, 2012

TOLAK PROPAGANDA UMNO BARU

DONGENG KETUANAN MELAYU

Untuk kesekian kalinya Zahid Hamidi mengeluarkan pernyataan klise, iaitu ketuanan Melayu. Dia mengatakan bahawa ketuanan Melayu dipolitikkan untuk menghapus hak Melayu dengan harapan tidak ada satu bangsa yang mempunyai kelebihan atau keutamaan. Orang Melayu dan Bumiputera masih belum mencapai tahap yang disasarkan. Sehubungan itu, ketuanan Melayu masih lagi relevan jika bermatlamatkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu secara keseluruhannya dan bukannya menguntung segelintir sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang lain. Jika tidak, ketuanan Melayu tidak hanya ditolak oleh orang bukan Melayu, malah orang Melayu sendiri.

Hakikatnya, rakyat bukan Melayu tidak menghina orang Melayu dan Bumiputera tetapi sebaliknya marah dan kecewa dengan UMNO yang kononnya menjaga ketua...nan Melayu, namun membiarkan mereka terus-terusan dihimpit kesusahan. Mereka meluat melihat pemimpin Melayu dan kroni mereka berlumba-lumba mengumpul kekayaan. Mengapakah susah sangat pemimpin UMNO hendak memahaminya sehingga retorik basi itu terus didendangkan ?

Orang bukan Melayu tidak menyokong UMNO/BN kerana keadilan sejagat telah diabaikan. Liberalisme ekonomi yang diumumkan Najib sedikit masa dahulu diharap mampu membuka sedikit ruang kepada bukan Melayu untuk menyokong UMNO/BN. Namun, rasuah, sogokan, politik wang, dan salah guna kuasa sejak lebih 50 tahun mentadbir negara tidak dapat disembunyikan melalui retorik murahan itu. Apatah lagi terdapat kesangsian tentang pelaksanaan konsep itu yang ditakuti menggadai negara kepada kapitalis dunia. Sekali lagi kita bertanya, "Mengapa susah sangat pemimpin UMNO hendak memahaminya?"

Bilakah ketuanan Melayu menjadi tidak relevan lagi? Dapatkah pemimpin UMNO menetapkannya supaya isu memualkan ini tidak terus diulang tayang setiap kali pilihan raya umum sudah hampir? Bilakah orang Melayu akan mencapai tahap yang disasarkan itu sekiranya BR1M RM500 dianggap oleh UMNO sebagai lampu ajaib yang kononnya boleh mengubah segala-galanya seperti yang mereka riuhkan melalui iklan dalam pelbagai media dan pelbagai bahasa?

Hanya itu yang mampu dibebelkan oleh pemimpin UMNO ketika majoriti rakyat sudah meninggalkan mereka untuk mencari alternatif bagi mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang adil, makmur, dan berkebajikan. UMNO sememangnya mencari nahas. Dengan sekian banyak kemudaratan yang telah mereka lakukan, sukar untuk rakyat kembali berpaling kepada mereka.

Sunday, July 22, 2012

UMNO BARU DAH TERUK


Acara membatalkan air sembahyang cara Umno... JOM tengok

http://shalehudin.blogspot.com 
Ini kampung Be End...
Lain dari Be End dilarang masuk...
Kerana dalam kampung ni yang HARAM boleh di HALAL kan...

Kahkahkah...
Nie buktinya...



Saturday, July 21, 2012

Friday, July 20, 2012

BEGITULAH KALAU DAH NAK TELUNGKUP


2

Krisis air Selangor di musim hujan?



Dengan musim hujan mutakhir ini, sukar bagi kerajaan Pusat untuk meyakinkan rakyat bahawa negeri Selangor akan bakal berdepan dengan krisis bekalan air. Cukup ironis, namun itulah sajian media BN saban hari kepada rakyat.

