YAKJUJ DAN MAKJUJ

Wednesday, October 31, 2012

TEMBELANG DAH PECAH - BUSUKNYA BAUUU


Samy Vellu luluskan projek kondo Batu Caves – Anwar



Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.

Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.

Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.

Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.

“Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu,” kata Ketua Pembangkang.

“Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab,” tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.

Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.

“MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini,” kata Anwar.

Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.

“Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim,” katanya.

MARILAH SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN


Umno berjaya sesatkan MCA

Subky Latif
Apa-apa yang Presiden MCA dan lain-lain pemimpin MCA kata tentang hudud telah diketahui semua. Sesuailah dengan kepercayaan mereka yang tidak menganut Islam sedang hudud itu adalah salah satu dari hukum Islam.
Jika mereka percaya dan menerima hudud, hampir dekat mereka dengan Islam dan mereka pun  Islam.

Cuma yang peling menarik ialah kenyataan media Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Selepas perhimpunan agung Pemuda MCA itu dia memberitahu media betapa gerakannya menolak hudud  ala PAS.

Jika yang ditolaknya itu hudud ala PAS, ia boleh diertikan ada hudud yang dia terima. Tidaklah sama dia dengan lain-lain pemimpin MCA yanga umumnya menolak apa saja yang dinamakan hudud.

Apa yang dilafazkan oleh ketua Pemuda MCA itu samalah yang Dr. Mahathir dan sekalian UMNO kata.  Temasuk yang ADUN BN Johor kata ketika dia menyeru keraaan Johor melaksanakan hudud yang bukan hudud  PAS.

Hudud itu tidak ada hudud PAS atau hudud UMNO. Hudud yang ada dalam Islam itulah hudud yang disebut dalam Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kemudian disebut juga dalam Injil yang  diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

Hudud itu sama seperti solat dan lain-lain ibadat disebut dasarnya saja. Macam solat dilaksanakan dijelaskan oleh  Nabi SAW dengan kata-kata dan perbuatannya. Demikian jugalah hudud. Ulama fekahlah masing-masing mazhab pula yang memperincikan panduannya. PAS pula menggubal undang-undang iaitu enakmen bagaimana  kerajaan hendak melaksanakannya.

Jika ada kelemahan, maka bolehlah ia dikemaskan.

UMNO mengaku ia beriman pada hudud, tetapi ia tak buat apa-apa. Sidang mufti dan Majlis Fatwa tidak pernah kata enakmen yang Kelantan  dan Terengganu itu hudud PAS. Jika UMNO  anak jantan ia boleh minta Majlis Fatwa kata ia hudud PAS dan minta semua hakim syariyah buat dikatakan hudud Islam.

Apa yang Ketua Pemuda MCA kata itu ialah sebiji macam yang UMNO kata. Ketua Pemuda MCA itu seperti UMNO logiknya percaya ada hudud yang betul bukan yang PAS buat.

Seronokkah  UMNO dengan kata-kata Pemuda MCA itu? Seolah-olah UMNO berjaya yakinkan Pemuda MCA yang tak bettul hudud PAS. Yang betul ia tidak dapat tunjukkan.
Katakanlah Pemuda MCA mahu menerma hudud yang Islam peraturkan itu tetapi mereka  tidak tahu yang kana satu. Jika dapat ditinjukkan, maka mungkin mereka terima.  Yang ada hanya hudud yang PAS gubal. Jika yang PAS gubal itu adalah hudud,  mungkin Pemuda MCA boleh terima.

UMNO kata yang PAS buat bukan hudud. Pemuda MCA terima apa UMNO kata.

Isunya sekarang Pemuda MCA tidak tahu yang mana satu yang dikatakan hudud. Mungkin mereka mahu tahu. Tetapi dengan mengata yang PAS buat itu Hudud PAS, MCA tidak  akan jumpa hudud lain.

Mungkin Pemuda MCA hendak mencari kebenaran, tetapi dengan apa yang UMNO jelaskan kepada mereka, tidak akan dapat menunjukkan kebenaran tetapi ia menyesatkan lagi orang yang tidak tahu itu.

Sepatutnya UMNO jelaskan apa yang benar kepada Pemuda  MCA. Tetapi sekarang mereka disesatkan lagi.

Apabila UMNO kata ia hudud PAS, maka tidaklah mudah kita kata UMNO itu sesat. Tetapi apabila UMNO kata begitu pada Pemuda MCA, maka UMNO menyesatkan lagi MCA. Seronokkan UMNO kalau MCA terus sesat.

Semua yang terjadi itu adalah disebabkan YADIM, JAKIM, IKIM dan semua majlis agama tidak berfungsi. Tidakkah boleh dikatakan bahawa  Penasihat Agama  Perdana Menteri makan elaun buta?

Tuesday, October 30, 2012

APA HAL PULAK NI ?


Jambatan Sultan Yahya lambat siap dibisukan




Umpama bertukar antara orang gemuk dan sembab. Itulah yang berlaku kepada Umno apabila projek kerajaan pusat gagal siap mengikut jadual dibisukan, sebaliknya bising terhadap projek kerajaan negeri.

Sedangkan projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya kedua lebih tiga tahun tersasar daripada jadual asal. Lebih parah lagi apabila terpaksa ditambah lagi peruntukan lebih RM34 juta.

Projek berkenaan dipecah tanah oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 18 Jun 2007 sepatutnya siap pada 31 Disember 2009.

Projek berkenaan melibatkan kos awal sebanyak RM143 juta, sekarang mengikut Laporan Ketua Audit Negara bertambah kepada RM177.76 juta.

