Sunday, March 10, 2013

UMNO SEMAKIN PARAH

Konflik Sabah rumitkan keadaan untuk Najib, lapor BofAML

Likha Cuevas-Miel, InterAksyon

Konflik di Sabah antara pengikut Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia boleh menjejaskan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pilihan raya umum Malaysia, kata Bank of America Merrill Lynch (BofAML).

Dalam nota penyelidikan terbarunya yang bertarikh 7 Mac, BofAML berkata kajiselidik yang dijalankan pada bulan Januari hingga Februari itu menunjukkan bahawa populariti Najib merosot, didorong oleh penurunan dalam sentimen pengundi Melayu, manakala rasa "tidak puas hati" dengan BN dan kerajaan, meningkat.

"Krisis berterusan di Sabah (Lahad Datu) juga boleh merumitkan keadaan untuk PM Najib. Sabah adalah salah satu kubu kuat BN. Sabah dan Sarawak menyumbang satu pertiga daripada Kerusi parlimen BN dalam pilihan raya umum ke-12," kata bank itu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, krisis tersebut, bagaimanapun, tidak menjejaskan persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 kata BofAML.

Pada hari Khamis, Malaysia menolak permintaan Sultan Sulu Jamalul Kiram III untuk mengadakan gencatan senjata.

Lebih 200 pengikut Kiram belayar ke Sabah bulan lepas untuk menuntut wilayah tersebut.

No comments:

Post a Comment