Thursday, April 25, 2013

NAJIB: APA MACAM?



'Cecil Abraham ada tangan dalam SD2'





Peguam Americk Singh Sidhu mendakwa, peguam Cecil Abraham memberitahunya bahawa beliau menyediakan akuan bersumpah kedua (SD) untuk bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atas arahan perdana menteri.

Americk, bekas peguam kepada mendiang Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala dikatakan mendedahkan perkara ini semasa mesyuarat agung tahunan Bar Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Peguam Sivarasa Rasiah melaporkan perkembangan itu melalui pesanan tweet semasa AGM, yang sedang berlangung ketika laporan ini ditulis.



Majlis Peguam akan fail aduan terhadap peguam kanan





Majlis Peguam memutuskan untuk membuat laporan dengan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara ekoran dakwaan berlaku salah laku profesional melibatkan peguam kanan Cecil Abraham.

Pengerusi majlis itu yang baru dipilih Christopher Leong (kiri) berkata, Bar juga akan mendesak pendakwaan dibuat, terutamanya oleh peguam negara, untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan dua anggota polis.

"Perkara ini diputuskan oleh mesyuarat majlis hari ini sejurus selepas perhimpunan agung tahunan (AGM) dan kami akan membuat laporan segera pada DB (lembaga disiplin)," kata Leong. - MK


"Kami juga akan mengumpulkan kenyataan daripada (peguam) Americk Sidhu dan peniaga karpet Deepak Jaikishan. Terdapat beberapa bukti baru yang membawa kepada kes ini sejak akhir tahun lalu, dan kini.

"Jadi kami akan membuat laporan kepada DB minggu depan dan mendesak AG untuk membuka kembali fail. Seperti yang kamu tahu, tiada motif jelas dalam pembunuhan ini."


No comments:

Post a Comment