Sedangkan projek pembangunan Lembah Sireh tidak melibatkan sebarang kos kerajaan negeri, sebaliknya pembangunan berkenaan ditanggung sepenuhnya syarikat swasta.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan Umno yang berselindungi di sebalik nama NGO membuat laporan SPRM berhubung kelewatan projek pembangunan Lembah Sireh seperti “bertukar orang”.

“Kenapa projek Lembah Sireh yang perlu dibuat laporan SPRM, tidak pula projek Jambatan Sultan Yahya Petra atau kes yang melibatkan penurunan saham Felda Global Venture Holdings (FGVH),” katanya selepas merasmikan Hari Inovasi Peringkat Negeri, di Dewan Teratai hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra semasa kerajaan PAS di bawah Datuk Asri Muda berjalan lancar tak ada masalah walau pun tak ada wang ketika itu.

“Tetapi zaman kerajaan kaya ni lewat hampir empat tahun Jambatan Sultan Yahya Petra kedua kenapa tak buat laporan SPRM,” katanya.

Pemuda Umno Kelantan dan NGO, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) baru-baru ini mahu SPRM menyiasat projek Lembah Sireh yang didakwa kononnya berlaku penyelewengan.

Ketuanya Anuar Safian dilapor berkata, pihaknya menyifatkan isu Lembah Sireh sebagai skandal terbesar melibatkan kerajaan PAS Kelantan.

Pada persidangan Dun baru-baru ini Timbalan Menteri Besar menjelaskan kelewatan projek pembangunan Lembah Sireh disebabkan masalah teknikal memandangkan kawasan lembah terpaksa ditimbus semula.

Bagaimanapun Menteri Besar bersedia menerima cadangan pihak tertentu untuk mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kelewatan projek pembangunan berkenaan.

Katanya juga beliau cukup terharu wat-wat Siam di Kelantan bergabung menghulurkan sumbangan dana wakaf Lebuh Raya Rakyat Kuala Krai-Kota Bharu berjumlah hampir RM70,000.

“Sedangkan pada masa yang sama ada orang Melayu bawa peralatan pembinaan yang sudah buruk bagi mempersendakan projek lebuh raya. Tak apalah biarkanlah mereka nak buat apa pun.

“Malah mereka juga yang sering membangkitkan isu bekalan air bersih,” ujarnya. - HD

LIDAH BERCABANG-CABANG

Kes RM40 juta UMNO Sabah: Parlimen Perlu Jahit Mulut Nazri

Amangate: Umno tenggelam di laut dalam

Parlimen seharusnya menimbang untuk menapis kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ini kerana Nazri memberi jawapan yang bercanggah dalam tempoh yang amat singkat iaitu hanya seminggu berhubung penyeludupan wang sebanyak RM40 juta (S$16 juta) yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kedua-duanya menafikan bahawa wang itu adalah untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Sebaliknya mereka mendakwa bahawa wang itu adalah sumbangan untuk Umno Sabah.

Parlimen juga harus menimbang untuk menyanggah kenyataan Najib kerana menafikan percubaan Michael Chia Tien Foh untuk menaiki pesawat dengan wang tunai tersebut sebagai bukan satu perbuatan penyeludupan wang dan melanggar undang-undang.

Pada 11 Oktober, ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chan, Nazri berkata Peguam Negara telah memutuskan bahawa rasuah tidak dapat dibuktikan berdasarkan laporan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Nazri menambah, bahawa berdasarkan hasil siasatan SPRM, Suruhanjaya Anti Rasuah Bebas Hong Kong (ICAC) tidak mengambil sebarang tindakan lanjut.

Bagaimanapun, ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai pada hari yang sama, Nazri berkata siasatan kes dijalankan oleh SPRM tetapi ICAC menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam kes ini.

Suatu ketika, Nazri menyatakan kes ini disiasat oleh SPRM di mana Peguam Negara memutuskan tidak ada rasuah. Pada ketika yang lain, beliau berkata ia bukan disiasat oleh SPRM tetapi ICAC yang menjalankan siasatan dan memutuskan bahawa tidak ada rasuah.

Pelbagai percanggahan

Percanggahan-percanggahan yang dapat dikesan adalah membingungkan. Mungkinkah Nazri memikirkan bahawa Peguam Negara dan kredibiliti SPRM tidak cukup bagus untuk rakyat Malaysia.

Oleh sebab itu, beliau menyandarkan penemuan-penemuan kes ini kepada ICAC yang terkenal dengan kecekapan dalam memerangi rasuah dengan harapan untuk mendapatkan sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia. Kalau tidak, masakan beliau dapat menyelaraskan kenyataan-kenyataan yang bercanggah itu.

Malahan, Nazri bukan sahaja menghadapi masalah untuk menyelaraskan kedua-dua kenyataan yang berbeza itu tetapi beliau juga menghadapi masalah untuk menyelaraskan kedua-dua kenyataan ini dengan kenyataan SPRM beberapa hari sebelum ini.

Pada 5 Oktober lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Shukri Abdul berkata, bahawa siasatan terhadap wang tunai di Hong Kong masih berjalan kerana panel yang meneliti kes ini meminta lebih banyak bukti.

Selain dari pelbagai percanggahan ini yang ditujukan kepada Nazri di parlimen, kenyataan beliau bahawa ICAC sudah membuat keputusan bahawa tidak ada rasuah dalam kes ini masih boleh diragukan.

Terdapat bukti bahawa wang tunai S$16 juta yang dirampas pada 14 Ogos 2008 itu hanya dilepaskan pada penghujung tempoh rampasan atau simpanan selama tiga tahun apabila ICAC gagal untuk membuat keputusan tentang kes ini disebabkan keengganan kerajaan Malaysia menghulurkan kerjasama dalam menjalankan siasatan.

Jika tidak ada kes sepertimana yang didakwa oleh Nazri dan Najib, perlukah pihak berkuasa Hong Kong menyimpan wang itu sehingga tamat tempoh tiga tahun, satu tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang?

