Saturday, April 6, 2013

NAJIB TETAP MUNGKIR JANJI


PM patut 'singgung' Taib Mahmud, kata TI-M


Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menandatangani ikrar integriti pilihan raya dengan organisasi itu bulan lalu, patut "menyinggung" Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berhubung dakwaan salah guna kuasa yang dimuatkan dalam video Global Witness.

NONE"Kami percaya, perkara betul yang mesti dilakukannya ialah menggesa perkara itu dibetulkan, seperti yang diikrarkannya," kata Low dalam sidang media di ibu pejabat TI-M di Petaling Jaya.

Low bagaimanapun menyedari bahawa perdana menteri mungkin mempunyai pilihan yang terhad ekoran perkara itu melibatkan urusan negeri.

Justeru, tambahnya, TI-M menggesa Taib mengambil langkah pemulihan.

"Beliau dinamakan dalam video... kamu mesti bersihkan nama kamu dan kewibawaan kerajaan negeri.

"Kita boleh nafikan (dakwaan) atau kata apa saja tetapi pokoknya masyarakat sivil mahukan sesuatu yang lebih positif dan menyeluruh diambil," katanya.

Oleh itu, katanya, kerajaan Sarawak harus memulakan audit luar berhubung isu rundingan tanah di Sarawak itu - tentang bagaimanapun penyalahhgunaan kuasa berlaku dan siapa yang mendapat faedah daripadanya. - MK

No comments:

Post a Comment