Thursday, March 21, 2013

TAK CAKAP BESAR TAK BOLEH KE ?






Najib, Idris perbesar GNI, berbeza Bank Negara




Angka-angka ekonomi sengaja diperbesar-besarkan untuk menunjukkan kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Pengarah Strategik DAP, Ong Kian Ming memetik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini yang menyatakan bahawa Malaysia telah mencapai keputusan yang sangat cemerlang dalam pendapatan negara kasar (GNI) perkapita, sebanyak 49 peratus atau US$6,670 kepada US$9,970 antara 2009 dan 2011.
Tapi kata Ong, angka Najib itu lebih besar daripada apa yang disebut Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala pada Disember 2012 di mana beliau berkata GNI perkapita hanya berkembang sebanyak 45 peratus dari US$6,700 kepada US$9,700 untuk tempoh yang sama.
Lebih teruk lagi, kedua-dua data yang diberikan oleh Najib dan Idris berbeza dengan data yang diberikan Bank Negara Malaysia (BNM).
“(Berdasarkan angka BNM), GNI perkapita meningkat sebanyak RM5,244 dari 2009 ke 2011, peningkatan sebanyak 22 peratus sahaja, separuh daripada 45 peratus yang disebut Idris dan jauh daripada 49 peratus yang disebut Najib di temuramahnya beberapa hari lalu,” katanya.
Walaupun dengan mengambil peningkatan nilai ringgit sebanyak 10 peratus terhadap nilai matawang US dari 2009 ke 2011, Ong berkata petumbuhan GNI hanyalah 34% berdasarkan penurunan mata wang Amerika.
“Apa yang kita ada ialah Ketua Eksekutif Pemandu, Idris Jala salah baca angka GNI dalam matawang Amerika pada 2009 dan 2011 untuk menunjukkan pertumbuhan ekonomi hebat dari 2009 ke 2011 dan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Najib memperbesarkan lagi angka yang diberikan Idris Jala untuk menunjukkan prestasi yang memecah rekod dunia,” sindir Ong.  - HD

No comments:

Post a Comment