Malahan, Michael Chia ditangkap dan disiasat atas kesalahan penyeludupan dan pemindahan wang.

Penafian Najib tidak bertanggungjawab

Kegiatan menyeludup dan memindah wang dari sesebuah negara dengan jumlah yang banyak secara haram disebut sebagai penyeludupan dan perpindahan wang haram.

Saya tidak nampak kenapa Najib menyifatkan perbuatan itu bukan sebagai penyeludupan hanya kerana Nazri telah menjawab soalan- soalan di parlimen – dengan jawapan yang buruk.

Menjawab satu soalan dalam sidang media pada 19 Oktober lalu, sama ada terdapat asas untuk mendakwa wang itu diseludup atau dipindah melalui Hong Kong, Najib berkata, “tidak,  perkara itu telah pun diterangkan dalam parlimen.”

Dengan jawapan itu, sudah tentu Najib merujuk kepada jawapan Nazri yang mencurigakan itu. Adalah sangat dikesalkan sebagai seorang perdana menteri, beliau hanya berdasarkan jawapannya berhubung dengan skandal yang serius di atas asas yang tidak kukuh.

Ahli-ahli parlimen harus mendesak perkara-perkara berikut daripada Nazri di parlimen, di samping meminta beliau menerangkan berbagai percanggahan pada kenyataan-kenyataan di atas.

1. Pendedahan penuh mengenai komunikasi di antara kerajaan Hong Kong dan Malaysia tentang isu ini, terutama sama ada ICAC telah mengemukakan penemuannya kepada SPRM termasuk carta aliran wang keluar mengekori rasuah kayu balak Sabah sehingga wang itu masuk ke dalam akaun Musa Aman di bank UBS AG di Zurich, Switzerland.

Maklumat mengenai sama ada ICAC meminta kerjasama antara negara dan sama ada ICAC telah menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada rasuah dalam kes ini dan pihaknya telah memutuskan untuk berhenti dari terus menyiasat kes ini.

2. Bilakah SPRM memulakan siasatannya dan sama ada ianya masih berjalan. Jika ia masih berjalan, kenapa SPRM tidak mampu menyelesaikan tugasnya setelah sekian lama melakukan penyiasatan.

3. Apakah peranan yang dimainkan oleh Peguam Negara dalam hubungan dengan pihak berkuasa Hong Kong dan mengenai kerajaan Malaysia, terutamanya SPRM.

Melainkan jika Nazri dapat memberi jawapan yang memuaskan, beliau harus digantung dan dirujuk kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (keistimewaan-keistimewaan dan kuasa) untuk siasatan lanjut. -GB

Monday, October 29, 2012

SOI LEK TIBAI SETAN UMNO LAGI

Ulamak UMNO, Jamil Khir Kena Perlekeh Oleh Soi Lek, Jamil Tak Faham Hudud Katanya


Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.

"Boleh jadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..

Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..

Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..

Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..

50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO. -alditta

Soi Lek: Jamil needs to do homework on hudud first


BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims.


“Maybe he did not do his homework.


I am disappointed with what he said,” the MCA president said.


On Wednesday, Jamil Khir told Nibong Tebal MP Tan Tee Beng in the Dewan Rakyat that hudud would not affect non-Muslims.


Tan had asked him if it would ever be implemented in Malaysia.


Speaking to reporters after chairing the Batu Pahat MCA committee meeting on Friday, Dr Chua invited Jamil Khir to a debate on how hudud would affect all Malaysians, pointing out that it involved amending the Federal Constitution.


He also pointed out that a political party should not be equated to religion.


“PAS is a political party while Islam is the official religion.


“The MCA is upholding the constitution which states the country's official religion is Islam while Malaysians are free to embrace their own,” he said.


Asked if his comments about Jamil Khir would affect Barisan Nasional, Dr Chua said the MCA, as a political party, had the right to express its views.


Dr Chua added that he would not apologise to a group of PAS Youth members who had held a protest at Wisma MCA over his statement on hudud.


“Why should we be scared? We are merely stressing our views and the people have the right to choose,” he said ~ The Star Online


Ulasan GB

Ni baru betul kes terkena batang hidung.

GB dah ulas banyak kali, bahawa Allah itu Maha Benar dan Maha Adil, Dia akan menegakkan dan menunjukkan kebenaran dan keadilan kepada umat manusia.
Bahawa Soi Lek dan MCA telah menghina Islam. Tetapi puak UMNO kata Soi Lek tak hina Islam, cuma mereka tak suka PAS.

Kini terpampang jelas, ulamak UMNO pun dah (dengan maaf) dikencingkan oleh Soi Lek.

Sebab selama ini UMNO inggeh apa juga penghinaan Soi Lek terhadap Islam.

Apatah lagi dengan sikap Presiden UMNO sendiri yang membisu dan berdiam diri yang amat menggembirakan Soi Lek.





Laporan sebelum ini

klik untuk baca



Sunday, October 28, 2012

SETAN UMNO/BN MENYELEWENG, PAKATAN KEDAH YANG KENA

PANAS! Azizan Bongkar Penyelewengan Barisan Nasional!


Akhirnya, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan ‘menyerang balik’ pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek di bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak.

“Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu. Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional Park.

Azizan berkata, projek 99 East Langkawi bermula sejak 2007 dengan "joint venture agreement" dan "shareholders agreement" ditandatangani antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd pada Februari 2007, bagi membangunkan Bukit Malut membabitkan 144 hektar tanah Permodalan Kedah Berhad (PKB).

“Komposisi pegangan dalam usahasama ini adalah 80-20 peratus dengan Terra Monda (51 peratus dimiliki pelabur Swiss) dan 20 peratus KCB untuk membentuk syarikat yang dinamakan 99 East Langkawi Sdn Bhd.

