Sunday, February 24, 2013

PADAN MUKA UMNO

BR1M IBARAT HAMPAS KELAPA

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) menyifatkan rakyat dipersenda dan dipermainkan oleh pemimpin UMNO/BN melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menjadi hak mereka.

Kesempatan itu pula digunakan BN secara rakus untuk berkempen dan ini umpama menabur hampas kelapa bagi menarik minat ayam datang. Itu bukan cara bagi menarik sokongan rakyat untuk membolehkan kerajaan dibentuk. Rakyat jadi mangsa.

Jelas dan nyata UMNO telah menghina rakyat miskin. Namun, setelah rasa malu, UMNO memutar belit kenyataan TGNA itu dengan mengatakan bahawa TGNA telah menghina rakyat miskin. Perbuatan UMNO itu sangat keji. Sanggup mereka menyakiti hati rakyat sedemikian rupa. Rakyat miskin di Malaysia bukannya haiwan. Sudah sampailah masanya kekuasaan UMNO/BN diruntuhkan.

No comments:

Post a Comment