Tuesday, June 18, 2013

WAHAI MELAYU: APA SUDAH JADI SAMA KAMU ?

ADAKAH BANGSA LAIN DI DUNIA YANG LEKEHKAN DIRI SENDIRI SELAIN MELAYU?
Golongan muda Cina tidak hormat Melayu sebab rasuah, kata Musa Hassan

Oleh Md Izwan

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya supaya serius memerangi isu rasuah sekiranya mahu menghentikan sentimen tersebut berlarutan.

Musa dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia berkata apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain.

"Generasi muda Cina membenci rasuah.

"Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu," kata Musa yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia di "Forum Rakyat:Melayu Islam Bersatu?" hujung minggu lalu.

Isu rasuah merupakan perkara pokok yang sentiasa menjadi permasalahan dalam pentadbiran kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN), kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun kedudukan Malaysia bertambah baik pada tahun 2012 menjadi negara ke-54 di dunia, indeks antarabangsa masih meletakkan Malaysia di bawah negara-negara Afrika seperti Rwanda (50) dan Botswana (30).

Baru-baru ini, seorang wanita Cina telah ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM kerana dikhuatiri telah menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman Facebook-nya.

Baca juga: NGO Islam: Pegawai PM, 'jangan lebih sudu dari kuah'
Baca juga: SPRM syor EAIC gugur Mohd Nadzri sebagai pegawai penyiasat
Baca juga: Keluarga Dhamendran tuduh ketua JSJ KL ‘menutup’ pembunuhan

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini juga turut dikaitkan dengan sokongan peningkatan sokongan pengundi Cina kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) walaupun berjaya kekal sebagai kerajaan pusat, hanya memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga secara terbuka telah menyalahkan masyarakat Cina apabila menyifatkan keputusan PRU13 sebagai "Tsunami Cina" sejurus selepas berakhir pilihan raya.

Walau bagaimanapun, penganalisis berkata sebaliknya apabila mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.

Malah perlantikkan Datuk Paul Low sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam Kabinet baru-baru ini juga dilihat sebagai langkah untuk memulihkan sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran beliau dan menonjolkan imej bersih serta membuktikan ketegasan dalam menangani isu rasuah yang berleluasa.

No comments:

Post a Comment