“Melalui perjanjian itu, KCB perlu sediakan tanah dan seterusnya pindahkan tanah itu kepada 99 East Langkawi Sdn Bhd dan Terra Monda selaku pelabur akan biayai kos dan pelaksanaan pembangunan,” katanya.

Bagaimana pun, terma perjanjian itu didapati berat sebelah dengan nisbah keuntungan tidak seimbang, tambahan pula KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya.

“Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) enggan memberi Power of Attorney kepada 99 East Langkawi demi untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri. Itu kesilapan besar kerajaan BN sebab janji nak bagi tanah bukan miliknya, sebab itu kita tidak benar penyerahan tanah itu,” katanya.

Azizan berkata, projek ini ada kaitan dengan orang kanan politik BN ketika memegang jawatan Pengerusi KCB ketika Kedah diterajui Mahdzir Khalid.

“Sebahagian wang sudah dibayar kepada pengurusan dahulu, dan setelah dinilai semula ia tidak rasional untuk diteruskan. Kita sedang berunding dengan Terra Monda dari semasa ke semasa bagi menamatkan perjanjian secara amicable,” katanya.

Projek ternakan udang di Kerpan juga menemui kegagalan, di mana perjanjian pengurusan projek pada Disember 2007 dibuat antara Kedah Agro Industries Marketing Bhd (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB - 2012 diambil alih oleh SKS Reality Sdn Bhd ).

“Pada Jun 2012, KASB menang saman RM2.16 juta ke atas KAIMB, babitkan kos dan keuntungan bersih KASB layak terima daripada jumlah hasil jualan udang RM6 juta (2007), tetapi tidak dimasukkan dalam akaun projek itu,” katanya.

Azizan mempersoal ke mana hilangnya keuntungan terbabit yang sepatutnya diagihkan 60-40 peratus tetapi Kerajaan Negeri tidak pernah menerima duit itu.

“Keuntungan 40 peratus itu kita tak pernah terima, ini suatu penyelewengan. Sekarang Kementerian Kewangan mahu saman RM2 juta sebab agihan tidak dibuat, sedangkan kita pun tak terima. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat kes ini termasuk kerajaan BN terdahulu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mahu tahu ke mana hilangnya keuntungan itu di mana syarikat terbabit dikendalikan oleh individu yang rapat dengan bekas Menteri Besar sebelum ini.

“Peguam telah failkan rayuan pada Julai 2012 namun tarikh belum ditetapkan. KAIMB juga belum bayar apa-apa kepada KASB,” katanya.

Azizan turut kesal apabila kerajaan PR kini terpaksa membayar hutang RM11 juta kepada syarikat Long Island, ekoran kegagalan usahasama Yayasan Islam Negeri Kedah.

“Saya tidak terlibat dalam usahasama ini, tetapi sebagai Menteri Besar sekarang, saya perlu lunaskan tuntutan sayarikat itu. Kita terpaksa tebang balak untuk bayar hutang kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kes ini membabitkan usahasama dengan syarikat Cayman Development, atas tanah 200 ekar di Tandop untuk bangunkan kawasan industri dan perumahan.

“Cayman gagal laksana dan ketika itu Syed Razak arahkan projek diserah kepada pemaju lain iaitu Long Island untuk tebus tanah dari bank. Ada 15 lot industri tak terlibat akhirnya dibuat perumahan dan Long Island saman kita sebab tanah itu masih hak dia,” katanya.

Azizan berkata, apabila disiasat, pegawai berkenaan mengatakan mereka diarah pemimpin politik ketika itu menyebabkan tanah berkenaan tidak diubah syarat di mana dua geran untuk satu tapak.

Projek lain yang turut menimbulkan keraguan ialah Projek Jerai Internasional Park di Tupah atas tanah 1145 ekar, usahasama antara syarikat dari Qatar dengan PKB.

“Berdasarkan perjanjian 40-60 (PKB/Qatar), tetapi PKB tak lantik perunding untuk tindakan lanjut menyebabkan mereka tuntut RM2.2 juta kerana tidak patuhi perjanjian. Kes ini masih dalam rundingan,” katanya.
Photo

Saturday, October 27, 2012

SETAN UMNO TAKUTKAN MELAYU

Orang Melayu dikelirukan oleh Umno



Jika kaum Cina telah menentukan sikapnya untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang bersih dan cekap dengan menolak terus parti yang mewakili mereka, MCA, orang Melayu juga sudah menampakkan sikap ingin berubah itu walaupun setengah dari mereka masih terkongkong dan dipenjara oleh partinya, UMNO. Kaum Cina telah menunjukkan sikap serius inginkan perubahan dan ini adalah sikap yang amat bertanggungjawab.

Dalam perjumpaan saya dengan ramai rakan-rakan kenalan dari kaum ini, saya dapat merumuskan yang mereka sangat serius dan inginkan perubahan berlaku. Jika perubahan tidak berlaku mereka merasakan yang negara akan terjerumus ke dalam lembah kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki dan akan memakan masa yang lama untuk memperbetulkannya.

Semasa negara mencapai kemerdekaan negara kita merupakan sebuah negara yang miskin tetapi dalam jangka masa yang agak cepat negara kita telah berubah menjadi sebuah negara yang sedang membangun. Membangunkan negara  memerlukan penyertaan dari rakyat yang menyeluruh dan kaum Cina yang telah begitu lama terlibat dalam perniagaan dan perindustrian memainkan peranan yang begitu jelas dalam penyertaan mereka membangunkan ekonomi negara.

