Wednesday, May 8, 2013

NASIB NAJIB: BAGAI TELUR DI HUJUNG TANDUK


Najib telah memberikan pelbagai gula-gula politik kepada rakyat yang bernilai RM2.6 bilion sebelum PRU Ke-13 dengan harapan rakyat kembali menyokong UMNO/BN. Apa yang dia dapat hasil daripada pemberian itu? UMNO/BN mendapat 5.222 juta undi berbanding dengan PR sebanyak 5.489 undi. Ini bermakna PR mendapat 49.96% undi popular berbanding UMNO/BN hanya 46.53%. Di samping itu, UMNO/BN hanya meraih 133 kerusi parlimen dan 274 kerusi DUN. Pak Lah mendapat 140 kerusi parlimen dan 306 kerusi DUN pada tahun 2008 (PRU Ke-12). Harus diingat bahawa Najib selaku Ketua Perhubungan UMNO Selangor telah dimalukan oleh Pakatan Rakyat di negeri itu. Cakapnya yang berdegar- degar untuk merampas Selangor dan mencipta pelbagai isu untuk melemahkan PR langsung tidak berbaloi. UMNO/BN tinggal 12 kerusi di DUN Selangor berbanding dengan 20 kerusi pada tahun 2008. Cakap besarnya yang penuh yakin UMNO/BN akan menang dengan majoriti dua pertiga di parlimen berakhir dengan kecundangan. Selain berjaya membentuk kerajaan pusat, Najib gagal secara total dalam kesemua misi dan visinya yang lain. Dia muncul sebagai PM dari UMNO yang paling lemah.

Kedudukan Najib sekarang ini bolehlah disifatkan sebagai telur di hujung tanduk. Menurut kata Dr. M, Najib perlu berundur jika tidak berjaya menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Kini, KPI Najib jatuh merudum. Jika sebelum ini UMNO mengusir Pak Lah yang dipertanggungjawabkan terhadap kemerosotan prestasi UMNO/BN dalam PRU Ke-12, parti itu ternyata mengamalkan dwistandard sekiranya tidak menyingkirkan Najib kali ini.

Malaysia ialah sebuah negara yang dinamik dan progresif. Negara sebegini memerlukan seorang PM yang proaktif dan berpandangan jauh. Harapan itu tidak ada pada Najib. Kita tunggu sahajalah masa dan ketikanya untuk dia turun atau diturunkan.

1 comment:

  1. Itu padahnye kalau nak sangat jadi PM.banyak perkara2 Haram yg Najib lakukan.baik tentang hal peribadinye mau pun ketika pilihanraya yg lepas.Perbuatan merampas hak undi Rakyat untuk memilih Pemimpin secara adil dan telus di Rampas oleh Penyamun2 spesis ini.SPR,POLIS agensi KERAjaan yg terlibat tidak terkecuali.Ingat kalau anda Mengaku Berugama Islam tapi masih melakukan Kemungkaran dan Penipuan pasti satu hari nanti ALLAH s.w.t akan membalas Perbuatan Mungkar anda.Ketawa lah,Bergembira lah dengan Kemenangan Secara PENIPUAN,hukuman ALLAH s.w.t pasti akan tiba..Doa Rakyat yang teranayia akan ALLAH s.w.t makbulkan.Insyallah.hanya lambat atau cepat kepada semua Penipu .Amin

    ReplyDelete