Wednesday, July 10, 2013

ITULAH AKIBATNYA KALAU ASYIK MELALOK SAJA



BR1M: RM500 boleh makan setahun RM1,200 hanya 2 bulan




Pada 23 Febuari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 cukup untuk rakyat makan setahun.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.


Menurutnya, dengan RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.


“Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo, minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.


“Maknanya, kalau kita hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.

Berlainan pula dengan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Katanya, kalau tiba BR1M RM1,200, bermakna untuk orang kampung, kerajaan membantu dua bulan belanja hidup mereka, 10 bulan lagi mereka cari sendiri.

Berikut ialah petikan jawapan Ahmad.

Beginilah ya, kita ingin membantu rakyat. Kaedah membantu rakyat ini ada dua kaedah. Kaedah yang pertama ialah membantu secara mereka tidak sedar. Saya sudah bacakan tadi secara subsidi dan sebagainya. Ini ialah bantuan yang kita beri terus kepada rakyat. Kebaikan BR1M ini jika dibanding dengan hasrat pembangkang, dia hendak mansuhkan BR1M. Pembangkang kata lebih baik kalau digunakan wang BR1M itu untuk menurunkan harga petrol.

Akan tetapi, satu perkara yang penting dari segi BR1M ini ialah menumbuhkan dan memesatkan pertumbuhan ekonomi setempat. Itu yang penting. Ini kerana daripada Perlis sampai ke Sabah, kedai runcit laku. Segala jenis pasar laku. Pasar malam, pasar lambak, pasar tani, pasar apa lagi ada? Ya, semua sekali laku. Jadi, semua sekali itu meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat. Itu yang amat penting.

Ini kerana orang yang dapat BR1M RM500 dan RM250 ini dia tidak simpan duit itu dalam bank. Dia akan membelanjakan BR1M itu. Kalau tiba BR1M RM1,200, ini bermakna untuk orang kampung, kerajaan membantu dua bulan belanja hidup mereka. 10 bulan lagi mereka cari sendiri sebab RM600 sebulan cukup untuk membiayai kehidupan satu keluarga di kampung. Soalan tentang data statistik dan sebagainya itu kemudianlah.

No comments:

Post a Comment