Saturday, January 5, 2013

KERJA PUAK-PUAK TAK CERDIK


Pada 14 Disember 2011 yang lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan bahawa Utusan Malaysia, akhbar milik UMNO bukan sahaja mengamalkan "selective vendetta" atau dendam terhadap Lim Guan Eng malahan juga telah memfitnah beliau. Sehubungan itu, denda sebanyak RM20,000 telah dikenakan kepada akhbar tersebut. Keputusan itu membuktikan DAP, Lim Guan Eng, dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak rasis serta jauh sekali anti-Melayu dan anti-Islam.

Fakta sahih sudah ada di depan mata anda. Namun demikian, UMNO dan pencacai mereka terus-terusan menyerang DAP dengan tuduhan rasis, anti-Melayu, dan anti-Islam, serta memburuk-burukkan para pemimpinnya. Apakah mereka ingat rakyat akan terpengaruh dengan dakyah mereka? Hal ini sebenarnya disebabkan oleh UMNO amat terdesak sekarang ini. Pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kawasan Pulau Betong dalam satu seminar tentang kebertanggungjawaban parti itu menganiaya Melayu Pulau Pinang telah menjarakjauhkan rakyat dengan parti perkauman yang sekular itu. UMNO sudah menjadi cacing kepanasan apabila semua yang mereka rancang memakan diri sendiri. Kesian dia. Kesian dia. Kesian diaaaaa .....

No comments:

Post a Comment