Sunday, April 7, 2013

LEBIH BAIK MANSUHKAN SPRM

JIKA TAIB TIDAK DIAMBIL TINDAKAN TUTUP SAJA SPRM

“Adakah Najib lebih mementingkan 27 kerusi Parlimen di Sarawak sehingga Taib Mahmud tidak boleh disentuh? Bukankah seorang PM itu bersumpah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang,” tegasnya.

Di bawah Seksyen 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan untuk bekerjasama dengan SPRM boleh dihukum denda maksima RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua pula berkata, Taib cuba mengatasi undang-undang hingga Najib tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya.

“Tindakan transformasi Najib untuk membanteras rasuah juga adalah satu lakonan semata-mata,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.

SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan siasatan dijalankan ke atas video tersebut yang antara lain merakam percakapan ahli keluarga Taib dan rakan perniagaannya yang menyalahgunakan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri.

SPRM dilapor turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu.

Ulasan GB (Greenboc)

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Maruah dan keredibiliti SPRM tercabar. Teramat nyata sekarang pemimpin BN sendiri memperleceh dan memperlekehkan SPRM. Rakyat kini menunggu apakah tindakan SPRM selepas ia diperlekehkan sedemikian rupa dengan keengganan Taib Mahmud memberikan kerjasama terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM. Apakah SPRM bersedia untuk mendapatkan waran tangkap kepada pemimpin BN Sarawak itu? Jikalah yang bercakap sedemikian adalah pemimpin Pakatan Rakyat, GB rasa dah hiruk pikuk satu Malaysia... Jika tiada tindakan dari SPRM, itulah bukti nyata SPRM adalah kuda tunggangan UMNO BN fullstop

1 comment:

  1. Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)

    Adik2 semua jgn bersangka buruk kpd kawan2 yg berada di kem Barisan Nasional.... Mereka mungkin terpaksa menurut desakan mak ayah atau sapa2... Tapi takpa.. Jangan risau, mereka tetap akan undi Pakatan Rakyat ( Pesan awal2 kat mereka. Kita tiada pilihan )... Undi adalah rahsia.. Kita tentukan..


    Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
    http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
    http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
    http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
    http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
    http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6

    ReplyDelete