Friday, February 22, 2013

UMNO KENA LANYAK LAGI



Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) mengatakan bahawa kerja buat UMNO memberikan BR1M dan sebagainya yang bernilai RM500, RM250, dan RM200 itu seperti orang memberi makan ayam ataupun haiwan . Secara tersiratnya, pernyataan itu bermaksud UMNO menggunakan taktik mengumpan untuk mendapatkan undi. Oleh sebab terpukul dengan kiasan tersebut, UMNO memutar belit pernyataan itu dengan mengatakan bahawa TGNA menganggap penerima BR1M dan seumpamanya seperti ayam serta menuduh beliau turut menghina ahli PAS yang mengambilnya. Gerak laku UMNO itu bukan sahaja melucukan malahan juga memperlihatkan ketidakcerdikan dan niat mereka yang sentiasa busuk terhadap PAS.

Secara mudahnya bolehlah dikatakan begini: Bila nak sambut hari raya, orang tabur beras. ayam yang datang makan kena tangkap dan kena sembelih. UMNO ingat rakyat macam itukah?  Macam itulah UMNO melayan rakyat?

Walau bagaimanapun, UMNO kena hati-hati.  Najib selalu sebut transformasi. Kalau betullah penerima BR1M tu ayam, dia pun boleh transformasikan diri dia jadi merpati. Merpati  ni berani makan di tangan. Bila nak tangkap dia lari. Dengan kata-kata lain, walaupun UMNO bagi gula-gula kepada rakyat, rakyat tolak mereka. Melopong  jugak UMNO.  Ingat! Rakyat sekarang dah semakin bijak.

No comments:

Post a Comment