Wednesday, January 9, 2013

UMNO KEJI


Namakan parti Melayu yang sekular di Malaysia? UMNO. Namakan parti Melayu yang memperjuangkan semangat kebangsaan di Malaysia? UMNO. Apakah nama parti Melayu yang berteraskan perkauman di Malaysia? UMNO. Apakah nama parti Melayu-Islam yang enggan menerima undang-undang Islam sebagai prinsip perjuangan? UMNO.

Berikan nama parti Melayu yang menggagalkan DEB kerana rasuah, ketirisan, dan ...kronisme? UMNO. Berikan nama parti Melayu yang merampas Tanah Simpanan Melayu (TSM) tetapi tidak menggantikannya? UMNO. Tunjukkan sebuah parti Melayu yang mengorbankan 3 juta pelajar kerana melaksanakan PPSMI? UMNO. Tunjukkan sebuah parti Melayu yang telah banyak kali menderhakai raja? UMNO.
...
Buktikan UMNO sekular. Mereka kata politik suku, agama suku. Buktikan UMNO memperjuangkan semangat kebangsaan. Mereka mendakwa membela nasib Melayu di bibir sahaja. Buktikan UMNO parti perkauman. Slogan mereka "Hidup Melayu" dalam kalangan mereka sahaja. Buktikan UMNO menolak Islam. Presidennya kata, "Negara akan huru-hara jika Undang-Undang Islam dilaksanakan."

Buktikan DEB gagal. Melayu hanya menguasai 18 hingga 19% ekuiti sahaja dalam ekonomi negara. Buktikan TSM semakin berkurang. Penjajah tinggalkan 3 juta hektar, kini hanya tinggal 1.7 hektar. Buktikan UMNO mengamalkan undang-undang drakonian. Mereka menghapuskan ISA tetapi menggantikannya dengan Akta Perhimpunan Aman yang hampir-hampir sama saja dengan yang diganti tu. Buktikan UMNO menderhakai raja. Dato' Onn dibuang ke Singapura oleh Sultan Johor.

Apakah makna semua itu? UMNO melakukan banyak perbuatan keji terhadap bangsa Melayu. Jika demikian, apa yang patut rakyat buat? Gantikan UMNO dengan Pakatan Rakyat. Beri kemenangan kepada PAKATAN RAKYAT dalam PRU Ke-13 nanti.

INGAT! PAS FOR ALL. ISLAM MEMIMPIM PERUBAHAN. BENTUK MALAYSIA BARU YANG LEBIH ADIL DAN BERKEBAJIKAN MELALUI PAKATAN RAKYAT.

No comments:

Post a Comment