Sunday, May 26, 2013

PENGKHIANATAN CINA ?



Obsesi dengan ‘pengkhianatan Cina’ meracuni wacana selepas PRU13


Oleh Jahabar Sadiq


23 Mei 2013. Hampir tiga minggu selepas Pilihan Raya 2013, ahli politik dan perniagaan pulang dari Putrajaya bercakap tentang suasana kecewa dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) berfikir dan bercakap tentang pengkhianatan Cina dan bukan Melayu dalam pilihan raya terbaru Malaysia.


Ramai percaya pemimpin-pemimpin ini seharusnya berhenti berfikir atau bercakap seperti itu kerana hal itu meracuni wacana selepas pilihan raya. Di kedai kopi dan tempat bersantai, kelompok ini mengatakan cakap-cakap sedemikian hanya akan memecah belahkan negara yang telah berpecah disebabkan kelas dan pendapatan.


Mereka membangkitkan tentang analisis yang menunjukkan pengundi sebahagian besarnya mengundi berdasarkan isu nasional, lokasi, tahap pendapatan dan kumpulan umur berbanding pandangan simplistik “tsunami Cina” menyebabkan sokongan BN berkurangan.


“Terdapat pemimpin dalam kumpulan pemikir, bercakap sesama sendiri bahawa Cina telah mengkhianat BN, bukan kaum lain. Mereka masih berfikir dalam kerangka kaum,” kata seorang ahli politik yang baru pulang dari Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.


“Cina meninggalkan MCA lebih daripada apa-apa lagi disebabkan oleh ideologi, bukan kaum,” tambah beliau.


MCA yang merupakan pengasas bersama Perikatan yang kemudiannya digantikan dengan BN pada 1974, hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi pada pilihan raya 5 Mei. MCA menang 15 kerusi dalam Pilihan Raya 2008.


Keputusan buruk itu menyebabkan parti itu tidak mengambil jawatan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 15 Mei, meninggalkan presiden Tranparency International Datuk Paul Low sebagai satu-satunya Cina dalam Kabinet.


Najib adalah antara terawal mengatakan Cina tidak menyokong gabungan dipimpinnya beberapa jam selepas pilihan raya yang kemudiannya menjadi tema oleh media milik Umno Utusan Malaysia sehingga mengeluarkan laporan muka depan bertajuk, “Apa lagi Cina mau?” Akhbar milik Umno itu juga bersikap defensif dengan pendirian menentang komuniti Cina mengumpulkan kumpulan-kumpulan aktivis Melayu termasuk yang tidak dikenali untuk menjawab kritikan termasuk terhadap Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX Azran Osman Rani.


“Situasi ini buruk untuk semua, bukan hanya Cina. Kita mahu BN keluar dari semua ini dan bergerak ke hadapan, dapatkan sokongan semua kaum untuk kebaikkan negara,” kata seorang ahli perniagaan kepada The Malaysian Insider.


“Sekarang ini, negara sedang diracuni dengan cakap-cakap tentang pengkhianatan,” tambah beliau sambil mengatakan tiada pemimpin BN tampil kehadapan untuk memulakan perdamaian.


Tinjauan pantas menyaksikan selain dari kehilangan undi Cina, BN turut hilang undi Melayu yang signifikan di kubu kuat dan tempat lahir seperti Johor, Kelantan, Selangor dan Terengganu.


Beberapa peninjau bersetuju dengan pendapat itu, berkata mereka sedang menunggu keputusan terperinci untuk melihat sokongan setiap masyarakat atau oleh kelas, lokasi dan kumpulan umur. “Keputusan masih kabur sekarang tetapi terdapat keuntungan dan kerugian dari segi undi oleh mana-mana kumpulan masyarakat,” kata seorang pengumpul suara.


Menurut badan tinjauan bebas atas talian PoliTweet.org PR memenangi 59 kerusi campuran di Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu hampir dua kali ganda daripada 30 kemenangan di kerusi majoriti Cina, menurut kajian terbaru sekaligus menolak dakwaan “Tsunami Cina” oleh BN.


PoliTweet juga berkata parti pemerintah BN memenangi banyak undi di kawasan luar bandar manakala PR meningkatkan sokongan di kawasan bandar dan separa bandar di negara yang sedang mengejar status negara maju 2020.


“BN mewakili majoriti luar bandar dan dapat mengekalkan kuasa dengan luar bandar dan kerusi separa bandar sahaja. Pilihan raya kali ini menunjukkan PR lemah di luar bandar yang terdiri daripada kerusi majoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak,” kata laporan itu, yang boleh didapati dalam blog rasmi PoliTweet.

Menurut PoliTweet, 108 daripada 133 kerusi (81 peratus) dimenangi BN adalah di kerusi luar bandar, manakala PR memenangi kerusi bandar atau separa bandar hampir dengan peratusan sama (72 daripada 89 kerusi).


PR memenangi semua 16 kerusi bandar majoriti Cina, 12 kerusi bandar Melayu dan 12 kerusi bandar campuran, memberikan mereka 40 daripada jumlah keseluruhan 43 kerusi bandar (93 peratus). Sebagai perbandingan, BN hanya memenangi 4 kerusi bandar Melayu dan 1 kerusi bandar campuran.

Daripada 54 kerusi separa bandar, PR memenangi 34 daripadanya (63 peratus). BN menang baki daripada kerusi separa bandar dengan kawasan separa bandar Melayu adalah sebahagian besarnya 12 kerusi tersebut.




No comments:

Post a Comment