Kaum Cina telah berniaga ratusan tahun sebelumnya dan mereka mudah untuk mendapatkan modal bagi apa-apa perniagaan mereka. Mereka terlibat dalam semua jenis perniagaan dan perdagangan sedangkan kita orang Melayu semasa mula mencapai kemerdekaan masih jauh tertinggal di belakang dan memerlukan dasar-dasar yang kuat untuk menuju ke tahap berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

DEB yang dipersetujui dan juga mendapat sokongan dari semua kaum dilancarkan kerana semua kaum termasuk kaum Cina memahami untuk mendapatkan sebuah negara yang aman kedudukan ekonomi di antara rakyat berbilang kaum itu perlu ‘equitable’. Bidang ekonomi adalah bidang yang sangat penting untuk kerajaan menyelaraskan dengan baik bagi mencapai matlamat yang satu, iaitu pencapaian ‘Perpaduan Nasional’ yang berkekalan.

Orang Melayu pula dibangunkan dan dididik untuk menyertai bidang ‘commerce and industry’ ini dan dibantu oleh kaum lain dengan jujur kerana mereka mahukan kaum Melayu menjadi maju kerana mereka memahami yang kestabilan negara akan hanya boleh dicapai jika kaum Melayu dan Bumiputra memperolehi peluang dan bersama-sama menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’.

Orang-orang Melayu pula serius belajar untuk menjadi penggiat ‘commerce and industry’ ini dan telah menampakkan kejayaan yang pesat terutamanya semasa pimpinan Tun Razak dan Tun Hussein Onn kerana pimpinan Melayu begitu taksub dan jujur untuk menjayakan dasar yang telah lama digubal oleh pimpinan Melayu dan bukan Melayu semasa zaman itu. Masing-masing kaum bekerja keras untuk melihat kejayaannya sehingga pegangan ‘equity’ Bumiputralah melonjak ke tahap 18.2 peratus pada tahun 1984 dahulu dari pegangan kekayaan yang hanya 2.7 peratus semasa dasar itu mula dilaksanakan.

Di kementerian-kementerian serta jabatan kerajaan semasa itu wujud apa yang dinamakan ‘Unit Penyertaan Bumiputra’ yang memainkan peranan untuk memberi peluang untuk orang Melayu dan Bumiputra mendapatkan bantuan dan peluang menyertai bidang perniagaan dan perindustrian itu. Tetapi ‘unit penyertaan bumiputra’ ini telah dihapuskan kerana pimpinan selepas Tun Hussein tidak senang dengan kewujudan unit ini kerana  menyusahkan kerajaan dan pimpinan selepas Tun Hussein untuk melakukan kehendak dan keinginan mereka untuk membina kronisme.

Apabila kerajaan zaman Dr Mahathir tidak serius dan mengabaikan dasar yang masih jauh untuk mencapainya semasa itu, orang Melayu terbantut pembangunannya. Kalau tidak masakan Melayu hanya mendapat pencapaian sebanyak 19.6 peratus sahaja pegangan kekayaan negara selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi teraju negara. Dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu yang ramai itu telah dikuasai oleh segelintiran Melayu dan menggunakan  atas nama Melayu dan kumpulan kronisme ini telah menguasai segala-galanya dan usaha membangunkan orang Melayu melalui DEB itu telah terbantut.

Hanya beberapa kerat orang Melayu sahaja yang telah mendapat faedah dari pimpinan Mahathir dan mereka kebanyakannya adalah dalam kalangan mereka yang berada di ‘corridor of power’ sahaja. Mereka mengambil keuntungan yang terlalu besar melalui konsep penswastaan yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir dan rasuah mula bercambah melalui kontrak runding terus yang diperkenalkan oleh kerajaan BN semasa itu. Pimpinan juga mengambil kesempatan untuk menjadi orang-orang kaya yang berlebihan melalui dasar yang sepatutnya diraih oleh orang Melayu yang ramai.

Orang-orang Cina mula merasakan yang kerajaan tidak serius untuk membangunkan negara mengikut dasar teguh yag telah digubal itu. Mereka menjadi sasaran perasuah besar di kalangan pimpinan kerana mereka (kaum Cina) yang berniaga terpaksa membayar harga yang terlalu mahal kerana semua pihak terpaksa ‘dijaga’ kerana budaya rasuah sedang berkembang dengan pesatnya dalam kalangan pimpinan Melayu di bawah pentadbiran Dr Mahathir (sehingga sekarang).

Pendeknya orang-orang Melayu terbantut pembangunan mereka dan orang Cina terpaksa menahan sabar dengan karenah pentadbiran kita yang begitu terjerumus dengan rasuah dan salah guna kuasa yang mereka terpaksa menanggung kerugian besar kerana sikap rasuah pimpinan dan pentadbiran itu. Kaum Cina sedar yang orang Melayu sendiri tidak berpuas hati seperti mereka (pimpinan kerajaan) juga, tetapi perbezaannya orang Melayu dibuai dengan retorik UMNO untuk Melayu dan penjamin bagi masa depan mereka. Kepercayaan ini telah tertanam dalam sanubari dan pemikiran mereka. Media massa memainkan isu ini setiap masa untuk mengelakkan orang Melayu dari memindahkan sokongan mereka kepada pihak lain terutamanya kepada PAS.

Tindakan UMNO memainkan isu rasis untuk memecahkan perhubungan dan permuafakatan di antara PAS dan DAP itu akan memakan diri UMNO sendiri. Usaha untuk membenci bangsa Cina oleh UMNO itu menunjukkan yang pemimpin UMNO tidak menyedari yang pembangunan negara ini dimainkan oleh bangsa Cina sebegitu tinggi dan orang Cina tahu yang mereka merupakan penyumbang besar kepada perbendaharaan negara yang diselewengkan oleh pimpinan UMNO itu.

