Saturday, February 16, 2013

BEGITULAH KALAU ORANG DAH TAK SUKA

Anwar: Tahniah Rakyat P.Pinang Kerana Pandai & Berani Jawab NO Kepada Najib


Najib Razak tidak cerdik mengulangi tiga kali ‘Are you ready for BN?’ setelah dijawab ‘No’ ketika soalan itu ditanya kali pertama kepada rakyat Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Najib patut malu dengan respon negatif oleh rakyat. Beliau sepatutnya berundur dari pentas.

“Tapi tidak, dia terus bertanya soalan sama tiga kali, punyalah tak cerdik,” kata Anwar disambut gelak lebih 1,000 penduduk tempatan pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas, Perak, malam Rabu lalu.

Beliau menyindir Najib yang tanpa segan silu ditolak rakyat terang-terangan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town, Isnin lalu.

Dalam insiden memalukan itu, Najib yang berperanan sebagai pengacara pentas, bertanya hadirin berhubung penerimaan mereka terhadap BN dengan mempertaruh populariti Psy yang dibawa dengan kos RM2 juta untuk lapan minit.

Sebaliknya, penonton ketika menjawab soalan Najib sebanyak tiga kali itu, mahu penampilan Psy tetapi terang-terangan menolak BN.

Najib: ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy)

Penonton: Yes (Ya)

Najib: ‘Are you ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?)

Penonton: ‘No’ (Tidak)

Perdana Menteri itu kemudian mengubah topik dengan menyatakan Psy sudah tiba di Malaysia sejak jam 6 pagi dan membuat pengumuman bahawa penyanyi sudah bersedia untuk beraksi di pentas.

Malah, ramai di kalangan penonton memakai baju kuning, hijau dan merah seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini.

Ada antara mereka turut makai baju ‘Bersih’ pada majlis itu.

Selepas konsert Psy, Najib sekali lagi dimalukan dan terpaksa meninggalkan pentas selepas Psy tidak keluar apabila dijemput untuk menyertai ‘Yee Sang’ dengan pemimpin BN.

Semalam, BN mereka cerita kononnya Psy tidak turut serta naik ke pentas ketika upacara ‘Yee Sang’ kerana penyanyi Korea itu menerima ancaman nyawa.

Sebelum itu, pemimpin BN terpaksa menyelamatkan maruah Perdana Menteri dengan menuduh penolakan rakyat di majlis itu berpunca dari sabotaj Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment