Wednesday, May 22, 2013

KESIAN UMNO/BN !!!

PRU13: BN geram apabila ‘duit, tipu, takut’ gagal



Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu telah menyebabkan dua kekecewaan, memandangkan kedua-dua perikatan yang bertanding, Pakatan Rakyat (PR) dan BN mempunyai sebab berbeza untuk berasa sedih.
Lim Kit Siang berklata, penyokong PR sewajarnya marah apabila kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat seperti yang digambarkan melalui 51% undi untuk PR berbanding 47% undi untuk BN telah diragut daripada mereka disebabkan oleh pilihan raya umum paling kotor di dalam sejarah negara.

Katanya, pemimpin dan strategis Barisan Nasional pula geram apabila strategi tiga serangkai “Duit Duit Duit”, “Tipu Tipu Tipu” dan “Takut Takut Takut” telah gagal untuk mencapai keputusan yang dikehendaki, iaitu mendapatkan semula majoriti dua pertiga parlimen dan mendapatkan semula Selangor.

“Akan tetapi apa yang menjadi kebimbangan besar semua rakyat Malaysia yang berfikir, rasional dan patriotik adalah kebejatan perkauman yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, perkauman dibiarkan muncul ke permukaan dan memperoleh momentum dalam tempoh dua minggu selepas diketahui keputusan PRU13 yang dimulakan oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri apabila mengatakan keputusan PRU13 adalah kesan “tsunami Cina” sedangkan ia merupakan tsunami rakyat Malaysia dan tsunami warga bandar.

Beliau berkata, pernyataan buruk Najib itu ialah isyarat untuk memburukkan lagi polarisasi sepanjang dua minggu lalu, seperti tajuk muka depan Utusan Malaysia “Apa Lagi Cina Mahu” yang provokatif dan mengapi-apikan.

Selain itu, ujarnya ucapan yang melaga-lagakan orang Melayu dengan kaum Cina oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah, yang beliau gambarkan sebagai ucapan terbuka paling rasis dan menghasut dalam tempoh 44 tahun ini.

Di samping itu, katanya pendedahan Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad bahawa dirinya sebagai “rasis tersembunyi” sewaktu menjadi Ketua Pengarah Pendidikan apabila dia menyeru penghapusan sekolah vernacular Cina dan Tamil.

“Dan paling buruk sekali, seruan sekumpulan pertubuhan Melayu untuk memboikot perniagaan Cina sebagai tanda balas dendam terhadap keputusan PRU13,” kata Lim yang juga Penasihat DAP Kebangsaan.

Tambah Lim, tidak dapat lari dari perhatian rakyat Malaysia dan pemerhati bebas, sama ada di dalam atau luar negara, bahawa ketika kempen PRU13 dan selepas itu, pemimpin dan parti-parti Umno BN yang bersalah terlibat di dalam kempen menggunakan isu kaum.

Ini, tambahnya bermula dengan dakwaan tidak bersasas dan berniat jahat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir, bahawa saya bertanding di Gelang Patah untuk mencetuskan “perbalahan kaum” dan bahawa saya menggesa orang Cina untuk membenci orang Melayu.

Sebaliknya, jelas beliau pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP, PKR dan PAS, meminta rakyat Malaysia untuk menolak dan meninggalkan politik perkauman, rasuah dan kronisme serta menyambut politik baru merentas kaum melibatkan identiti rakyat Malaysia, integriti, kebebasan dan tadbir urus yang baik.

“Kita kini masuk minggu ketiga selepas keputusan PRU13, Najib telah membuang banyak masa dan dia sepatutnya menunjukkan daya kepimpinannya untuk menamatkan kebejatan perkauman yang tidak pernah berlaku sebelum ini berpunca daripada pencapaian buruk Umno BN dalam PRU13 atau beliau telah memungkiri janji sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia,” ujarnya. - HD

No comments:

Post a Comment