Thursday, May 30, 2013

NASIB KAULAH RAKYAT MALAYSIA

Turun harga kereta: Janji dicapati lagi?

Akmal Musa

Janji manifesto Umno-BN untuk menurunkan harga kereta antara 20-30 peratus harga kenderaan bakal menjadi janji dicapati. Hal ini kerana, pengumuman oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat sehingga 2017.

Saya berpendapat, hakikat sebenarnya ialah tiada penurunan harga kereta. Namun demi menyejukkan dan memujuk rakyat pengumuman ini terpaksa dibuat. Pelbagai alasan direka bagi melambat-lambatkan penurunan tersebut. Padahal mereka tiada kesungguhan untuk menurunkannya. Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Saya juga sangsi dengan kenyataan menteri tersebut yang menyebut bahawa sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus – kereta jenis apa? kenapa hanya 10 model sahaja? Bagaimana dengan model-model lain?

Sila senaraikan untuk tatapan rakyat! Jangan sekadar menyebut secara umum sahaja.

Lagi satu, kerajaan mestilah menurunkan kadar faedah bagi pinjaman membeli kereta terpakai. Hal ini kerana, harga kereta terpakai tidak jauh bezanya dengan kereta baru akibat kadar faedah yang tinggi.

Akhirnya, jika Umno-BN benar-benar ingin mendahulukan rakyat, tidak perlulah tunggu sehingga 2017 untuk menurunkan 30 peratus cukai kenderaan. Buktikan bahawa janji-janji anda ditepati, bukan dicapati.

No comments:

Post a Comment