Monday, April 1, 2013

RAKYAT TAK PUTUS-PUTUS MENGELUH




I

PEMANDU turunkan pendapatan kasar kepada 41%




Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) berkata, peningkatan dalam pendapatan negara kasar (PNK) per kapita dalam dolar AS dari 2009-12 disemak semula daripada 49 kepada 41 peratus.

Bagaimanapun, unit itu menjelaskan, tindakan itu ekoran penggunaan metod perakaunan baru dan bukannya cubaan untuk memalsukan angka.

Perubahan itu tidak akan memberi kesan kepada unjuran terhadap status pendapatan tinggi, iaitu AS$15,000 per kapita yang dicapai pada 2008.

"Pertumbuhan 41 peratus masih dikira luar biasa dalam tempoh tiga tahun," kata ketua pengarah eksekutif (CEO) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala kepada KiniBiz.

"Apa yang penting, kadar pertumbuhan semasa menunjukkan kita masih dalam landasar untuk mencapai status negara membangun pada 2020 atau lebih awal."



II

Ekonomi lebih baik, rakyat mengeluh tak rasa


Ketika Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita meningkat lebih 40 peratus, keluhan orang ramai, yang merasakan manfaatnya tidak banyak melimpah pada mereka, terhadap situasi ekonomi masih tetap kedengaran.

Rata-rata individu yang ditemui Malaysiakini sekitar LRT Bangsar dan berdekatan Dataran Maybank sekitar waktu makan tengah hari Jumaat lalu berkata, memang gaji mereka meningkat tetapi perbelanjaan mereka juga naik seiring.

"Tidak, walaupun ekonomi meningkat, inflasi dan kenaikan harga barang juga berlaku... walaupun (PNK per kapita) meningkat, kami tak rasakannya.

"Setinggi mana pun ia naik, kos perbelanjaan tetap naik sama," kata pengurus akaun Julianisa Azrin.

Rakannya Nurizzati Che Shaari, yang sama karier, mengiyakan sambil berkata kerajaan patut melakukan lebih baik.

"Jika tidak, jika perbelanjaan harian terus meningkat, sama juga. Kita tak boleh buat apa-apa," katanya.

MK


No comments:

Post a Comment