Monday, January 7, 2013

HEBATNYA KELANTAN, ALHAMDULILLAH !!!

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata, tiga dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri iaitu ubudiyah, itiqan dan masuliyah (Umi), yang diterap kepada kakitangan awam negeri ini ternyata berkesan menghasilkan kualiti kerja yang baik.

Ini terbukti dengan kejayaan dan anugerah yang dicapai oleh jabatan dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang tahun 2011 dan 2012.

“Konsep Umi yang telah diterapkan di dalam jiwa penjawat awam di negeri ini telah banyak member kesan penghasilan kerja (output),” ujarnya.

Beliau berkata, pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan, telah menerima pengitirafan empat bintang pada 2011 di dalam Perlaksanaan Penilaian Star Rating Pejabat SUK/Mampu, berbanding pada tahun 2009, iaitu tiga bintang.

“Bagi tahun 2013, pihak SUk Kelantan mensasarkan mencapai pengiKtirafan kepada lima bintang pula,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, Pejabat SUK Kelantan juga memperolehi pencapaian 100 peratus penyelesaian aduan awam bagi tahun 2010 dan 2011 dan telah mendapat pengiKtirafan daripada Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam.

No comments:

Post a Comment