Saturday, June 8, 2013

UMNO: DAHLAH RASIS, KORUP PULAK TU....

Dr M dan UMNO adalah ‘paling rasis’, kata Tony Pua

Oleh Mohd Farhan Darwis

DAP mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dan UMNO adalah yang paling rasis di negara ini.
Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) objektif “brainwash” komuniti Melayu dan Malaysia dengan mempercayai ‘anti rasis’ sebagai ‘rasis’ dan ‘rasis’ sebagai hak mereka.

“Malah, Briged DDD yang memiliki wang berjuta-juta ringgit itu boleh dikatakan telah memberi takrif yang sepenuhnya baru untuk 'perkauman', menerusi blog-blog yang berpengaruh serta lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, untuk memenuhi matlamat politik mereka sendiri,” kata Pua.

Bekas perdana menteri itu jelas Pua harus merujuk terma dan maksud 'rasis' itu dalam kamus, katanya secara sinis.

“Ketika sokongan orang Melayu terhadap calon DAP dalam pilihanraya baru-baru ini meningkat, Dr Mahathir menuduh DAP menyebarkan 'propaganda' yang mempengaruhi golongan Melayu berpendidikan ke arah melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai korup.

“Bagaimanapun, ketika orang Cina turut memberikan sokongan padu terhadap DAP, ia dianggap sebagai bukti sifat 'perkauman' DAP. Ketika banyak orang Cina ikut serta dalam acara-acara Pakatan Rakyat, hal itu dianggap sebagai bukti kukuh tentang 'perkauman' Cina. Logik nyanyuk apakah ini?,” soal Pua.

DAP menegaskan akan terus bertahan dan tidak gentar dengan serangan-serangan “perkauman” yang dakwa mereka dimainkan parti majoriti Melayu UMNO dan Barisan Nasional (BN), tambah Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menegaskan walaupun Umno dan BN jelas menggunakan tekanan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) melalui Akta Hasutan mereka tetap berpegang dengan prinsip dan sedia menerima kesengsaraan ketidak adilan yang dakwanya dimainkan UMNO.

“Para pemimpin parti ini akan berpijak di atas prinsip tanpa gentar mahu pun ragu dan kami bersedia untuk menanggung segala tindakan zalim rejim UMNO bagi memastikan generasi masa depan Malaysia tidak akan perlu terperangkap dalam kerangka perkauman yang sedang mengepung kita hari ini,” katanya.

Pua turut menegaskan hanya disebabkan DAP menyokong 'doktrin' ketuanan rakyat, dan menolak ketuanan bangsa tertentu, Umno sejak akhir tahun lalu menjadikan DAP sebagai musuh ketat bagi memastikan kesinambungan polisi perkauman mereka.

“Serangan terus-menerus oleh Briged DDD yang diketuai oleh Dr Mahathir dan didanai dengan ratusan juta ringgit menyebabkan DAP terpaksa berdepan dengan pertempuran terbesar dalam sejarah politiknya,” dakwa Pua merujuk kepada kewujudan 'Brigade Demolish and Destroy DAP' oleh UMNO dan BN.

“Di mana lagi di dunia ini boleh kita temui sebuah parti seperti UMNO yang menyeru ke arah 'ketuanan Melayu' sebagai asas tunggal kewujudannya tetapi pada masa yang sama cuba menafikan sifat perkaumannya? Pada masa yang sama, DAP sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kesaksamaan peluang dan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama, selain memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil, dituduh sebagai entiti paling rasis di dunia,” soalnya.

Selepas beberapa hari keputusan Pilihan Raya 2013, yang menyaksikan situasi yang digelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “Tsunami Cina” beberapa akhbar kemudiannya menyiarkan laporan berkenaan “Red Bean Army” yang didakwa mereka diupah DAP bagi menyebarkan propaganda dan ugutan kepada pihak-pihak tertentu melalui media sosial.

DAP kemudiannya turut mendakwa UMNO dan BN turut mempunyai kumpulan propaganda menggunakan medium sama apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang mendedahkan wujudnya Brigade DDD bagi mewujudkan persepsi DAP sebagai parti rasis.

No comments:

Post a Comment