Wednesday, February 20, 2013

UMNO SENTIASA TAK BAGUS



Pakatan tidak membuat pertuduhan tanpa asas. Apabila mereka kata UMNO/BN menang pilihan raya kerana daftar pemilih tidak bersih, realitinya UMNO/BN bagi IC kepada pendatang untuk jadi pengundi dan pangkah UMNO/BN. Dr. M sendiri sudah mengaku dia buat begitu. Bagaimana keputusan pilihan raya yang berasaskan penipuan sebegini boleh diterima?

Orang masuk keluar parti ialah fenomena biasa dalam politik. Tidak kiralah apa-apa pun sebabnya. Apatah lagi apabila pilihan raya semakin dekat. PAS telah mengharungi fenomena ini sejak ditubuhkan sehinggakan presiden dan naib presidennya sendiri pernah masuk UMNO. Semua itu tidak jadi hal kerana mereka yang mau meninggalkan parti tidak pernah dihalang. Sayugia diingatkan bahawa ahli-ahli yang lembek tidak boleh diharap untuk memperkuatkan parti. Tidak apalah mereka meninggalkan parti. Tinggallah di dalamnya ahli-ahli yang bersemangat kental dan sanggup memikul tanggungjawab berlandaskan dasar dan prinsip perjuangan parti. Itulah yang terlebih baik bagi PAS.

PAS sering dituduh menganggap diri mereka lebih Islam daripada orang lain. Ini hanyalah tuduhan musuh yang tidak dapat membela diri apabila ditegur. PAS menegur UMNO yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar parti sebaliknya memilih kebangsaan dan sekularisme. Teguran itu betul jika kita melihat Perlembagaan UMNO. Pas menegur UMNO yang tidak mempedulikan akidah sehingga sanggup Dr. M kata, “Merejam penzina itu perbuatan primitif.” Najib pula kata, “Negara akan huru-hara jika undang-undang Islam dilaksanakan.” Di samping itu, Soi Lek kata, “Undang-undang Islam memundurkan negara,” di hadapan Najib. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO terima pernyataan-pernyataan yang menghina Islam dan Allah itu tanpa sedikit pun rasa berdosa.

Baru-baru ini persatuan pondok Kelantan, ulama muda dan beberapa NGO lain dah buat kenyataan bahawa mengundi PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti hukumnya haram kerana PAS bersekongkol dengan DAP yang terang-terang tolak Islam. Pernyataan ini perlu diulas secara berperingkat-peringkat. Pertama, adakah pernyataan pihak-pihak itu valid atau boleh diterima? Adakah pihak-pihak itu mempunyai tauliah untuk menjatuhkan hukuman itu? Harus diingat bahawa kuasa mengeluarkan fatwa di negara kita ialah Majlis Fatwa Kebangsaan, bukannya Persatuan Pondok Kelantan atau ulama muda atau beberapa NGO yang disebutkan itu. Kedua, kumpulan-kumpulan ini bertindak lebih sudu daripada kuah. UMNOkah yang memberi tauliah kepada mereka untuk menghukum PAS? Adakah kuasa UMNO lebih tinggi daripada kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang tidak pernah pun mengeluarkan pernyataan seperti itu? Ternyatalah bahawa pernyataan itu tidak lebih daripada pernyataan yang berbau politik, tiada hubungan langsung dengan keagamaan. Orang-orang yang berakal akan mengeleng-gelengkan kepala melihat telatah golongan yang tidak cerdik seperti Pak Pandir ini.

Asas yang digunakan oleh pihak-pihak itu untuk menghukum haram mengundi PAS dalam pilihan raya adalah kerana PAS bersekongkol dengan DAP yang dikatakan terang-terang menolak Islam. Pernyataan ini juga perlu diulas secara berperingkat-peringkat. Pertama, betulkah DAP menolak Islam? Hakikatnya ialah Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf kerana bersalah mengatakan Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak Islam sebagai agama rasmi negara. Ini bermakna DAP tidak menolak Islam. Selepas kejadian itu, DAP mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka menerima Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sudah pastilah bahawa tuduhan tersebut sengaja direka-reka dan diada-adakan. Siapa yang mereka-reka dan mengada-ngadakannya? Sudah pastilah UMNO. UMNO berniat jahat kerana sengaja mengada-ngadakan benda yang tiada. Kedua, kenapakah pihak-pihak itu tutup mulut apabila MCA menghina Islam? MCA secara terang-terangan mengatakan undang-undang Islam memundurkan negara di hadapan Najib. Adakah mereka mengkategorikan penghinaan itu sebagai penghargaan terhadap Islam? Sekali lagi orang-orang yang berakal menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah golongan yang tidak cerdik seperti Lebai Malang ini. Ketiga, apakah yang sebenarnya berlaku? Hakikatnya DAP tidak pernah menghina Islam. MCA yang sering menghina Islam. Parti ini amat berbahaya jika dibandingkan dengan DAP.
 
Berdasarkan huraian di atas, bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa UMNO sudah semakin terdesak sekarang ini. Keterdesakan itu telah menyebabkan mereka bertindak tidak rasional. Ketidakrasionalan itu mendorong mereka menyebarkan fitnah terhadap PAS dan DAP. Puncanya hanyalah iri hati terhadap keakraban PAS dan DAP yang menjadi ancaman yang boleh menghancurkan penguasaan politik UMNO di Malaysia. Jika demikian keadaannya, rakyat Malaysia tidak perlu melayan parti perkauman yang semakin goyah ini. Untuk kali ketiga orang-orang yang berakal menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah golongan yang tidak cerdik seperti Pak Kaduk ini. Ramai-ramailah kita berpakat untuk menguburkan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang mesti diadakan tidak lama lagi sekiranya dunia belum kiamat.    

No comments:

Post a Comment