Memang benar. Yang dibicara bukannya air mentah atau air di permukaan bumi yang dianugerahkan Allah melimpah-ruah dalam bentuk hujan. Simpanan lebih besar lagi dari 7 empangan Selangor adalah air bawah tanah (ground water) yang jauh lebih lumayan yang juga belum dimanafaatkan.

Mengapa kerajaan Pusat menganggu dan mencabar kedamaian hidup pengguna dan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dengan isu ini? Mengapa mereka mahu cetus rasa takut, gundah-gulana serta keluh-kesah rakyat? Mengapa mereka berhajat bagi menerbitkan rasa krisis di negeri di bawah Pakatan Rakyat ini?

Sekali lagi AIR cuba dijadi modal politik dan isu untuk menjatuhkan kredibiliti dan wibawa kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah menteri besarnya. Berdepan dengan pelbagai kebejatan urustadbir yang serba dipertikaikan, khasnya pendedahan pelbagai kes rasuah dan salah guna kuasa elit pemerintah, kerajaan BN sememang mahu mengalihkan pandangan rakyat.

Apakah pemimin Umno-BN terlupa bahawa air dan penswastaannya di seluruh negara, khasnya di Selangor, adalah ‘jenayah’ dan ‘dosa’ yang belum lagi mereka tebus dan bertaubat? Ceritanya terlalu panjang untuk diziarahi kembali.

Tegasnya, umum sedar bahawa penswastaan air yang dilakukan dalam zaman Tun Mahathir gagal. Seperti mana gagalnya kebanyakan penswastaan utiliti dan perkhidmatan awam yang dulunya dikendali oleh kerajaan, kegagalan penswastaan air, cuba dirungkaikan ‘selamatkan’ dengan satu dasar bernama “Penstrukturan Semula Industri Air”. Terlalu banyak yang diselamatkan atau ‘bailout’.

Setelah hampir enam tahun selepas penubuhan Suruhanjaya Perkihdmatan Air Negara (SPAN, 2006) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) diperkenalkan bersama dengan pengenalan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB, 2006) bagi melaksanakan matlamat ‘penstrukturan’ dan ‘migrasi’ dari ‘regim konsesi’ ke ‘regim pajakan’, kerajaan Persekutuan masih gagal untuk menyempurnakan dasar ini untuk negeri Selangor. Mengapa?

Negeri-negeri lain termasuk negeri Pakatan seperti Pulau Pinang dan Kedah turut berjaya dilakukan ‘migrasi’ dan pemindahan aset-aset negeri kepada PAAB dan berakhir dengan Kementerian Pusat memberi hak pajakan bagi ‘merawat dan mengurus pengedaran’ air sama ada kepada kerajaan negeri atau pihak swasta. Contohnya, Johor pihak swasta yang dapat. Melaka dan Negeri Sembilan diberikan kepada kerajaan negeri.

Isunya ialah mengapa dalam kes negeri Selangor, kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berbeza? Mengapa kerajaan Persekutuan tidak mahu membuat keputusan untuk memberikan lesen pajakan kepada salah satu entiti ini: Kerajaan Negeri atau Pihak Swasta?

Nah, inilah isu besarnya yang kerajaan Pusat cuba mengelak untuk buat keputusan!  Sekaligus membayangkan kedudukan serba salah kerajaan Pusat dan khasnya Menteri KTTHA itu. Tidak sukar untuk membuat telahan mengapa sedemikian jadinya. Nak bagi kat swasta akan dituduh memberi kepada kroni yang telah jelas gagal, antara lainnya; mengurangkan NRW atau “Air Tak Berfaedah” hasil kebocoran paip dan sebagainya serta juga gagal memenuhi beberapa terma konsesi tentang perolehan atau ‘procurement’.

Untuk diberikan kepada kerajaan negeri pula, jelas bertentangan dengan kepentingan membela kroni yang sememang hidup dengan ‘pemberian kontrak dan konsesi’ seperti ini.

