Saturday, March 2, 2013

INILAH FAKTANYA



BN YANG BENARKAN, PAS YANG DIPERSALAHKAN!

Mesyuarat Kabinet Kerajaan BN Pusat pada bulan April 2011 telah membenarkan pengimportan kitab Bible dari Indonesia. Hal ini diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada 2 April 2011.

Bible dari Indonesia yang berbahasa Indonesia itu menggunakan kalimah “Allah”. Ini bermakna Kerajaan BN yang ditunjangi UMNOlah yang bertanggungjawab membenarkan Bible berkalimah “Allah” diedarkan di negara ini.

Jelaslah bahawa UMNO mengambil sikap lempar batu sembunyi tangan dalam isu ini. Mereka yang buat diburuk-burukkannya PAS. Usahlah bersimpati dengan UMNO yang meruntuhkan Islam di Malaysia ini. Pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam wajar menolak UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti untuk menegakkan kembali agama Islam

No comments:

Post a Comment