Sunday, April 21, 2013

UMNO: KALAH TANPA BERTANDING



Banyak keserupaan berlaku pada hari penamaan calon untuk PRU Ke-13 yang berlangsung semalam. Pakatan lawan Pakatan. BN lawan BN. Ini dipanggil perlawanan sesama sendiri. Puncanya ialah rasa tak puas hati terhadap pemilihan yang dibuat oleh pucuk pimpinan. Di samping itu, wujud ketidaksepakatan secara dalaman parti dan ketidaksepakatan sesama parti dalam komponen. Namun demikian, keserupaan itu tidaklah begitu aneh.

Perkara paling aneh yang berlaku pada hari itu adalah untuk pertama kali UMNO mencatat rekod yang boleh dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records. Rekod yang dicipta UMNO/BN adalah buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya Malaysia mereka tidak bertanding di semua 222 kerusi. Mereka hanya bertanding di 221 kerusi. Calon UMNO telah kalah tanpa bertanding di Parlimen Pasir Mas, Kelantan kerana tidak mengemukakan kertas pencalonannya walaupun watikah telah diberikan kepadanya.

Biar apa-apa juga alasan yang diberikan oleh UMNO tentang keanehan itu, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa UMNO telah kalah satu kerusi parlimen pada hari penamaan calon untuk PRU Ke-13 tanpa bertanding. Hal ini berlaku ketika UMNO diterajui oleh Najib. Hal ini tidak pernah berlaku semasa UMNO diterajui Tunku Abdul Rahman, Tun Pazak, Hussein Onn, Dr. M, dan Abdullah Badawi. Maka terserlahlah betapa tidak wibawanya Najib sebagai Presiden UMNO. Penerimaan terhadap kepimpinannya tercalar apabila arahannya telah diperkotak-katikkan oleh orang bawahannya sendiri.

Biar pun hal yang sama berlaku dalam Pakatan, tidaklah sampai menyebabkan UMNO/BN menang tanpa bertanding. Tidak wujud lagi ungkapan "menang tanpa bertanding" kali ini. Yang wujud ialah ungkapan "kalah tanpa bertanding". Ungkapan tersebut dengan bangganya dikalungkan ke leher UMNO.

Sesungguhnya peristiwa ini menandakan Najib tidak mampu mengawal ahli-ahlinya sendiri. Rakyat dapat melihat ahli UMNO tidak menyokong Najib di merata-rata tempat. Keretakan hubungan dalam UMNO memberi petanda buruk kepada parti kebangsaan yang perkauman itu. Situasi sedemikian membawa keuntungan besar kepada Pakatan. Dalam PRU Ke-13 ini kita akan melihat lebih ramai ahli UMNO menyokong Pakatan jika dibandingkan dengan PRU Ke-12 dulu. Melihat kepada trend yang ada sekarang ini, jumlahnya akan melebihi 1 juta yang diperoleh semasa PRU Ke-12 yang lalu.

INI KALILAH ..... KITA SOKONG PAKATAN (PAS/DAP/PKR) UNTUK MENUMBANGKAN UMNO/BN BAGI MEMBENTUK MALAYSIA BARU.

1 comment:

  1. kerana umno di tadbir olih tangan - tangan ghaib

    http://relaxkedaikopi.blogspot.com

    ReplyDelete