Wednesday, June 12, 2013

DR M YANG KATA UMNO TAK GUNA

Dr M bagi anak makan nasi yang basi?




Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memperdaya orang-orang Melayu mengundi UMNO/BN samalah seperti ayah tidak siuman yang memaksa anak-anaknya memakan makanan basi, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Dr Mahathir hakikatnya memperdayakan orang-orang Melayu mengundi Umno BN dalam pilihan raya 5 Mei lalu kerana beliau sudah tahu UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

"Bekas Perdana Menteri bertindak seperti ayah tidak siuman yang memaksa anak-anaknya memakan makanan yang sudah basi, busuk dan kotor," kata beliau.

Malah, kata Salahuddin, bekas Presiden UMNO itu sebenarnya mendedahkan pekungnya sendiri apabila menulis, "UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri".

"Sudah tersebar luas dan menjadi rahsia umum menjelang pilihan raya umum lalu bahawa Dr Mahathir berkata beliau lebih bimbangkan keselamatan anak-anak dan cucu-cucunya jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya itu.

"Kenyataan Dr Mahathir mengenai kebimbangannya itu membuktikan beliau menghasut rakyat mengundi UMNO lebih kepada kepentingan dan keselamatan anak-anaknya yang rata-rata bertaraf jutawan atau billionaire serta kepentingan perniagaan mereka.

"Dakwaan beliau kononnya UMNO perlu diundi untuk kepentingan orang-orang Melayu hanyalah muslihat untuk kepentingan keluarganya," kata beliau.

Salahuddin juga menyifatkan Dr Mahathir dan konco-konconya memusnahkan masa hadapan orang-orang Melayu apabila memperdayakan mereka mengundi UMNO yang beliau sendiri tulis dalam blognya "hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanah air".

"Malah, Dr Mahathir melakukan pengkhianatan ke atas orang-orang Melayu apabila memperdaya mereka mengundi UMNO yang beliau akui rasuah apabila menulis 'jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain'.

"Apa lagi hendak dinamakan tindakan itu kalau bukan mengkhianati orang-orang Melayu?" kata Salahuddin lagi.

Dalam tulisannya itu juga Dr Mahathir menjangka nasib UMNO "akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak di zaman akan datang".  - HD

No comments:

Post a Comment