Thursday, May 9, 2013

NAJIB BOHONG LAGI

UMNO KATA

Melalui pertanyaan Utusan, “Apa lagi Cina mahu?”
Melalui tuduhan Kosmo, “Pengundi Cina talam dua muka.”
Melalui Berita Harian yang memetik kata-kata Ali Rustam, “Cina tak mengenang budi.”
Melalui kata-kata Dr. M, “Cina tidak bersyukur.”

CUBA ANDA BACA FAKTA DI BAWAH

Cina adalah 28 peratus dari 29 juta populasi Malaysia, dan kurang daripada separuh mendaftar sebagai pengundi. Di sebalik jumlah pengundi yang rendah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan peratusan keluar mengundi memecahkan rekod apabila mencecah 84.84 peratus.

Daripada jumlah pengundi itu, BN mendapat 5,237,699 undi untuk 222 kerusi Parlimen berbanding parti Pakatan Rakyat yang mengumpulkan 5,623,984 undi.
Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP itu juga mengalahkan BN dalam undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mendapat 4,879,699 undi berbanding gabungan 13 parti itu yang mendapat 4,513,977 undi.

APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU ?

UMNO yang mengamalkan politik ketakutan cuba kelentong rakyat. PRU Ke-13 bukan “tsunami Cina” seperti yang dikatakan oleh Najib. Melalui statistik yang tertera, kaum Cina tidak mampu melakukan tsunami sama ada untuk kerusi Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri. UMNO bukan sahaja telah melakukan pembohongan yang sangat besar malahan juga membakar api perkauman semata-mata kerana kecewa apabila strategi mereka menghadapi PRU Ke-13 kecundang.

PRU Ke-13 merupakan kebangkitan “BANGSA MALAYSIA”. A. Kadir Jasin menyifatkannya sebagai “tsunami Malaysia”. Meredith Weiss, seorang Prof. Madya di State University of New York menyifatkannya sebagai, “urban swing, bukan Chinese swing.” Dr. Mohammad Agus Yusoff menganggapnya “bukan tsunami Cina tapi gelombang kedua tsunami 2008”.

Bertitik tolak daripada pernyataan dan perangkaan tersebut, amat tidak masuk akal untuk UMNO membelasah orang Cina sedemikian rupa. Hakikatnya mereka berpadu tenaga dengan orang Melayu, India, dan lain-lain di kawasan Bandar untuk menumbangkan UMNO/BN kerana tidak tertahan lagi dengan kebobrokan gabungan itu. Mereka inginkan sebuah kerajaan yang bersih. Mereka ingin menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman perompak yang sudah lebih setengah abad diberi kuasa. Gerakan tersebut sudah mencapai kejayaan melalui perolehan undi sebanyak 5,623,984 (51%) undi untuk Dewan dan 4,879,699 undi untuk Dewan Undangan Negeri. Kedua-duanya mengatasi perolehan UMNO/BN. Sayangnya sistem pembahagian kawasan pilihan raya yang tidak seimbang antara bandar dengan luar bandar menyebabkan Pakatan mendapat kerusi yang sedikit berbanding UMNO/BN. Keadaan menjadi buruk apabila berlaku penipuan dalam pilihan raya tersebut.

Hujah Najib ternyata bohong. Tidak berlaku pergeseran kaum hasil daripada PRU Ke-13. UMNO dilihat sengaja menggunakan isu itu untuk menutup kelemahan tektikal dan perlakuan jahat mereka. Keeratan hubungan antara kaum itu terbukti benar dan dapat dilihat dengan jelas dalam himpunan Suara Rakyat Suara Keramat yang diadakan di Stadium Kelana Jaya malam semalam (8 Mei 2013). UMNO tidak perlu bermain api melalui pemaparan sikap perkauman sempit mereka. Tidak perlulah Najib membohongi rakyat bahawa hubungan kaum di Malaysia kian renggang dan memerlukan usaha untuk merapatkan kembali hubungan itu. Jika cadangan itu dilaksanakan, semakin banyaklah wang rakyat disia-siakan.

1 comment:

  1. Orang melayu skrng Cerdik, bukan mcm melayu 60'an. Jgn laa nak tiup api perkauman. Lawan tetap lawan.

    ReplyDelete