ULASAN UCAPAN NAJIB
Najib Razak tampil di hadapan kira-kira 2,500 perwakilan dan pemerhati
Umno di PWTC dengan membuat kejutan awal membangkit semangat perwakilan
agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Awal-awal lagi beliau
melaungkan bahawa Umno sudah pulih dari segala kecederaan dan sedia
menghadapi pilihan raya bila-bila masa. Biasanya pembangkitan semangat
sebegitu akan dibuat di penghujung ucapan, tetapi berlainan kali ini.
Mungkin Najib ingin membuat semakan sejauh mana perwakilan sedar atau
terbangkit dengan laungan dan jaminan itu. Malangnya sikap para
perwakilan tidak seghairah Najib. Perwakilan tidak memberi 'jawaban'
sewajarnya. Ini boleh disimpulkan pengakuan Najib bahawa Umno sudah
pulih dan bersedia menghadapi pilihan raya itu kurang disetujui para
perwakilan dan pemerhati.
Orang bawahanlah yang dapat menentukan
apakah semangat Umno sudah pulih atau sedang menggeleter dan takut
kehilangan kuasa dan kedudukan. Atau yang ada terlibat dengan jenayah
sedang menghitung apakah tuduhan ke atas mereka dan bila masa mereka
akan ditangkap. Sebab itu ungkitan Najib itu tidak disambut meriah.
Mereka lebih arif dan mengerti sebab mereka berdepan dengan serangan
dan kebangkitan semangat pembangkang. Mereka yang menyaksikan berbagai
majlis dan himpunan Pakatan Rakyat yang penuh dengan manusia di semua
peringkat. Jadi mereka tidak mahu berbohong kepada diri sendiri untuk
bersetuju dengan Najb mengatakan Umno sudah pulih sedang apa yang
disaksikan tidak menggambarkan keadaan itu bahkan Umno semakin parah dan
pengaruhnya menirus di kalangan Melayu.
Jadi penegasan dan
jeritan histeria Najib itu sia-sia saja. Tampak sekali perwakilan Umno
dalam kebingungan dan semangat mereka tidak sedikit pun terbangkit. Ini
dapat disaksikan sepanjang ucapan Najib perwakilan hanya dingin dan
sesekali saja kedengaran tepukan tangan persis tahi lembu jatuh dari
punggung. Reaksi perwakilan dapat dilihat jelas sejauh mana mereka
terkesan dengan ucapan Najib.
Penyediaan sticker I love PM,
jelas menunjukkan kedinginan sambutan kepada amanat itu. Bahawa
perwakilan kena dibekalkan dengan sticker khas untuk menzahirkan
sokongan kepada Najib. Kalaulah tidak ada sticker itu yang diangkat dan
didendengkan ke muka Najib bermakna Najib tidak mendapat apa-apa
sanjungan hari ini. Secara psikologisnya bila ada sticker, perwakilan
kena angkat untuk menandakan mereka sporting. Dalam hal ini perwakilan
menipu diri sendiri dan Najib juga tertipu dengan sikap ahli sendiri.
Kejutan, henjutan semangat dari Najib untuk perwakilan khasnya, dan
ahli Umno amnya bagi menghadapi pilihan raya yang dinanti-natikan tidak
ada apa-apa di sepanjang ucapan Najib itu. Beliau hanya mengulang-ulangi
perkara yang sama. Apa yang disebut oleh ketua-ketua sayap dan Udin
anak Yassin semasa merasmikan persidangan serentak sayap parti, juga
diulangi oleh Najib. Ucapan itu boleh diumpamakan empat dalam satu!
Tampak sangat ucapan Najib tidak mengambil idea menyeluruh daripada
pakar-pakar politik Umno. Apakah tidak ada perkongsian idea dalam
menyediakan teks ucapan itu. Najib hanya merujuk kepada Rosmah yang ikut
sama membaiki titik dan koma. Dan beliau berpuas hati dengan pujian
isterinya dan orang di sekeliling mengenai teks ucapan itu? Kerana itu
jadilah teks ucapan itu seperti pembuat kuih dia sendiri yang menguji
dan dimakannya.
Dari konteks orang luar dan rakyat biasa banyak
hal yang terlupa oleh Najib. Dalam usaha untuk menarik perhatian orang
ramai menyokong Umno Najib terlupa membuat ajakan yang rasional dan
bebas dari bersifat 'keUmnoan'. Mengenai orang Cina dan India langsung
tidak disentuh. Tidak ada jaminan atau harapan baru khusus oleh Najib
kepada mereka sekiranya menyokong Umno.
Keterlupaan ini boleh
dianggap Najib juga rasis, tidak lagi mengharapkan kepada sokongan orang
bukan Melayu. Keterlupaan atau pengabaian ini tidak menguntungkan Umno.
Orang bukan Melayu tidak melihat Umno mengambil kira peranan mereka.
Najib sepatutnya mengiktiraf undi bukan Melayu untuk perubahan ke atas
negara ini dan juga memberi kesedaran kepada Umno sendiri. Sikap dan
pendirian demikian baru ia sejajar dengan kata-kata Najib bahawa Umno
berjuang untuk semua bangsa dan tidak 'temooh' kepada Melayu saja.
Isu-isu pembangunan atau jasa bakti yang dibuat Umno disebut Najib
sudah tidak penting lagi sebab orang sudah tahu. Ia bukan pembaharuan
yang mempesonakan. Kerana perkara itu setiap hari disebut sehinggaka ia
memualkan seperti mana mualnya terhadap iklan sabun dalam televisyen.
Kerana orang tahu Najib baru empat tahun menjadi PM, apalah sangat
jasa-jasa yang dibuatnya. Orang faham antara Umno - pemimpin terdahulu
dengan apa yang dibuat dan dicapai Najib untuk negara. Najib tidak boleh
membualkan bahawa pembangunan hari ini adalah atas usaha beliau.
Seperkara lagi rakyat akan melihat juga sejauh mana kemampuan, wawasan
dan idealisme Najib. Sedang ini tidak cuba diterapkan dalam ucapan itu.
Ucapan dasar tidak melambangkan atau Najib tidak cuba menunjukkan dia
hebat sebagai seorang negarawan dan pemimpin berpotensi besar. Dia patut
berlawan dan cuba menandingi kehebatan Anwar Ibrahim yang dipamerkan
dalam masa perdebatan di parlimen atau pun di pentas-pentas politik.
Misalnya kalau Najib tidak berani berdebat dengan Anwar tetapi beliau
harus menjawab segala persoalan dibangkitkan Anwar dalam apa jua majlis
dan programnya. Misalnya orang akan kaji dan membuat ukuran sejauh mana
ketelusan keberanian Najib dalam berhadapan dengan Anwar Ibrahim, tidak
payah pergi jauh apa yang berlaku, dalam parlimen sudah cukup. Macam
mana Najib absen dari hadir sidang parlimen tatkala Anwar hendak
membahas bajetnya baru-baru ini.
Beberapa hujah politik yang
diberikan Anwar tidak cuba dijawab oleh Najib. Kelemahan pilihan raya,
skandal-skandal yang berlaku yang masih membelit kepala orang ramai
tidak dihurai dengan tuntas. Masalah sosial dialami anak-anak muda,
pengangguran, keruntuhan moral, ataupun isu dihadapi pegawai kerajaan
yang tertekan dengan beban kerja kerana pertukaran sistem dan polisi
tidak dibangkit. Najib lebih bernafsu menghentam dan mengkritik Anwar
dengan mempersoalkan Islam liberal atau pluralisme di dalam agama yang
beliau sendiri tidak begitu mengarifinya.
Sebagai pemimpin
Najib jangan hanya tahu menyebut dan membaca terma atau istilah-istilah
yang terkandung dalam teks, tetapi juga perlu memahami apa yang hendak
disampai dan di luar teks itu sendiri.
Ucapan Najib juga tadi
tidak menyentuh perasaan dan menggetarkan jiwa. Saya sebagai orang
Melayu tidak pun berdiri bulu roma apabila beliau menjerit histeria
membangkitkan soal kepentingan Melayu, soal ancaman ke atas Melayu kalau
Umno tidak lagi menjadi kerajaan. Mengenai hal ini beliau harus
menghurai secara fakta dan persejarahan mengenai nasib malang negara dan
Melayu sekiranya ia tidak lagi di tangan Umno.
