YAKJUJ DAN MAKJUJ

Saturday, February 9, 2013

MARI KITA KUBURKAN UMNO



Yang merunsingkan orang Melayu hari ini ialah kedudukan orang Melayu? Pertamanya, soalan ini tidak perlu ditanya pun. Jumlah orang Melayu dalam negara ini ialah majoriti. 18 juta dari 28 juta. Ahli UMNO , 3 juta. Mati semua ahli UMNO pun, ada 15 juta orang Melayu. Melayu terus hidup tanpa perlukan wujudnya UMNO. Jadi apa perlu pemimpin UMNO yang rasuah? Kita tak boleh jadi jurucakap sendiri menjuarai kepentingan kolektif bangsa Melayu?

Kedudukkan, keistimewaan dan kepentingan orang Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan undang-undang. Undang-undang kekal. UMNO sifatnya sementara. Kedudukan dan kepentingan orang Melayu tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Mesti dapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.  Hanya jika Majlis Raja-Raja Melayu tiba-tiba jadi Majlis Raja Kapur - maka ketika itu, mungkin kita orang Melayu akan rasa cemas. Itu pun mungkin, sebab faktanya ialah kita ni majoriti. Dan kita boleh mempertahankan dan menjuarai kepentingan kita secara sendiri tanpa memerlukan bantuan UMNO yang bingung itu.  

Kenapa perlu kita beri Najib mandat untuk 5 tahun lagi? Apa yang boleh dia lakukan dalam masa 5 tahun yang parti dia tidak lakukan dalam masa 55 tahun? Kamu beri satu undi kepada UMNO bererti kamu melanjutkan usia parti dan pemimpin yang merompak dan melanun negara ini atas nama agama, bangsa dan tanah air? Kamu ingat orang UMNO yang membela agama Islam? Orang UMNO berebut nak jadi pengerusi masjid dan surau. Yakni berebut jawatan. Bukan berbakti dan memberi maksud kepada jawatan tersebut. Budaya berkerja ikhlas dan jujur tidak ada dalam budaya atau piagam hidup orang UMNO.  Sebab itu, pemimpin besor UMNO Tanya - lu tolong gua, wa tolong lu yang sekarang dah jadi, lu tolong gua dulu, baru wa tolong lu. – Sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment