Tuesday, May 7, 2013

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT SELANGOR


UMNO dan penyokong mereka sering menuduh PAS diperalatkan oleh DAP dan tidak pula mahu mengaku mereka diperalatkan oleh MCA dan MIC. Tuduhan seumpama ini tidak berasas. Namun demikian, keputusan PRU Ke-13 bagi DUN Selangor membuktikan kesemua itu karut semata-mata.

Pakatan memperoleh 44 kerusi ( DAP 15, PAS 15, dan PKR 14). Situasi ini membuktikan bahawa semua parti dalam Pakatan bergerak seiring untuk mengekalkan kuasa di Selangor. Tidak mungkin DAP memenangi semua kerusi yang dipertandingkannya tanpa sokongan Cina, Melayu, India, dan lain-lain. Tidak mungkin PAS memenangi 15 kerusi tanpa sokongan Cina, Melayu, India, dan lain-lain. Tidak mungkin PKR memenangi 14 kerusi tanpa sokongan Cina, Melayu, India, dan lain-lain. Di negeri maju ini, majoriti rakyatnya progresif. Mereka mendambakan sebuah keraajaan yang bersih, yakni bebas rasuah. Oleh sebab itulah mereka bersepakat mempertahankannya daripada jatuh ke tangan UMNO/BN. Inilah semangat Malaysians yang tulen. Mereka tidak fikir lagi diri mereka sebagai Melayu, Cina, India, dan lain-lain, semua itu mereka ketepikan, selain daripada melangkah gagah sebagai rakyat Selangor.

Kita berasa hairan kedinamikan ini dihubungkan dengan rasisme. Tiada yang berjuang untuk bangsa di Selangor selain UMNO. Oleh hal demikian, hentikanlah penyebaran mitos yang berbahaya itu. Jadikanlah perpaduan tulen yang ditunjukkan oleh DAP, PAS, dan PKR sebagai teladan untuk kita membina Malaysia Baru yang aman dan harmoni.

3 comments:

  1. Khusus utk PAS,
    Tunjukkan perpaduan secara luaran shj... dlm hati aku nak jwtn PM seblm GE13. Selepas GE13 aku nak jwtn MB Selangor....

    ReplyDelete
  2. Ko bio betul bro...

    Cerita ko ni bagi aku kalau tak cerita fitnah mesti cerita tipu.

    ReplyDelete