Saturday, February 2, 2013

WAHAI MELAYU! RASAKANLAH

Lim Guan Eng & PRkah Yang Sebabkan Melayu Di Johor Semakin Merempat?

Kedudukan Melayu Johor membimbangkan

Tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya.

KUALA LUMPUR: Masa depan hak ekuiti masyarakat Melayu Johor kini didakwa semakin merosot dan jurang perbezaan prestasi ekonominya kian membesar akibat lambakan pelabur asing masuk ke negeri itu.

Kebimbangan itu dinyatakan wakil agensi kerajaan, perwakilan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPPMM) dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam satu resolusi Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon Selatan.

Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas ketika membentangkan resolusi yang tercapai pada 6 Januari lalu itu berkata, kongres turut kesal dengan isu hak milik tanah orang Melayu Johor apabila tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya.

Syed Ali berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Johor akan ditentukan daripada projek pembangunan Iskandar Malaysia di mana 80 peratus daripadanya dikuasai pelabur asing.

“Projek Iskandar memundur dan memiggirkan orang Melayu dari segi ekonomi sekaligus meningkatkan jurang kemiskinan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Katanya, pendapatan perkapita penduduk Johor juga semakin rendah apabila kebanyakan masyarakat Melayu kini tidak mampu lagi membeli rumah di sekitar kawasan Iskandar.

`Tanah sendiri dimiliki orang asing’

“Bayangkan rumah dengan keluasan 1, 300 kaki persegi kini mencecah RM1juta.

Individu yang bergaji RM5,000 pun tak mampu membelinya kerana bank hanya membenarkan pinjaman sehingga RM200,000 sahaja.

“Lebih teruk tanah sendiri dimiliki orang asing…ini situasi merbahaya yang dihadapi penduduk Johor,” katanya.

Koridor pembangunan yang dimiliki Khazanah Nasional Berhad dan terletak di Selatan Johor itu mempunyai keluasan kira-kira 500,000 ekar, kira-kira tiga kali ganda daripada keluasan Singapura.

Sehubungan itu, Kongres itu mencapai satu resolusi mahu mendesak kerajaan memperuntukkan 30 peratus (24,000 ekar) Nusajaya kepada orang Melayu.

Selain itu, kongres turut meminta Jambatan Selat Tebrau yang dikenali sebagai ‘Jambatan Bengkok’ yang terbengkalai diteruskan semula.

“Rugi kalau jambatan yang dibina dengan kos RM700 juta itu terbiar.

Kalau tambah modal RM700 juta lagi boleh selesai,” katanya.

Kongres itu juga mengambil ketetapan untuk menggunakan status Melayu, dan bukan lagi Bumiputera bagi mengelakkan daripada penyelewengan dan kekeliruan kepada status ‘Bumiputera’ dimanipulasi oleh pihak lain demi keuntungan pihak tertentu. -FMT

Ulasan

Sebelum ini media pencacai heboh menyerang kerajaan Pulau Pinang kononnya penyebab kepada tergadainya tanah-tanah milik orang Melayu di negeri itu.

Lim Guan Eng caivinis, Lim Guan Eng pengkhianat, Lim Guan Eng hapus tanah milik Melayu dan segala macam ungkapan mak nenek untuk memfitnah kerajaan PR di Pulau Pinang.

Bangunlah segala jenis pencacai dan malaon todi berdemo dan berarak untuk menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang, siap dengan mencarut dan bahasa perkauman.

Tup tup hukum kebenaran dan keadilan pun terdedah. Rupa-rupanya di negeri di mana UMNO berkuasa dan paling kuat di negara ini, itulah negeri yang telah menyebabkankan tanah-tanah milik orang Melayu terjual dan tergadai bukan kepada rakyat di negara ini tetapi kepada warga asing.

Sekarang meludah ke langit terkena sendiri! -  GB


1 comment:

  1. UMNO BN HARAM JADAH SANGUP JUAL GADAI RAMPAS TANAH ORANG MELAYU? BERHATI HATI LAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA MELAYU. PILIH DAN UNDILAH PAKATAN RAKYAT DEMI MEJAMIN HIDUP KITA TERBELA DAN BUKANYA TERGADAI OLIH PEMINPIN UMNO BN YAHUDI. UMNO BN PEROMPAK WANG DAN HARTA RAKYAT MALAYSIA?

    ReplyDelete