UMNO tidak lagi berkeyakinan untuk mendapat sokongan dan mandat dan sehingga sekarang ini masih tidak berkeyakinan untuk memanggil pilihan raya. Selain dari ketidakyakinan parti itu untuk mendapat sokongan, UMNO sedang berhadapan dengan tindakan mensabotaj parti yang pasti akan berlaku dan ini telah berlaku secara berleluasa dalam pilihan raya yang lalu.

Kita tahu apa ‘sequence of events’ dalam UMNO selepas ini. UMNO akan lebih berpecah lagi sebaik sahaja nama dan senarai calon diumumkan oleh UMNO dalam pilihan raya kali ini. Perasaan tidak berpuas hati terhadap calon yang bakal diumumkan nanti, akan menambah kekalutan dalam parti itu dan itulah yang akan membawa padah kepada sebuah parti yang ditadbir dan diurus oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau tidak tahu bagaimana untuk bertanggungjawab.

Perbalahan sesama mereka dalam PRU ini nanti akan menjadi penyumbang utama kepada kekalahan UMNO dalam banyak kerusi di seluruh negara. Masing-masing merasakan yang masing-masing itu merupakan calon yang paling layak tanpa menyedari yang parti mereka itu bukanlah parti yang ‘winnable’ lagi.

Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memantau tindakan mensabotaj parti yang baru ditubuhkan itu tidak akan membawa parti itu ke mana-mana. Sama-samalah kita saksikan nanti. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Friday, October 26, 2012

ALAMAK, KANTOI LAGI !!!

Kantoi! Angkara siapa jambatan tak siap-siap??

http://jalanpulang1978.blogspot.com


Nampaknya bukan setakat kementerian di peringkat pusat yang ditegur Ketua Audit Negara, Ambrin Buang dalam laporan terbaru, malah ia turut melibatkan agensi pelaksana di bawah kementerian yang sudah pasti gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Terbaru, projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan lambat siap ekoran banyak kelemahan wujud semasa proses pembinaannya walaupun sudah dimulakan lebih lima tahun lalu!

Antara kelemahan itu termasuklah pelantikan kontraktor yang tidak berpengalaman, serta masalah reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga dua tahun untuk diselesaikan.

Selain itu, kelewatan membina jambatan sementara menyebabkan kerja-kerja dalam sungai tidak dapat dijalankan mengikut jadual

Faktor faktor itu telah menjadi antara punca kelewatan penyiapan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan walaupun empat Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 diluluskan.

Kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan juga menyebabkan kenaikan kos projek kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta.

Peningkatan nilai kontrak ini juga menurut laporan itu, mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan.

Projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan dimulakan 18 Jun 2007.

Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. - RIS Capital Sdn. Bhd. telah dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek ini.

Ia sepatutnya dijadual siap Disember 2009 tetapi gagal dan diserahkan hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd pada Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makthar Mustapha dilaporkan berkata, jambatan itu dijangka boleh digunakan sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.

Buat permulaan jambatan baru itu hanya membenarkan kenderaan melalui satu daripada empat lorongnya iaitu bagi laluan Kota Bharu ke Pasir Pekan.

Menurutnya, laluan kedua-dua jalan dijangka boleh digunakan sepenuhnya Julai tahun depan.

WOOOOO!! AMBIL DUIT TAK PAYAH BAGI RESIT




MAIPS terima RM630,000 tanpa keluarkan resit rasmi

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) menerima sejumlah wang sebanyak RM630,000 tanpa mengeluarkan resit rasmi.

Laporan itu juga menemukan "kelemahan" daripada majlis itu apabila cek berjumlah RM720,000 juta dan wang tunai berjumlah RM3,964 tidak dimasukkan ke dalam bank dengan segera.

Hasil penemuan itu dinyatakan dalam pemeriksaan audit secara mengejut Jabatan Audit Negara terhadap MAIPS - antara lapan agensi kerajaan yang terlibat dalam pemeriksaan itu.

Empat lagi kelemahan yang dikenalpasti daripada badan yang menguruskan hal ehwal Islam negeri itu antaranya:

  • Buku tunai dan daftar mel tidak diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.
  • Baki panjar wang runcit tidak bersamaan dengan wang tunai di tangan.
  • Buku tunai tidak disemak setiap hari.
  • Baki wang yang tidak dapat diagihkan selepas tempoh 21 hari tidak dikembalikan untuk diakaunkan dengan segera.

Antara semua enam agensi dan jabatan kerajaan di negeri Perlis, MAIPS berada di tahap paling rendah
memuaskan dengan penarafan sebanyak dua bintang.

"Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis walaupun berjaya meningkatkan tahap prestasi pengurusan kewangannya tetapi masih di tahap memuaskan buat kali ke-5 berturut-turut," laporan itu dipetik.

Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan prestasi kewangannya mencatatkan peningkatan apabila mengumpul pendapatan kedua terbanyak selepas Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).

MAIPS mencatat pendapatan sebanyak RM39.34 juta, manakala PKENPs memperolehi RM39.92 juta.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) menerima sejumlah wang sebanyak RM630,000 tanpa mengeluarkan resit rasmi.

Laporan itu juga menemukan "kelemahan" daripada majlis itu apabila cek berjumlah RM720,000 juta dan wang tunai berjumlah RM3,964 tidak dimasukkan ke dalam bank dengan segera.

Hasil penemuan itu dinyatakan dalam pemeriksaan audit secara mengejut Jabatan Audit Negara terhadap MAIPS - antara lapan agensi kerajaan yang terlibat dalam pemeriksaan itu.

