Wednesday, March 6, 2013

TERUKNYA UNIVERSITI DI MALAYSIA

Malaysia tiada dalam senarai 400 universiti terbaik dunia

Roketkini.com

(Tiada satupun universiti di Malaysia masuk dalam senarai 400 universiti terbaik di dunia)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus menerima tamparan hebat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ini membuktikan agenda transformasi Najib gagal memulihkan perpaduan, mencapai kecemerlangan dan mengembalikan daya saing antarabangsa menerusi pelbagai usaha seperti program “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Katanya, dalam laporan terbaru keluaran Times Higher Education (THE) World University Rankings 2012-2013 semalam, tidak ada satu pun universiti dari Malaysia untuk dua tahun berturut-turut termasuk dalam senarai 400 universiti teratas dunia.

Editor THE World University Ranking, Phil Baty, dalam ulasannya mendakwa keseimbangan kuasa sedang berganjak. universiti terkemuka dari rantau Asia-Pasifik menunjukkan peningkatan ketara kedudukan mereka untuk sebelum ini tradisinya dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan United Kindom (UK).

“Pada 2012-2013, institusi terkemuka China, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan telah meningkatkan kedudukan mereka. jiran Asia Pasifik, Australia, juga hebat, berbeza dengan AS dan UK kerana majoriti wakil Anglo-Amerika dalam senarai 200 teratas, sekalipun masih dominan daripada segi bilangan, telah semakin hilang tempat.”

“Saya amat sedih tetapi mengingatkan rakyat Malaysia berhubung kegagalan empat tahun program transformasi Najib, dengan Malaysia dikecualikan terus daripada fenomena kebangkita Asia-Pasifik yang ditunjukkan THE World University Rankings 2012-2013 mengenai “kebangkitan Universiti Asia-Pasifik,” kata Lim Kit Siang (gambar) ketika mengulas mengenai Pengiraan Detik 37 Hari ke PRU-13, semalam.

Kebangkitan universiti Asia-Pasifik dalam pendidikan tinggi dinyatakan seperti berikut:

1)    Kemajuan ketara bagi Australia dan New Zealand. Institusi nombor satu Australia, University of Melbourne, melonjak daripada kedudukan ke-37 tahun lalu kepada 30 teratas iaitu di tempat ke-28. Australia mendapat tambahan dalam 200 universiti teratas, dengan University of Adelaide memasuki senarai 200 teratas menduduki tempat ke-176. Daripada tujuh universiti Australia, enam memperbaiki kedudukan mereka, 18 lagi tersenarai dalam 400 universiti terkemuka.

2)   200 institusi terkemuka China kedua-duanya bangkit, dengan  Universiti Peking meningkat daripada ke-49 kepada ke-46 dan Tsinghua melonjak 19 tempat daripada 71 ke-52. Universiti yang diperuntukkan pihak berkuasa China juga semakin maju: Universiti Fudan dan Universiti Shanghai Jiao Tong, masing-masing semakin hampir menduduki 200 teratas sementara Nanjing kekal pada kedudukan 250-257.

3) Dua institusi terkemuka Singapura mencatat kejayaan mengkagumkan. Universiti National Singapura naik daripada 40 ke-29 dan Universiti Teknologi Nanyang meningkat daripada ke-169 ke-86.

4) Setiap institusi Korea Selatan juga mengkagumkan, Universiti National Seoul meningkat daripada tempat ke-124 ke-59. Negara itu menjadi wakil baru dalam senarai 200 universiti terkemuka, termasuk Universiti Yonsei yang menduduki tempat ke-183.

Universiti National Taiwan, adalah satu-satunya universiti dalam senarai 200 universiti terkemuka yang meningkat daripada ke-154 ke-134, sementara institusi Hong Kong kekal akan meningkat.

Universiti King Monghut, dari Thailand juga termasuk dalam 400 universiti terkemuka menduduki dalam lingkungan 351-400.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, daripada 81 universiti di rantau Asia Pasifik dalam 400 universiti terkemuka dunia, universiti dari Malaysia tidak tersenarai sedangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mendakwa Malaysia mempunyai sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, malah lebih baik daripada Amerika Syarikat, Britain dan Jerman.

“Sekiranya Malaysia mahu menjadi sebahagian daripada Kebangkitan Universiti Asia-Pasifik dan dikenali di peringkat antarabangsa bukan saja mempunyai universiti dalam senarai 400 teratas malah 100 teratas, keseluruhan sistem pendidikan perlu dibaikpulih, bermula daripada sekolah rendah, menengah hingga ke universiti.

“Ini hanya dapat dicapai sekiranya ada permulaan baru memperbaharui negara dengan mengubah Kerajaan Persekutuan di Malaysia pada PRU-13 daripada terus dikuasai Barisan Nasional (BN) sejak 56 tahun lalu,” katanya.

1 comment:

  1. Kenapa teruk???? ianya tak boleh lari dari politik/kronisme/pilih kasih. Cuba tanya pensyarah2 kat universiti. Mana2 yang kaki bodek cepatlah naik pangkat/dapat tittle doktor/professor. Kalau membangkang(kalau pembangkang out terus) lambatlah naik. Pensyarah pun buat kerja ala kadarlah...

    Universiti swasta banyak dibuka. Banyak kroni dilantik dibahagian pengurusan menyebabkan kualiti bukan lagi keutamaan. Yang jahat sikit, tak amanah/salahguna dana untuk tujuan peribadi( Jenis ni ada2 dimana2 termasuk jabatan kerajaan sendiri)

    Apabila banyak universiti, top student berpecah. Beberapa student yang pandai dicampur dengan ramai student yang cukup makan(boleh masuk universiti walaupun sebenarnya x layak dimana tahap lulus SPM direndahkan untuk menunjukkan ramai pelajar berjaya dlm exam). Hasilnya result keseluruhan/produk bagi tiap2 universiti pada tahap yang rendah.

    Itu belum termasuk masalah otak pelajar dibekukakan dengan segala akta/undang2 yang tak munasabah tetapi segala bentuk hiburan yang melalaikan sangat2 dialu-alukan.

    Banyak lagi alasan yang tak tertulis. Lihat/fikir dan fahamilah wahai rakyat malaysia demi untuk masa depan kita.

    ReplyDelete