Saturday, March 30, 2013

NAJIB MEMANG GEMAR BERBOHONG

DAP desak Najib mohon maaf kerana berbohong




DAP Perak mendakwa Datuk Seri Najib Razak berbohong berhubung isu pemberian tanah oleh Kelantan yang dibangkitkan Perdana Menteri itu ketika memfatwakan "7 dosa besar PAS" di Kelantan baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham yang dipetik Sinar Harian Online berkata, Najib harus memohon maaf berhubung pembohongan tersebut kerana dakwaan kerajaan Kelantan memberikan tanah kepada pemimpin DAP Perak tidak benar sama-sekali.

"Kita cabar Najib buktikan perkara berkenaan. Jika ia didapati tidak benar, maka segeralah buat permohonan maaf. Jika tidak kita (DAP Perak) akan terus berkempen mengatakan beliau seorang pembohong dan tidak layak menjawat jawatan perdana menteri," katanya.

Najib ketika majlis yang berlangsung di Tanah Merah pada 15 Mac lalu emndakwa antara tujuh dosa besar PAS Kelantan adalah memberikan tanah dan hak membalak kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan Menteri Besar Perak dilantik dalam kalangan pemimpin PAS Perak pada 2008.

"PR turut dituduh mencemari Sungai Relai di Gua Musang dengan aktiviti pembalakan berkenaan yang sekali gus menyukarkan kehidupan harian masyarakat di situ.

"Kita juga tak pernah terlibat dengan isu balak, termasuk mengambilnya serta tidak terlibat dengan sebarang usaha mencemari Sungai Relai," tegas beliau. - HD

No comments:

Post a Comment