Saturday, March 9, 2013

HABISLAH UMNO KALI NI

Pengakuan Bapa Saiful Bukti Nyata UMNO Semakin Berkecai!

Dalam keadaan terdesak, UMNO pula cuba melawan bom nuklear yang diletupkan oleh Bapak Saiful dengan mengadakan sidang medianya tersendiri. Di dalam sidang tersebut yang baru sahaja selesai dilangsungkan, Saiful pula cuba mengajar bapaknya untuk kembali ke pangkal jalan.

Semua orang tersenyum melihat gelagat UMNO yang kini bagai cacing kepanasan. Anak pula yang mengajar bapa.

Nasib UMNO kini benar benar mirip kerajaan Jepun dan Nazi semasa pengakhiran Perang Dunia Kedua apabila ramai cuba meninggalkan bahtera yang nampaknya sudah nak karam.

Pertama, pengakuan bapa Saiful sekali gus menghancurkan segala percubaan untuk mempalitkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu. Pengakuan tersebut menghancurkan percubaan mempalitkan Dato Seri Anwar dengan isu pencerobohan Lahad Datu, menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu China Doll, serta menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu Sodomi 1 dan Sodomi 2.

Ini kerana, semakin lama DSAI cuba dipalitkan dengan seberapa banyak isu yang boleh, maka semakin sukar untuk dipercayai oleh rakyat jelata. Dengan adanya pengakuaan bapa Saiful, maka rakyat telah mendapat bukti jelas yang segala segalanya hanya perbuatan jahat yang bertujuan untuk memfitnah DSAI dan mewujudkan persepsi negatif terhadapnya.

Kedua, pengakuan bapa Saiful umpama meletupkan peluru berpandu di kampung UMNO. UMNO telah menghabiskan masanya berkempen secara habis-habisan untuk membunuh karektor politik DSAI. Tujuan UMNO bukannya untuk memuliakan diri mereka tetapi untuk membuat DSAI kelihatan lebih teruk dari mereka.

Tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku. Dahlah UMNO sinonim dengan pemimpin lemah, tidak patriotik, perasuah, kurang pandai, penuh dengan masalah dalaman, rasa bongkak, tidak demokratik, mata duitan dan mencipta isu demi survival politik, rasis, dan berfikiran sempit; tetapi kini mereka bakal dikategorikan sebagai pemfitnah.

Dengan adanya pengakuan bapa Saiful ni, maka UMNO tiada lagi sebarang lunas ataupun landasan untuk berkempen. Kalau nak berkempen kononnya pemimpin UMNO ni satu-satunya pemimpin Melayu yang disegani, tak boleh kerana orang yang mendengar tu muntah. Kalau nak berkempen kononnya mereka pejuang Melayu terakhir - tak boleh kerana Perkasa dah ambil tempat tu terlebih dahulu. Kalau nak berkempen konnonya UMNO ni mempertahankan kedaulatan negara - tak boleh kerana UMNO mendalangi projek IC yang ditolak lebih 90% pengundi. Kalau nak kempen kononnya "Anwar Ibrahim itu ..." tak boleh. Tak sempat UMNO nak habiskan ayatnya orang dah lempar selipar!

Berkecai UMNO di cawangan. Berkecai UMNO di bahagian. Berkecai UMNO di siber. Berkecai UMNO di persada antarabangsa. Berkecai!

Maka berlumba-lumbalah tikus meninggalkan bahtera UMNO yang sudah pun dah nak karam. Tan Sri Musa, yang sekian lama cuba menjadi mahluk dua alam dijangka akan berbuat sama. Kemudiannya diikuti oleh bekas orang kuat UMNO sehingga tiada lagi pelampung keselamatan.

Dan setelah itu, maka karamlah bahtera UMNO sambil disambut sorakan dan tepuk tangan oleh kesemua rakyat Malaysia. - GB

No comments:

Post a Comment