Friday, June 21, 2013

UMNO BOLEH ... YANG LAIN SAMPAI MAMPUIH PUN TAK BOLEHHHHHH

Rasis: Umno sahaja yang boleh





Kalau Cina boleh jadi Perdana Menteri sekiranya mereka membuang sifat rasis, ia bermakna Umno tidak boleh jadi Perdana Menteri kerana parti itulah yang paling rasis, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"(Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Shahidan (Kassim) kata, tidak boleh memimpin kalau hanya menerima kuasa kaum sendiri. Dia juga kata kalau satu hari orang-orang Cina boleh bebas dari pemikiran seperti itu, orang Cina boleh jadi perdana menteri.

"Dari cakap beliau itu, maknanya orang lain tidak boleh rasis. Umno sahaja yang boleh rasis," kata beliau.

Sedangkan, kata Mahfuz, semua orang tahu kemenangan calon-calon Umno dalam pilihan raya lalu semata-mata disebabkan kejayaan parti itu mengapi-apikan sentimen perkauman.

"(Bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri mengaku bahawa orang-orang Melayu mengundi Umno kerana mereka amat takut kalau-kalau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP," katanya.

Malah, katanya lagi, sikap rasis dan perbuatan mengapi-apikan perkauman adalah satu-satunya talian hayat Umno.

Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Shahidan itu seperti meludah ke langit.

"Hakikatnya, Umnolah yang paling tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana parti itulah yang terbukti paling rasis dan dilihat rasis," katanya.

Walaupun kenyataan Shahidan itu kelihatan menolak sifat rasis, Mahfuz menyifatkan kenyataan itu memperlihatkan betapa tebalnya sifat berlagak tuan yang sudah sebati dengan Umno.

"Kenyataan itu menunjukkan Umno boleh buat apa sahaja termasuk bersifat rasis kerana mereka Umno. Mereka rasa tidak salah kerana mereka merasa diri mereka tuan dan boleh buat apa sahaja.

"Tetapi kalau orang lain buat, serta merta jadi salah, tidak boleh jadi perdana menteri dan sebagainya" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Shahidan sebelum itu menasihatkan masyarakat Cina supaya menjauhkan diri daripada apa yang didakwanya sebagai sifat perkauman yang kononnya diterapkan pembangkang dan bercampur dengan bangsa lain.

"Jika orang Cina bersedia melangkah melangkaui sempadan kaum, bercampur sepenuhnya dengan masyarakat pelbagai kaum Malaysia dan mengamalkan perkongsian kuasa, saya percaya Malaysia suatu hari nanti akan ada perdana menteri berbangsa Cina," katanya dalam wawancara dengan Sin Chew Daily. -  HD

No comments:

Post a Comment