Saturday, June 22, 2013

MELAYU: KENAPA KAMU BEGITU ?


Negara kita ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram Sabah. Terlalu banyak perbuatan terkutuk telah dilaporkan, termasuk pengakuan Dr. M memberi kad pengenalan biru kepada pendatang haram tanpa izin di negeri itu. Telah sah dan nyata perbuatan-perbuatan tak semenggah kerajaan itu menunjukkan mereka itu pengkhianat negara.

Majoriti rakyat Malaysia ialah orang Melayu. Mereka yang diletakkan dalam kawasan-kawasan pilihan raya yang kecil untuk Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat langsung tidak peka dengan situasi tersebut. Melayu inilah yang enggan menghukum UMNO/BN yang curang terhadap negara itu sehingga membolehkan UMNO memperoleh 88 kerusi di Dewan Rakyat. Rakyat Malaysia sudah maklum bahawa UMNO terlalu berbangga dengan kejayaan itu. Kebanggaan itu telah berjaya membutakan pemimpin dan ahli UMNO terhadap pelbagai kegagalan Najib. Kini mereka tidak sedikit pun berasa marah walaupun Najib jauh lebih teruk daripada Pak Lah yang dicaci nista pada tahun 2008 dahulu.

Inilah rupa Melayu yang tidak sensitif terhadap nasib dan masa depan bangsanya. Maruah mereka boleh dibeli dengan BR1M, sogokan RM1,000, dan aneka pemberian murahan yang lain. Inilah juga rupa Melayu UMNO yang sanggup menggadai Melayu demi kuasa. Sampai bila nak lihat golongan haprak ini berkuasa?

No comments:

Post a Comment