Empat lagi kelemahan yang dikenalpasti daripada badan yang menguruskan hal ehwal Islam negeri itu antaranya:

  • Buku tunai dan daftar mel tidak diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.
  • Baki panjar wang runcit tidak bersamaan dengan wang tunai di tangan.
  • Buku tunai tidak disemak setiap hari.
  • Baki wang yang tidak dapat diagihkan selepas tempoh 21 hari tidak dikembalikan untuk diakaunkan dengan segera.

Antara semua enam agensi dan jabatan kerajaan di negeri Perlis, MAIPS berada di tahap paling rendah
memuaskan dengan penarafan sebanyak dua bintang.

"Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis walaupun berjaya meningkatkan tahap prestasi pengurusan kewangannya tetapi masih di tahap memuaskan buat kali ke-5 berturut-turut," laporan itu dipetik.

Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan prestasi kewangannya mencatatkan peningkatan apabila mengumpul pendapatan kedua terbanyak selepas Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).

MAIPS mencatat pendapatan sebanyak RM39.34 juta, manakala PKENPs memperolehi RM39.92 juta.

Thursday, October 25, 2012

TAHNIAH DAP

Nik Aziz: Tahniah DAP berani bidas MCA


 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik aziz"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.

Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.

Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Loke: Surat buktikan kemurahan hati
Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

NONE"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz!

Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

GULA-GULA BAJET YANG KURANG MANIS !!!

Pemanis Bajet mungkin tidak akan memaniskan PRU 13 BN, kata penganalisis

Pengundi Malaysia sudah lebih matang dan tidak mudah terpengaruh dengan insentif tunai dan lain-lain faedah pemberian “one off” untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang kata penganalisis politik apabila ditanya tentang kesan pembentangan Bajet 2013 semalam.

Pemerhati politik yang ditemuramah oleh The Malaysian Insider keseluruhannya bersetuju bahawa RM251.6 bilion yang diumumkan semalam yang menjanjikan pemberian wang tunai dan potongan cukai tersebar di seluruh lembaga bertujuan untuk merayu kepada kumpulan-kumpulan demografi utama menjelang PRU ke-13, tetapi berkata pengundi telah menjadi semakin licik dan mampu menilai keuntungan peribadi jangka pendek terhadap kesan jangka panjang fiskal kepada ekonomi negara.

“Hanya dua perkataan untuk menggambarkan ia — bajet pilihan raya,” kata pensyarah sains politik Universiti Monash, Dr James Chin.

Beliau berkata perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak telah “menarik keluar semua sentimen pengundi terhadap mereka, untuk membiarkan mereka berfikir dua kali tentang mengundi pembangkang “dalam pilihan raya yang mesti akan diadakan pada April depan selepas mandat lima tahun yang BN menangi Mac 2008 tamat.

“Orang ramai akan membandingkan bajet Pakatan Rakyat dan juga akan melihat bagaimana pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini akan merangsang inflasi,” tambah beliau.

Pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuhkan empat tahun lalu dalam selepas kemenangan dalam PRU 2008 telah berjanji untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dalam set cadangan Bajet alternatif hanya dua hari sebelum pentadbiran Najib mengumumkan cadangan rasmi untuk perbelanjaan dan cukai.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendapatan boleh guna akan meningkat melalui langkah pembaharuan fiskal seperti memotong cukai import bagi kereta buatan asing, pemansuhan tol dan pengecualian pinjaman pelajar, sebagai usaha PR untuk menggagalkan pengumuman Bajet Najib.

Anwar berkata kerajaan PR dapat membayar untuk langkah-langkah yang dicadangkan tidak melalui menaikkan cukai tetapi dengan mengurangkan ketirisan yang timbul akibat ketidakcekapan dan rasuah.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Arnold Puyok berkata, gula-gula yang diumumkan bagi golongan muda dan bujang “adalah satu petunjuk bahawa parti pemerintah bersedia untuk memenangi hati dan minda pengundi kali pertama dalam pilihan raya akan datang”.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk memberitahu jika pemanis itu akan menyebabkan pilihan raya sengit itu akan memihak kepada BN.

“Orang-orang muda tidak mudah tertarik kepada insentif kewangan terutama apabila berkaitan dengan politik pilihan raya. Mereka mungkin menganggap gula-gula sebagai satu bentuk bantuan kerajaan. Akan tetapi, sama ada ini akan diterjemahkan sebagai undi masih belum dapat dilihat,” kata Dr Arnold

Penganalisis lain, Dr Faisal Hazis, percaya pengundi telah lebih bijak semenjak pilihan raya 2008.“Pengundi sekarang ini lebih bijak, tidak lagi mudah untuk digula-gulakan seperti dulu,” kata ketua jabatan sains politik dan hubungan antarabangsa, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

“Pemberian tunai seperti BR1M ini tidak dapat menjanjikan sokongan kekal, sepertimana yang ditunjukkan dalam tinjauan Merdeka Center beberapa bulan dahulu dimana peratus sokongan terhadap Najib meningkat selepas pemberian BR1M tetapi menurun tidak beberapa lama selepas itu,” kata Dr Faisal.

Menurut pengumpul suara bebas Merdeka Center, perincian kelulusan peribadi PM susut empat peratus dalam kaji selidik yang terakhir Mei dari 69 per peratus kepada 65 peratus pada Februari, berikutan pertempuran ganas tahun lepas antara polis dan penunjuk perasaan dalam perhimpunan pada 28 April bagi menuntut daftar pemilih dibersihkan.

Herizal Hazri, timbalan wakil negara The Asia Foundation (TAF), sebuah NGO Amerika Syarikat yang berusaha untuk meningkatkan tadbir urus, undang-undang, dan isu-isu masyarakat sivil melalui dasar berkata bajet mesra rakyat yang menjurus ke arah membantu golongan berpendapatan rendah adalah satu langkah positif untuk meningkatkan pendapatan boleh guna dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik, akan tetapi menekankan kekurangan kawalan untuk memantau perbelanjaan kerajaan.

