Thursday, January 17, 2013

SETAN UMNO BELI UNDI

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia melalui beberapa polisi pro-rakyat menghampiri kepada pembelian undi.

Akan tetapi, bekas perdana menteri (PM) mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai cukup masa oleh sebab pilihan raya semakin hampir dan Barisan Nasional (BN) perlu menan...g dengan mandat besar untuk mengukuhkan kuasa terhadap Putrajaya.

“Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya dengan memberikan kemudahan.”

“Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini,” kata Dr Mahathir dalam ucapan pembukaan dalam Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insider.

“Jika anda memberi orang sedikit wang dan mereka harus menyokong (anda). Mungkin itu bukan membeli undi ... tetapi sangat dekat dengan itu,” katanya, disambut ketawa daripada penonton.

Mengapa penonton ketawa? Anda tentu ada jawapannya !!!

No comments:

Post a Comment