Najib
sepatutnya menjawab persoalan, bahawa negara ini hak dan tanggungjawab
rakyat negara ini semua kaum bukan hak sebuah parti bernama Umno.
Apabila Najib meletakkan atau menegaskan hanya Umno yang mampu, ia
menjelaskan betapa rasis dan sifat perkauman Najib dan kecurigaan kepada
bangsa lain begitu tebal sekali. Sikap eksklusif Umno itu menjadikan
bangsa lain akan menjauhinya.
Ringkasnya bukan saja Melayu
tidak terpanggil dengan ucapan Najib itu tetapi orang bukan Melayu juga
semakin meragui Najib betapa keikhlasan apa yang dinyatakan dalam
ucapannya. Apa lagi dengan tawaran keadilan dan sikap liberal Pakatan
Rakyat menjadikan orang bukan Melayu merasakan mereka sudah ada
alternatif untuk pembentukan kerajaan akan datang.
Demikian
juga huraian-huraian dan penjajaan Najib mengenai dapatan dan unjuran
ekonomi negara di masa akan datang tidak lebih dari sihir dan gula-gula
saja. Najib boleh bercakap di hadapan mereka yang cetek ilmu ekonomi dan
jahil dengan situasi semasa, tetapi tidak di depan anak muda yang
kritis dan berilmu. Manakala orang kampung yang mudah akur dengan orang
bernama pemimpin bercakap pula tidak pun memahami mengenai apa itu
pendapatan kasar (KDNK) negara itu dan juga percambahan ekonomi yang
mapan. Mereka akan mengukur dengan apa yang ada di dapur mereka saja,
misalnya kalau gula naik, bawang naik, sabun naik harganya bagi mereka
itu menandakan negara makin parah.
Ucapan Najib bukan saja
tidak membawa gagasan dan idea serta kejutan baru tetap gagal menjawab
beberapa persoalan penting di dalam kepala rakyat umum ini yang sudah
bersiap sedia melakukan perubahan. Yang terpenting bagi Najib dan ahli
Umno semua sedar bahawa semangat untuk menumbangkan kerajaan UBN kini
tinggi, melebihi dari ketinggian penghormatan kepada Najib sebagai anak
bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri.
Najib tidak boleh
berpuas hati dengan kemilau masa lampau bapaknya tetapi dia perlu
mengeluarkan sinar dari liang roma perjuangannya sendiri. Najib harus
menjadi kelip-kelip yang mengeluarkan neonnya sendiri bukan seperti
siput membalikkan cahaya bulan yang tertimpa di atas cengkerangnya ke
dalam gelap malam.
Orang juga sudah sedar bahawa kata-kata dan
dakwaan hanya Umno saja yang layak dan mampu memimpin negara sementara
kalau parti lain memerintah negara akan porak peranda adalah mitos
bersifat kurafat dan bidaah semata-mata. Doktrin agama seperti itu tidak
mampu lagi menjamin kelangsungan sokongan membuta tuli orang Melayu
kepada Umno. - MSO
Jom Ubah
posted by Drs. Harun @ 8:46 PM
0 Comments
![]()


Datuk
Seri Kong Cho Ha harus menunaikan tanggungjawab sebagai Menteri
Pengangkutan dan melawat dua projek parah iaitu projek RM250 juta untuk
menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan projek RM43
juta Tanjung City Marina serta projek bermasalah Swettenham Pier yang
bernilai RM65 juta.
Saya
menyifatkan tindakan sebuah Pertubuhan badan bukan kerajaan pro UMNO,
Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) yang menggesa Timbalan Menteri
Besar (TMB) Kelantan, Datuk Ahmad Yakub melepaskan jawatan beliau
berhubung isu Lembah Sireh hanyalah merupakan satu retorik dan bertujuan
untuk mengalihkan isu terhadap kegagalan UMNO mengurus tadbir beberapa
projek di negeri Kelantan.
Sebaik
membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung merangkap
Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin
bahawa Barisan Nasional cuma mampu memperoleh 120 kerusi sekiranya
pilihanraya umum diadakan, sangat tidak bertanggungjawab.



Ahli Exco, Elizabeth Wong (bawah) memberitahu dewan bahawa beliau terkejut mengetahui pemilik banglo itu termasuk bekas menteri, seorang ahli parlimen dan beberapa bekas ADUN.