Umum juga tahu bahawa sudah hampir 4 tahun kerajaan negeri mengemukakan pelbagai cadangan yang terbaik bagi menangani kemelut air di Selangor akibat penswastaan air yang ‘menswastakan sektor yang untung’ yakni ‘rawatan air’ dan ‘merakyatkan’ sektor yang rugi yakni ‘pengedaran’.

Umum masih ingat tabiat ‘kecurangan dan pengkhianatan’ ini yang menyaksikan bagaimana Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) pertama-tama diswasta aspek rawatan kepada Puncak Niaga, Abbas dan Splash. Sementara itu ‘aspek pengedaran’ yang ‘tak menguntungkan’ dikekalkan dengan JBAS yang kemudian dikorporatkan menjadi Perkhidmatan Uruan Air Selangor (PUAS) dan akhirnya juga diswastakan menjadi SYABAS (2005).

Syabas dalam pada itu menanggung kerugian sebanyak hampir RM1 bilion atas kos pembangunan (Capex dan juga Opex) sementara pihak pemilik konsesi mengaut keuntungan tetapi masih juga memerlukan hutang bagi kegiatan kos pembangunan atau Capex mereka.

Cerita untung dan rugi dan banyak mana dividen yang telah diagihkan serta hutang yang ditanggung oleh pemilik konsesi air Selangor ini, sarat dibawa dalam media, hal tentang gaji pengerusi, pengarah-penagarah dan kemewahan pejabat dan kereta dan sebagainya. Berita tentang dakwa-dakwi mahkamah sesuatu yang cukup lumrah. Majalah ‘The Edge’ yang terkemuka itu sahaja telah banyak menjadikan isu ‘Air Selangor’ ‘lead story’ mereka beberapa kali. Jenuh dan bosan rakyat membacanya.

Bagi menggemparkan rakyat dan pengguna terkini, Syabas dan sekutu-sekutu NGOnya mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, kononnya, loji di Empangan Sungai Labu yang baru.

Ini macam pendekatan “Shock Doctrine’ buku karangan Naomi Klien bagi mengejutkan lawan dan seteru politik. Cumanya, Menteri Besar Selangor ini bukan calang-calang lawan yang boleh dijatuhkan begitu sahaja. Bukankah beliau yang merancang strategi menggunakan ‘shock doctrine’ melalukan ‘morning raid’ di Bursa ‘London Stock Exchange’ bagi mendapatkan 51% saham untuk PNB ke atas syarikat gergasi British Kumpulan Guthrie dalam tahun 1981?

Lalu belum sempat kejutan tentang krisis air itu dapat dirasakan oleh rakyat Selangor, MB ini telah menghendap balas dengan ‘pengisytiharan mengambilan pengurusan Syabas’. Mengikut perjanjian konsesi penswataan air, kerajaan negeri melalui peruntukan klausa 32, berhak mengambil balik pengurusan pengedaran air sekiranya pihak konsesi gagal memenuhi dan komplian kepada terma-terma perjanjian.

Persoalan sama ada kerajaan negeri mampu mengambil alih secara teknikal pengurusan pengedaran air yang selama hari ini dikendalikan oleh Syabas menjadi isu kedua. Ramai kakitangan Syabas dengarnya bersedia berkhidmat dengan kerajaan negeri. Pokoknya, kerajaan negeri punya kuasa yang termeterai dalam peruntukan perjanjian konsesi.

Nah, masakan tak gelabah pihak Syabas. Agaknya, hampir nak terkencing pengerusinya. Penulisan ringkas ini tidak berupaya menyenaraikan pelbagai aspek polemik dan pertikaian isu air ini. Ini bukan pentas dan forumnya. Cumanya nak dikatakan bahawa pihak kerajaan Umno-BN tersasar dalam membuat congakan dan percaturannya meleset.

Kini kerajaan negeri mencabar Syabas bahawa mereka akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor itu, bagi mengenal pasti keadaan semasa air terawat di negeri ini.

Putar belit isu Langat 2 dalam menggarap isu ‘krisis kerkurangan air’ di Selangor ini, lebih menampakkan kebobrokan dan pengkhianatan Umno-BN kepada rakyat. Projek yang menelan RM8.65 bilion seluruhnya itu, pada asasnya adalah untuk menangani bekalan air mentah (dan juga rawatan kemudiannya), sebagai projek perpindahan antara negeri yakni bekalan dari Pahang. Isu di sini bukan bekalan air mentah! Kenapa nak belanja sampai RM8 bilion?!

Tentunya lebih banyak tanda tanya dan persoalan yang menerjah pemikiran rakyat. Bingung rakyat. Kenapa kerajaan Persekutuan mahu menambah statistik hutang yang sudah mencecah RM456.3 bilion itu? Lebih penting lagi, apakah itu prioritinya?

Paling memalukan terkini adalah penubuhan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi menangani ‘krisis air’ ini. Lebih ‘aib lagi adalah keanggotaannya! Sudahlah TPM yang mempengerusikannya, anggota macam Menteri Pertanian itu takpayahlah. Menteri Wilayah itu menasabah juga sebab menyangkut kepentingan rakyatnya. Tetapi Menteri Senator di JPM itu buat apa dimasukkan juga kerana kalaulah untuk ‘power’ penyampaian power-pointnya itu, boleh dikoop kemudian sahaja.

Umum terus bertanya perwakilan kerajaan negeri Selangor dan pakar-akar air dari pihak NGO yang bi-partisan dan juga pihak profesional kenapa tak ada?

Kesilapan-kesilapan maha besar kerajaan Umno-BN di hujung-hujung parlimen ke-12 ini semakin terdedah dan terserlah. Apakah begitu nasibnya di saat nazak pemerintahan ini, yang telah terlalu lama berkuasa – lebih  5 dekad!. Cukuplah!

APA NAK JADI DENGAN ORANG UMNO NI ?

KEJAHILAN UMNO MAKIN KETARA..........................???

UMNO BARU TAK TAU MAKNA FITNAH

Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO Baru/BN wajib menubuhkan media troopers untuk menangkis fitnah pembangkang dalam media alternatif. Kita rasa pelik dengan pernyataan ini. Mereka telah menguasai sepenuhnya akhbar arus perdana. Mereka menguasai sepenuhnya media elektronik. Mereka menggunakan semua media itu untuk menyerang Pakatan Rakyat. Pakatan langsung tidak diberi peluang membela diri melalui saluran-saluran itu. Apabila Pakatan menggunakan media sosial untuk menyalurkan maklumat yang lebih bertanggungjawab kepada rakyat dan berjaya menguasai pemikiran rakyat, mereka menuduhnya sebagai fitnah setelah Mohd Zaini Hassan mengesahkan Utusan spin fakta untuk menjatuhkan kredibiliti Pakatan. Mengapa ini terjadi? UMNO Baru/BN wajib melihat ke dalam diri mereka sendiri.

Pakatan mengemukakan fakta sahih kepada rakyat. Itu sebabnya rakyat yakin kepada mereka. UMNO Baru/BN guna pembohongan untuk merobek keyakinan rakyat itu. Perbuatan itu bukan sahaja tidak wajar malahan juga tidak bertamadun. Sehubungan itu, kita meminta UMNO Baru/BN mengemukan hujah balas terhadap fakta yang dinyatakan di bawah.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dalam pelbagai bentuk sudah mencapai peringkat kritikal. Dari RM19 bilion  pada tahun 2004 naik menjadi RM67.8 bilion pada tahun 2009 atau 43.5 % daripada pendapatan kerajaan pusat. Situasi ini amat tidak wajar. Kalau pada tahun 2005 PETRONAS simpan 42.5 % keuntungannya, kini hanya 21.1 %. Ini bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak cucu kita.

Kesemuanya berlaku akibat pemborosan, penyelewengan, rasuah, dan ketirisan dalam kerajaan yang diterajui UMNO/PERIKATAN/BARISAN NASIONAL. Rakyat yang tidak suka dengan kebobrokan ini perlu bertindak menyekatnya dari terus berleluasa dan bermaharajalela. Kita tolak UMNO dan sekutu-sekutunya dalam PRU Ke-13 nanti.

