Tuesday, April 2, 2013

AYO YO! INI MACAM PUN UMNO BOLEH BUAT


Najib rasmi pojek perumahan tidak sah petang ini


Rizal Tahir



KOTA BHARU: Pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1Ma) yang bakal dirasmikan tapak pembinaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Kampung Raja Udang, di sini petang ini mencabar undang-undang Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Ini kerana, sebarang permohonan pembinaan projek perumahan di kampung berkenaan langsung tidak dimaklumkan  apa lagi secara bertulis kepada kerajaan negeri.

Dengan kata lain, ia tanpa mendapat kebenaran merancang atau pelan yang diluluskan untuk pembinaan oleh MPKB-BRI.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perdana Menteri bakal merasmikan projek perumahan yang tidak sah.

Menurutnya, mana-mana projek perumahan yang akan dibina di sesebuah negeri, pemaju perlu menyatakan beberapa syarat, antaranya pembangunan berkenaan tidak mengganggu kawasan sekitar.

Katanya, syarikat yang bakal membina perumahan itu perlu berbincang dengan kerajaan negeri, sama ada dalam urusan tanah atau sebagainya.

"Pada masa yang sama apabila pemaju ingin memasuki kawasan yang ingin dimajukan, mereka perlu mendapatkan permit pelan tanah, kena ada rumah contoh terlebih dahulu.

"Bagaimanapun, katanya semua perkara itu tidak ada, pelan tanah juga tidak ada, ini bererti pemaju telah melanggar syarat serta undang-undang MPKB-BRI," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat kampung itu selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Mukim Raja Udang malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Beliau difahamkan sebanyak 1,000 borang akan diberikan kepada orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan rumah tersebut.

Takiyuddin seterusnya memberitahu, untuk membina perumahan itu, kena ada sistem perparitan, jika tidak dengan jumlah yang begitu banyak unit rumah terbabit, air pengguna hendak dialirkan ke mana.

Sambungnya, pada masa yang sama kawasan terbabit begitu rendah dan ia perlu ditimbun, apabila ia telah menjadi tinggi, kawasan sekitar akan menjadi rendah dan masalah banjir pula berlaku.

"Semua perkara ini perlu dinyatakan dalam surat permohonan yang dimaksudkan tadi," ujarnya.

Pada masa yang sama, untuk menyiapkan unit rumah yang begitu besar, jalan utama juga perlu dibesarkan sekitar 50 kaki.

Katanya lagi, jika demikian ia akan berlakumasaalah pengambilan tanah baru sekiranya tanah tersebut bukan milik kerajaan.

Tambahnya, adakah pembelian tanah orang ramai telah diselesaikan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak termakan lagi dengan janji BN kerana ia hanya janji yang tidak akan ditepati.

"Permohonan oleh syarikat terbabit untuk mendirikan rumah tersebut tidak pernah berlaku kerana tiada sebarang hitam putih dari MPKB.

"Ia hanya janji murahan politik kerajaan BN untuk memancing undi sempena PRU13," ujarnya.

Menurutnya, Syarikat Perumahan Negara tidak pernah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina Rumah Awam Kos Rendah sejak tahun 1990.

Tetapi, tambahnya sekarang tiba-tiba mereka datang untuk membina rumah di negeri ini.

Takiyuddin seterusnya melahirkan rasa kehairanan kenapa projek itu perlu diadakan di kawasan itu.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Baru Raja Udang, Ismail Ahmad, menyerahkan memorandum bantahan kepada MPKB-BRI kerana berlaku pencerobohan tapak hak milik persendirian untuk dijadikan jalan atau laluan kepada projek tersebut. (Gambar atas)

Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Takiyuddin Hassan sempena majlis perjumpaan itu malam tadi.

Ismail turut menyatakan kekesalannya di atas perkara itu.

No comments:

Post a Comment