Thursday, June 27, 2013

TERAMAT CANGGIH: DAKWAT KEKAL MALAYSIA GUNA PEWARNA MAKANAN

Pewarna makanan: Adakah SPR, Ahmad Maslan tipu?



Satu-persatu penjelasan mula dikeluarkan bagi menjustifikasikan kenapa dakwat yang pada mulanya diyakinkan kepada rakyat bahawa ianya 'kekal' tetapi terbukti tidak kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Apa yang dapat dilihat, penjelasan demi penjelasan yang dinyatakan kerajaan termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menjadi 'bahan ketawa' rakyat yang sudah menganggap isu dakwat kekal ini hanya penipuan semata-mata.

Terbaru semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrat.

Ianya sekaligus menyanggah penjelasan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  sebelum ini bahawa dakwat tersebut mengandungi bahan silver nitrat.

Menurut beliau, bahan tersebut meresap ke dalam kulit dan mustahil ia dapat ditanggalkan dengan sebarang cara, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya.

Sebelum ini juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan turut mengesahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan mengandungi silver nitrat.

Bagaimanapun beliau berkata, kandungan silver nitrate di dalam dakwat kekal telah dikurangkan demi kesihatan para pengundi dan pengurangan itu mungkin menjadi punca kenapa dakwat itu tidak boleh bertahan lama.

Rakyat juga sebelum ini dihidangkan dengan penjelasan bercelaru berhubung laporan kesihatan dakwat tersebut oleh Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam sebelum ini berkata kementeriannya tidak ada mengeluarkan laporan kesihatan berkenaan hal itu seperti dinyatakan Abdul Aziz dan Ahmad Maslan.

Subramaniam juga berkata tiada perbincangan dengan kementerian untuk mendapatkan laporan mengenai penggunaan dakwat kekal dari sudut perubatan.

Sebelum ini, Aziz mendakwa SPR telah mendapat satu surat daripada Kementerian Kesihatan yang memberikan amaran mengenai penggunaan silver nitrate yang berlebihan di dalam dakwat kekal yang boleh menyebabkan penyakit ginjal dan kanser.

Sementara itu, apa yang menjadi persoalan dan tumpuan banyak pihak adalah berkaitan siapa pihak terlibat manjadi pembekal kepada dakwat tersebut.

Bagi rakyat, perkara tersebut perlu didedahkan kepada umum memandangkan penggunaan dakwat kekal yang baru pertama kali diperkenalkan pada PRU13 lalu telah menelan duit rakyat sebanyak RM7.1 juta.

2 comments:

  1. Oooooooo....patut la rakyat india yg menggunakan dakwat kekal tiap kali election ramai yg sakit ginjal dan kena kansel. So....tahniah la SPR krn telah menyelamat berjuta-juta rakyat m'sia.

    ReplyDelete
  2. Seperti cerita Tiga Abdul, rakyat duk tunggu apabenda yang kerajaan BN nak pekena rakyat lagi! Hubaya hubaya si Luncai dah terjun dengan labu2nya.

    ReplyDelete