Thursday, July 19, 2012

UMNO/APCO RESTUI JUDI?

Kenali Bapak-Bapak Judi Semalaysia Dan Surat Saham Judi Umno


Ahli  Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, Jen (B)  Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin



Meh korang tengok bukti-bukti kaitan umno dengan judi nih..Masalah judi nih memag dari dulu umno dah halalkan..apa kita nak herankan kan,kan.kan

nih surat judi dari umno.korang nak tengok dengan lebih jelas klik untuk besarkan

Di atas adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.

Surat Rasmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di bawah pula dipaparkan satu keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.
Keratan Akhbar Utusan Melayu - Fatwa Judi Amalan UMNO adalah  HARAM
Keratan Akhbar Utusan Melayu - Fatwa Judi Amalan UMNO adalah HARAM (Klik untuk besarkan imej)

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Korang nak tau sapa syeikh abdullah fahim? mufti Pulau Pinang itu?

Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebelum nih iaitu, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.


Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai
KWSP - Duit Titik Peluh Rakyat Untuk Judi UMNO
KWSP - Duit Titik Peluh Rakyat Untuk Judi UMNO

Pengakuan selamba Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Rusma Ibrahim dalam suratnya kepada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) pada 2007 pastinya mengecewakan ramai umat Islam dinegara ini. Walaupun surat ini (gambar di atas) sudah lama, namun hingga kini KWSP masih lagi aktif untuk melaburkan dana caruman umat Islam yang kini melebihi RM 1 Billion kepada sektor perjudian dan riba.

Empat cabang pelaburan KWSP yang utama didedahkan iaitu;

1. Pelaburan Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
4. Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.

Pelaburan pelbagai yang tidak terkawal ini menunjukan sikap tidak sensitif KWSP dalam menguruskan sumber kewangan umat Islam. Ini amat mengecewakan kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara paksarela begitu sahaja.

Dengan organisasinya yang besar, adalah tidak logik KWPS tidak mampu untuk membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini boleh perkenalkan perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?

Senarai wajah-wajah korporat Melayu UMNO dalam industri ARAK & JUDI negara Islam Malaysia :http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/korang-nak-tau-harta-anak-tun-det-ada.html
Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Mirzan Miguel (anak lelaki Tun Dr Mahathir)

San Miguel Corp
Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.

Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Gunness Anchor Berhad
Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Guinness Anchor Berhad

Dato’ Jaffar Indot Gunness Anchor Berhad
Dato’ Jaffar Indot Guinness Anchor Berhad

Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman
Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman

TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director
TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director

Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent  Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff  Member/Independent Non-Executive Director
Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff Member/Independent Non-Executive Director

Tan Sri Dato’  Jaffar bin Abdul Non -Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non -Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Mohamed Saleh Bin  Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
Mohamed Saleh Bin Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku  Naquiyuddin, Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin  Kamaludin
Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali, Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
http://siasahkini.blogspot.com

Wednesday, July 18, 2012

INI APA BENDANYA ?

Poooooodaahhhhhh!!!
JANJI DITEPATI?

UTUSAN DAN UMNO BARU MELUDAH KE LANGIT



Peribahasa Melayu mengatakan bahawa "sudah terang lagi bersuluh".  Maksudnya ialah sesuatu yang telah terbukti betul dan nyata. Utusan telah membuat dua pengakuan. Pertama, perang psikologi dalam media alternatif pada masa ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, khalayak menyokong pakatan itu dan tidak mengendahkan UMNO Baru/BN. Tahniah diucapkan kepada penyokong Pakatan atas kejayaan ini.  Situasi sedemikian telah menyebabkan UMNO Baru/BN memendam rasa.  Walau bagaimanapun, mereka gagal mencari satu pendekatan yang beretika untuk mengatasi keadaan tersebut. Maka terpacullah dari mulut Mohd Zaini Hassan sendiri tentang taktik celaka yang mereka gunakan untuk mengubah persepsi pembaca terhadap UMNO Baru/BN. Mereka telah memutarbelitkan fakta mengenai Pakatan Rakyat. Secara tersiratnya mereka membohongi pembaca demi menyelamatkan tuan mereka.

