Saturday, May 18, 2013

UMNO TIDAK TAU BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH





Dalam PRU Ke-13 yang lalu, ada 6.58 juta pengundi Melayu dan 3.9 juta pengundi Cina. UMNO memperoleh 3,241,286 undi @ 29.32% undi popular @ 88 kerusi @ bertambah 9 kerusi Dewan Rakyat jika dibandingkan dengan perolehan pada tahun 2008.


UMNO mengadakan majlis kesyukuran atas pencapaian itu. Namun, mereka mendakwa keputusan PRU Ke-13 itu merupakan “tsunami Cina” lalu meniupkan api perkauman.  Lantas terbitlah ungkapan “Apa lagi Cina mau”, “Cina tolak salam persahabatan Melayu”, “Pengundi Cina bersikap talam dua muka”, dan “Cina tak mengenang budi”.  Kesemua dakwaan ini tidak relevan jika pola pengundian dilihat dengan adil dan saksama.  Ramai yang menolak andaian tersebut kerana diselaputi prasangka yang amat tebal.

Jika melihat undi yang diterima oleh UMNO itu, siapakah yang berani mengatakan 3.241 juta itu disumbangkan oleh ahli-ahlinya sahaja?  Orang yang menerimanya mungkin sudah hilang akal. Undi untuk UMNO itu datangnya daripada pengundi Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Hakikatnya tidak semua ahli UMNO yang mengundi UMNO. Ada ramai pembelot dalam UMNO setiap kali pilihan raya diadakan.  Hal ini tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.
 
Rakyat Malaysia yang rasional tertanya-tanya sekarang ini.  Adakah UMNO tidak berterima kasih dan bersyukur kerana mendapat undi Cina sehingga mampu menambah 9 kerusi di Dewan Rakyat? Mampukah UMNO menambah kerusinya di Dewan Rakyat tanpa sokongan pengundi Cina?  Sanggupkah UMNO berkata undi Cina yang mereka terima itu tidak membawa erti apa-apa? Berdasarkan cercaan sedemikian rupa kepada pengundi Cina, kita dapat menyimpulkan bahawa parti kebangsaan dan perkauman yang bernama UMNO itu tidak tahu berterima kasih dan bersyukur.  Mungkin terdapat dalam kalangan pengundi Cina yang mengundi UMNO itu berkata dalam diri mereka, “Perlukah aku melepaskan anjing yang tersepit ini untuk kali yang akan dating?” Sama-samalah kita lihat nanti.

1 comment:

  1. UMNO AKAN SALAHKAN SESIAPA SHJ DI DUNIA NI

    .... YAHUDI... SINGAPORE .... FILIPINA ... CINA .....

    YANG UMNO TAK NAK SALAHKAN IALAH BANGLADESH DAN PAKISETAN DAN INDONESIA


    lain semua salah dap, anwar dan penduduk bandar yg cerdik lg bijak

    ReplyDelete