Saturday, May 11, 2013

JANGAN DENGAR AUTA UMNO



 
Tolong baca dengan ikhlas dan hati terbuka...MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…
Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya ialah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

       Kerusi Parlimen :-

       1.                  Rafizi (PKR) menang vs Garu Lim (BN) – PANDAN
       2.                  Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
       3.                  Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
      4.                  Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) – LUMUT
      5.                  Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) – RAUB
      6.                  Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
      7.                  Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

      Kesimpulannya:

      Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen.JikaPakatan    
      Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

      Kerusi DUN:-

      1.                  Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
      2.                  Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
      3.                  Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
      4.                  Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
      5.                  Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
      6.                  Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
      7.                  Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
      8.                  Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

     Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim   
     Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu    
     34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

     Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula 
     Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya   
     senaraikan

     1.                  PARLIMEN Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
     2.                  PARLIMEN Tanjung Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
     3.                  PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
     4.                  DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
     5.                  DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
     6.                  DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
     7.                  DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
     8.                  DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
     9.                  DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
     10.              DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
     11.              DUN Tanjung Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
     12.              DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

     Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentimen   
     perkauman.  Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah  
     pemimpin UMNO.

     Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

    Suhaimi Saad
    Ketua Penerangan PAS Pahang.

No comments:

Post a Comment