Setelah mengetahui perbuatan Utusan dan UMNO Baru meludah ke langit itu, masih maukah anda membaca isi-isi celaka dalam akhbar tersebut? Sebagai insan yang mementingkan kebenaran dan menolak kemungkaran, rakyat Malaysia seluruhnya perlu membuat keputusan memboikot Utusan. Biar mereka mampus dispin oleh keserakahan sendiri daripada kita bersenang hati bersubahat dan bersukacita mengumpul dosa kering.  Biarkan semua Si Luncai sama ada di Utusan ataupun media maya terjun dengan labu-labunya. Tetapi jangan haraplah dapat kawin dengan puteri raja dalam era globalisasi ni !!! 

Tuesday, July 17, 2012

SATU AQIDAH


Ya ALLah hanya pada Engkau kami menyembah dan hanya pada Engkaulah kami memohon pertolongan. 
Kata Jundi Tarbawi:

hidup jangan jadi fasik
dalam solat
mengesakan Allah
diluar solat
menentang pula hukum Allah

RAKYAT TIDAK AKAN MELUPAI KEBOBROKAN UMNO BARU

Monday, July 16, 2012

UTUSAN PEMBOHONG BESAR


INILAH BUKTINYA!!!
To spin a fact is to lie, Utusan

YOURSAY 'There's a fine line between deception and blatant lies. What this filth of a newspaper condones is nothing short of the latter.'

Utusan editor: Spinning to attack opposition is okay

your sayVoice: Before a fact becomes a blatant lie, it has to be spun. Otherwise a fact is a fact, and a lie is a lie.

It is totally the opposite of what Utusan Malaysia's deputy chief editor Mohd Zaini Hassan said. And he dares to confess that they do spin the truth.

Hang Babeuf: "We spin" means "we manipulate". That in turn is a declaration that "we hold you, our readers, and the entire Malay people whom we address through our paper, in contempt."

Well, that is not the basis upon which a newspaper can operate, either practically or ethically. It is not the basis upon which a leading political party, owning that newspaper, can operate successfully, morally and responsibly. It is no basis upon which a government that is associated with and supported by that newspaper can govern.

It is no foundation upon which the leader of that party and the head of that government can hope to survive. Only the politically deluded could imagine otherwise. Yet those people wonder, as election time approaches, why this government is in trouble!

Face the facts, all you scheming party loyalists in Umno and at Utusan. Not all the consultants in the world, not all Umno's horses nor all Prime Minister Najib Razak's hired men, can fix a problem like that. Nothing can save those who are already benighted, lost.

Multi Racial: They have just admitted that they practice the lowest form of broadcasting. They are not independent. They do it for money. They treat the opposition like their enemy. They will twist and turn the story as they deem fit to make the opposition look bad.

They are not professional news people. They are merely servants of BN. They will do anything to make sure BN wins.

Once Pakatan takes over government, we have to get rid of all these people who are not fit to run news organisations. We have to create a more independent media.

Black Mamba: Utusan was once ‘the Malay newspaper' to be read, as they were very vocal about the ruling government.

Today times have changed, especially since the day they were bought over by the Umno business machinery, and they are today's best ‘spin newspaper'. Give them an award for that. It's long overdue.

SMC77: Do you know the definition of "spin", Zaini? If you spin a fact, it won't be a fact anymore. So, you are blatantly telling a lie. Utusan is telling the world that they lie - all the time.

Moontime: There's a fine line between deception and slander. What this filth of a newspaper condones is nothing short of the latter.

Utusan almost always remains unsold in many grocery shops and 24-hour convenience stores. Surely this is a clear sign that Malaysians have thoroughly rejected its spins, lies and blatant sycophancy in favour of the ruling elite.