“Apa yang membimbangkan dalam bajet ini adalah bahawa tidak ada perbincangan mengenai kaedah untuk memantau pelaksanaan belanjawan, sama ada ia benar-benar akan dijalankan secara telus atau sebaliknya,” katanya.

Prof Dr Jayum A Jawan pensyarah politik dan kerajaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pandangan sama dengan Dr Faisal, menerangkan pemberian ‘one-off’ sebagai aksi populis untuk memancing undi di kalangan kumpulan yang kurang politik sedar biasanya di kawasan luar bandar, terutamanya pedalaman kedua-dua negeri Malaysia timur merentasi Laut China Selatan yang masih sebahagian besarnya hutan.

“Peruntukan untuk pengangkutan, infrastruktur awam, nelayan, petani dan kepada orang-orang di Sabah dan Sarawak adalah sangat dialu-alukan. Satu perkara yang membimbangkan ialah bagaimana akan semua ini akan dihantar? Semua cadangan akan mencapai lelaki di kawasan pedalaman di sana?” tanya timbalan dekan pengajian siswazah di fakulti ekologi manusia, UPM.

“Pemberian ‘one-off’ adalah hanya sementara dan akan mempunyai kesan terhad pada sesetengah orang,” katanya.

Dr Jayum berkata beliau bimbang bajet itu terlalu tertumpu pada kos operasi dan mengingatkan bahawa kerajaan diperlukan untuk memastikan peningkatan tahap produktiviti di kalangan tenaga perkhidmatan awam untuk mengimbangi kos operasi yang terlalu tinggi.

Seperti Dr Jayum, Dr Chin dari Monash University itu adalah juga teragak-agak untuk mengatakan bahawa itu cadangan mesra rakyat untuk mengurangkan peningkatan kos hidup yang diletakkan dalam Bajet 2013 akan mengakibatkan pengundi kembali memihak kepada BN di peti undi kerana aspek-aspek itu merupakan perkara-perkara paling penting bagi Najib.

“Ujian muktamad bajet adalah reaksi pasaran saham pada hari Isnin,  pasti akan naik dan juga akan memberi kesan  kepada tawaran permulaan awam (IPO) Astro. Kesemuanya sesuai untuk masuk.

“Jika beliau (Najib) tidak memanggil pilihan raya sekarang, beliau gila,” kata Dr Chin.

Wednesday, October 24, 2012

BIAR PAS JAGA MELAYU JIKA UMNO KALAH



Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah 
“PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. 

Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu. 

“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada  hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta. 
Idris menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada 6.

“Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini. 

“Bukankah Umno yang menghilangkan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka?” katanya.

Katanya lagi, Umno yang menyekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK6). 
“Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?” tanya beliau lagi.

Beliau berkata, Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.

“Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina,  kata Pas  yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar” ujarnya.

Katanya, Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu.
Baginya, DAP dijadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu sedangkan yang menangis ialah kontraktor Umno  yang menjadi broker dan makan komisyen. 

Faktanya, kata Idris kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri. 
Jelas Idris lagi, ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.

“Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya  RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012),” katanya.
Beliau menambah, hampir lima tahun DAP yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau diroboh sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup manakala Masjid Bujal, Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang diruntuh.

Tuesday, October 23, 2012

TERIMA KASIH KERANA MEMBANTU PAKATAN RAKYAT

BUKANKAH SUDAH KUKATAKAN MEREKA PELEKOH SESAMA MEREKA

Terima kasih, MCA sengaja nak jatuhkan Umno

Dr Khairuddin A. Razali

Terima kasih MCA. Itulah ucapan yang boleh Dewan Ulamak PAS Pusat ucapkan kepada MCA hari ini.

Terima kasih kerana membantu untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno dalam PRU13 nanti.

Ucapan berterusan pemimpin MCA berkaitan hudud sememangnya disengajakan bagi menjatuhkan Umno dalam PRU ke13.

MCA tahu Umno tidak akan membantah sebarang kenyataan mereka tentang hudud kerana Umno bukan pejuang hudud dan juga bukan pejuang hukum-hakam Islam. Yang dikenali sebagai pejuang Islam oleh rakyat Malaysia adalah PAS

Terima kasih MCA kerana dengan jelas mempamerkan mereka adalah penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.

Justeru, orang Islam tidak perlu lagi teragak-agak bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat dan bukannya kekal bersama Barisan Nasional yang dianggotai oleh MCA, penentang tegar hudud dan undang-undang Islam.

Selama ini walaupun lebih 55 tahun merdeka, rupa-rupanya hudud dan undang- undang Islam gagal dinobatkan di Malaysia kerana tentangan MCA manakala Umno pula sangat takutkan MCA dan sangat menjaga hati MCA.

Umno hanya berani berkokok menyerang PAS tetapi sangat kecut dan penakut berhadapan dengan MCA.

PAS istiqamah memperjuangkan Hudud, sementara Umno memang berpura-pura mempertahankan Islam, terutama apabila mula ditolak oleh rakyat dalam PRU-12. Dalilnya mereka tidak berani membantah MCA yang jelas mempersendakan hudud.

Dalam masa yang sama, bukan Islam dalam Pakatan Rakyat pula semakin mesra hudud dan undang-undang Islam walaupun PR masih baru dibentuk persefahamannya antara 3 parti PAS, PKR dan DAP.

PAS tetap akan memperjuangkan hudud menurut lunas demokrasi sebagaimana telah ditegaskan oleh Presiden PAS. Pelaksanaan hudud adalah hak umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia.

Justeru, umat Islam diseru untuk bersama PAS dan meninggalkan Umno yang memang gagal mempertahankan hudud dan undang-undang Islam.