Wednesday, February 27, 2013

UMNO TIRU PERANGAI FIRAUN ?

Terbaik Dari Ust Hadi: Zaman Firaun Dulu Pun Ada BR1M


Pemberian “one-off” seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Umno-BN akan melahirkan budaya mengemis dan mengajar rakyat untuk patuh kepada pemimpin walaupun mereka zalim dan menekan rakyat.

Malah, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “pemberian BR1M” juga dijalankan pada zaman dahulu ketika pemerintahan Firaun yang zalim dan ditentang Nabi Musa.

Abdul Hadi berkata program bantuan kerajaan persekutuan itu sepatutnya mencerdikkan rakyat, sebaliknya, rakyat didakwa menjadi pengemis walaupun bantuan itu adalah wang rakyat sendiri.

“Zaman Firaun dulu pun ada BR1M,” kata Abdul Hadi, sambil senyum.

“Firaun memberi duit tapi menyekat rakyat. Dia kerahkan kaumnya dan dikumpulkan di satu tempat.

“Kemudian dia memberi ucapan bahawa projek yang disalurkan kepada rakyat adalah projeknya. Firaun menjadikan rakyat ringan akal,” kata Abdul Hadi di dalam ucapannya di konvesyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Abdul Hadi menjelaskan konsep dasar PR adalah untuk mengangkat martabat rakyat supaya boleh berdikari dan berdaya-saing. Bukan seperti Umno-BN yang mahu rakyat mengemis.

“Kita mahu ajar rakyat agar dimampukan dan bukan rakyat jadi pengemis. Maka dengan Buku Jingga kita mampu laksanakan konsep rakyat dimampukan.”

Abdul Hadi turut menasihati rakyat agar tidak mengundi BN, walaupun menerima BR1M.

“Kamu (rakyat) bukan ayam, itik, tapi kamu manusia.Jika diberi dedak atau hampas kelapa kita (rakyat) beri makan ayam. Lepas itu kita makan ayam itu balik,” katanya.

No comments:

Post a Comment