Sunday, January 20, 2013

APABILA MELEPASKAN ANJING TERSEPIT




ANWAR, KJ CAPAI PERSETUJUAN SELESAI KES SAMAN FITNAH





Kes saman fitnah RM100 juta yang difail Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Khairy Jamaluddin pada 7 September 2007 diselesaikan hari ini selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Penghakiman persetujuan berkenaan direkodkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur selepas Khairy mengubah pendirian dan menyatakan bahawa beliau tidak menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat serta boneka Amerika Syarikat dan Yahudi.


Peguam Anwar, Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah bahawa perkara tersebut ditamatkan dan diselesaikan memandangkan defendan berkata beliau tidak mengucapkan kata-kata tersebut.

Hakim Datuk Su Geok Yiam kemudiannya meminta Anwar dan Khairy untuk mengesahkan persetujuan tersebut, yang diakui kedua-duanya.

Hakim Su mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pihak atas persetujuan tersebut dan merekodkan penghakimannya.

"Ini akan menjimatkan masa mahkamah untu mengusahakan kes lain," katanya.

Khairy ketika ditemui selepas prosiding tersebut berkata perkara itu diselesaikan di luar mahkamah "dan kita boleh kembali kepada kerja sebenar".

Ditanya sama ada beliau kini menafikan mengenai pengucapan kata-kata tersebut ke atas Anwar, MP Rembau itu berkata ia adalah berdasarkan kenyataan penyelesaian.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Anwar berkata persetujuan itu bermakna Khairy menarik balik kata-kata tersebut.

Katanya, plaintif telahpun mengemukakan bukti dalam laporan The Star dan juga transkrip yang diserahkan oleh peguam Khairy kepada mereka.

Anwar berkata, bukti berkenaan menunjukkan bahawa kata-kata tersebut sememangnya diucapkan oleh Khairy dalam majlis di Kuala Kangsar itu.


PKR TIMBANG PROSIDING HINA MAHKAMAH KE ATAS KHAIRY





PKR bercadang untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang didakwa memberi kenyataan berlainan daripada persetujuan bersama yang direkodkan di mahkamah dalam penyelesaian kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata, Khairy dalam persetujuan bersama itu bagi kes saman fitnah itu mengaku tidak pernah mendakwa Anwar sebagai "pengkhianat bangsa Melayu" dan "boneka Amerika Syarikat dan Yahudi" dalam satu ceramah di Perak pada 1 Ogos 2007.

Azmin berkata Khairy bagaimanapun menukar pendiriannya dalam akhbar Sinar Harian Online semalam apabila mengaku tidak menarik kenyataannya dan menyalahkan akhbar yang didakwa salah memetik kenyataannya dalam ceramah tersebut.

"Saya bercadang supaya ada prosiding menghina mahkamah (terhadap Khairy). Kita sedang berbincang dengan peguam (tentang perkara ini), dan kita meneliti dengan rapat kenyataan-kenyataan beliau," katanya.

Khairy dalam Sinar Harian Online semalam dilaporkan berkata beliau tidak menarik balik kenyataannya tentang Anwar dan mendakwa kenyataannya yang dipetik akhbar pada 2007 itu tidak betul dan tidak tepat.

Laporan Sinar Harian Online itu semalam menyebut, beliau turut berpuas hati kerana Anwar meminta kes ini diselesaikan tanpa kos dan dengan permohonan maaf.

"Ya, beliau tarik balik samannya tanpa kos atau minta saya mohon maaf. Saya cuma perlu kata, saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam akhbar dari ucapan saya," kata Khairy seperti dipetik.

Anwar bagaimanapun ketika mengulas persetujuan yang dicapai untuk menyelesaikan kes itu semalam berkata persetujuan itu bermakna Khairy menarik balik kata-kata tersebut.

Katanya, plaintif telahpun mengemukakan bukti dalam laporan The Star dan juga transkrip yang diserahkan oleh peguam Khairy kepada mereka.

Anwar berkata, bukti berkenaan menunjukkan bahawa kata-kata tersebut sememangnya diucapkan oleh Khairy dalam majlis di Kuala Kangsar itu.




No comments:

Post a Comment