Utusan, I hope that all the victims of your slander and lies will sue for defamation so much so that ultimately, you have no choice but to file for bankruptcy.

Geronimo: You don't spin. Instead, you cook up stories to lie to the public. That is the difference and that is defamation.

I am a graduate in journalism and nowhere during my course did we have any module that taught us the art of spinning or ‘bullshiting' the public. If this is what you learn in your journalism, then it must be from one of our moronic local universities.

So finally, the truth is out. Utusan is not a newspaper but a propaganda sheet for Umno, period.

Simon Lee1: Utusan has just raised their middle finger and declared war against the National Union of Journalists and the rakyat by their arrogance and their public declaration of their absolute right to breach every universal and fundamental ethic of journalism.

Chief Minister Lim Guan Eng and the Penang government were right to ban these evil propaganda machineries of Umno bent on corrupting the truth by perpetually spinning lies, spewing seditious statements and inciting racism in their attempts to arouse racial conflict and animosity amongst the rakyat.

Anonymous_6957: So now we have an open admission that Utusan is a mouthpiece for the ruling BN.

So much for that "press freedom" ruckus MCA had tried to kick up with the opposition for banning Utusan and other BN media. Sorry MCA, Utusan never deserved press freedom because they are not considered the press.

Today, they just confirmed it for all to see. So what does MCA have to say about this now? And what of BTN (Biro Tatanegara) using our money to run this kind of blatant partisan propaganda for BN?

Hasrul Junaidi: I appreciate Zaini for admitting the fact that they spin. He is a gentleman to admit that they do not practice ethical journalism after all. How many journalists from the local media would admit this?

Anonymous #08167141: What a disgrace - telling young Malaysians that it is perfectly okay to lie to get ahead. They may take it as endorsement to cheat, whether in their academic or working life.

It is really hard to believe BN is so desperate to the extent of admitting openly that they are liars and are motivated by money.

Lim Chong Leong: Utusan is not fit to call themselves newspapers. And they are lying when they say they only spin facts and not lie.

Substituting the word Scientology with Islam is blatantly lying and evil to create hatred. Use deception against your enemies? Who is the enemy? A person with a differing view is your enemy?

Sunday, July 15, 2012

RUNTUHKAN UMNO BARU TERENGGANU

Rakyat Terengganu tunggu apa lagi !!! PRU 13 tukar kerajaan negeri!!!
TERENGGANU RUNTUH SOKMO!!!!!
Ini akibatnya negeri yang dirampas oleh pengundi-pengundi hantu (Haram) jadi semuanya hilang Kawalan....Semuanya angkara RASUAH.......

Saturday, July 14, 2012

UMNO BARU PERLEKEHKAN HIMPUNAN OREN

MEREKA SEBENARNYA SUDAH GENTAR !!!
 
Sorang lagi menteri UMNO tak reti mengira... patut le negara bakal bankrap...tak tau mengira.... hampeh....

TAK LAMA LAGI UMNO BARU PULA RUNTUH

TAK LAMA DAH UMNO BARU NAK RUNTUH!!!
Runtuh lagi, bertimpa-timpa projek runtuh. seperti mana skandal memberi projek kepada kroni, barangkali Tuhan nak tunjukkan kepada kita keruntuhan moral pemimpin UMNO Baru/BN yang memberi projek kepada kroni yang tidak layak.. maka inilah yang berlaku?

Friday, July 13, 2012

FAKTANYA IALAH MALAYSIA TIDAKLAH SELAMAT SANGAT !!!

Jenayah meningkat, jangan sorok fakta - Musa Hassan

Harakahdaily
Ketika kerajaan cuba memberitahu rakyat bahawa kadar jenayah negara ini berkurang, rakyat dikejutkan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan (gambar) bahawa ia sedang meningkat.

Beliau mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.

“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

“Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

“Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,” kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

“Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

“Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, ‘especially’ dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

“Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara,” kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada ‘intelligence procurement’ atau ‘perolehan risikan’.

“Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

“Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

“Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni,” kata bekas KPN itu lagi.

HA HA HA INILAH WAJAH SEBENAR UMNO BARU

SUDAH KANTOI!!.. MANA MAU LARI SEKARANG BEB!!!.. LAGI MAU NAFIKAH SAMBUT NAJIB RAZAK ADA IMBUHAN!!!!






Apakah para pemimpin UMNO termasuklah juak-juaknya nak nafikan yang kerja sambut Najib Razak diberikan imbuhan wang ringgit?

Tanpa wang ringgit jangan harap rakyat nak keluar meraikan Najib.


Itu tak termasuk kakitangan kerajaan yang dikerah secara paksa.. jika gagal hadir, diugut untuk diambil tindakan disiplin oleh Ketua Jabatan masing-masing.


Dengan ahli UMNO berjiwa totok pun terpaksa dirasuah dengan wang ringgit untuk sambut Najib Razak...


NO MONEY NO TALK PUNYA PARTI UMNO NI..

Thursday, July 12, 2012

TAIK BERGELUMANG DALAM UMNO BARU


Najib seperti sudah kehilangan arah sekarang ini. Dia tengah dilambung oleh badai janji ditepati. Oleh sebab itu, ke mana saja dia pergi berkumandanglah retorik tentang kebolehannya sebagai pemimpin merasai denyut nadi rakyat. Maka berkeliaranlah dia menjaja sesuatu yang sifatnya masuk bakul angkat sendiri. Dia ingat rakyat tidak tahu tembelangnya. Dia ingat rakyat percaya kepada autanya.

Rakyat tahu apa-apa yang dikatakan Najib itu sebenarnya tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah yang dilantik oleh rakyat. Mana-mana kerajaan pun dalam dunia ini berbuat sesuatu untuk mensejahterakan rakyatnya. Tidak kira kerajaan itu berbentuk monarki mutlak. Tidak kira kerajaan itu berbentuk monarki berperlembagaan. Tidak kira kerajaan itu berbentuk republik. Tidak kira kerajaan itu mengamalkan sosialisme. Tidak kira kerajaan itu mengamalkan komunisme. Semuanya berkhidmat kepada rakyat.
Walau bagaimanapun, ada kelainan dalam Kerajaan UMNO Baru/BN pimpinan Najib. Serak tekak mereka bertempik tentang janji ditepati. Rupa-rupanya tempikan itu hanyalah kokok derderai-derai, ekor bergelumang taik. Mengapa ekor mereka penuh taik?

Mereka kayakan diri sendiri.  Mereka bina istana. Mereka bina rumah agam. Mereka ambil wang pembayar cukai. Rakyatlah yang membayar cukai. Siapakah pemimpin UMNO Baru yang miskin?

Mereka kayakan kroni. Tajudin Ramli ambil RM598 juta, tak payah bayar balik. NFC yang dimiliki Suami Shahrizat diberi pinjaman mudah RM250 juta, Malaysia terus import daging. Raja Farhana anak Raja Nong Chik dianugerah projek membina Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar Johor sebanyak RM30.8 juta, Ikhwan anak Jamaludin Jarjis mendapat projek Pusat Kawalan Trafik Udara Subang bernilai RM128.4 juta. Pernahkah Najib berjanji kepada rakyat Malaysia untuk menghentikan kronisme? Tidak pernah barang sekali pun. Pernahkah Najib berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa pemimpin UMNO Baru akan berhenti memperkaya diri sendiri? Tidak pernah barang sekali pun. Pernahkah Najib berjanji kepada rakyat Malaysia untuk membanteras ketirisan yang setiap tahun jumlahnya RM28 bilion itu? Tidak pernah barang sekali pun!!!

Najib tidak akan berhenti berkokok. Setiap kali dia berkokok, rakyat akan nampak taik yang bergelumang di punggungnya. Biarlah dia. Rakyat tidak sabar-sabar lagi hendak melenyapkan kokokan yang sumbang itu.