Tuesday, April 9, 2013

UMNO MACAM PENGEMISLAH PULAK

PRU13: Manifesto BN sekadar mengemis undi






KUALA LUMPUR: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) berpandangan manifesto BN hanyalah sekadar do or die, lebih terserlah sebagai membeli maruah pengundi dengan wang dan janji manis demi mengekalkan kuasa semata-mata.

“Inilah satu-satunya manifesto ‘akujanji’ dalam sejarah pentadbiran BN yang terburuk pernah dilakukan,” kata Presiden KMPP, Rahmad Isahak.

Katanya, pengundi Melayu harus menolak ‘akujanji’ berkenaan kerana intipatinya telah dengan nyata memperdagangkan maruah mereka.

“Secara logik dan rasional, apakah hanya manifesto BN sahaja yang dapat menjaga kepentingan rakyat sedangkan manifesto Pakatan Rakyat dianggap sebagai menipu rakyat?

“Di manakah prinsip integriti BN terhadap rakyat selain menaburkan insentif tunai dalam jangka masa pendek semata-mata kerana berhasrat untuk mengekalkan kuasa?” tanya beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, ujar beliau, bagi KMPP secara terang-terangan tanpa bahawa pemimpin BN telah dengan sengaja meletakkan maruah pengundi di tahap terendah.

Ini, katanya menggambarkan dengan jelas bahawa pada pandangan pihak BN rakyat Malaysia adalah sesuai digelar sebagai bangsa subsidi sahaja.

Secara teori, ujar beliau pengundi sudah dapat menilai bahawa manifesto BN hanyalah mengikut jejak langkah kerajaan negeri di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat dalam memulakan pemberian ehsan secara tunai kepada rakyat.

Tambahnya, tanpa sumbangan kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang, maka pemimpin BN tiada masa dan belas ehsan untuk melakukan kerja-kerja kebajikan berkenaan.

“Di saat-saat kritikal sekarang ini dan diambang PRU13, rakyat seharusnya memberikan kredit kepada kepimpinan Pakatan Rakyat kerana telah berjaya mengubah sudut pentadbiran yang lebih prihatin serta kondusif terhadap rakyat dalam menjaga kebajikan mereka,” katanya lagi.

Katanya lagi, walaupun kerajaan PR negeri itu dikritik hebat oleh BN dalam tempoh 5 tahun ini, namun akhirnya dalam situasi segan dan silu pihak BN dalam diam telah mencedok idea pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. - HD

No comments:

Post a Comment