Thursday, July 11, 2013

NAJIB DOK ROK CETONG

Pemandu akui pentadbiran Najib lemah tangani rasuah

Oleh Hasbullah Awang Chik


Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) percaya banyak usaha boleh dibuat termasuk mengetatkan akta tertentu dapat mengekang gejala rasuah di negara ini.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Anti Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam, berkata kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO dan badan profesional juga membantu mengurangkan rasuah.

"Kita mengakui usaha kerajaan belum mencukupi untuk membasmi rasuah, kata. Kita perlu melipat ganda usaha," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Berdasarkan kaji selidik Transparency International – Malaysia (TI-M) yang diumum semalam, parti politik dan kakitangan awam termasuk ahli parlimen paling banyak terlibat dengan rasuah.

Kajian sama mendapati kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan menangani rasuah merosot kepada 31 peratus tahun ini berbanding 49 peratus daripada 1,000 responden pada 2010.

Bagaimanapun, berdasarkan Penunjuk Aras Rasuah Global (GCB), 87 peratus rakyat Malaysia bersetuju orang ramai boleh melakukan sesuatu untuk membanteras rasuah.

Mengulas lanjut, Ravindran berkata, pindaan undang-undang boleh dilakukan kepada Akta Persatuan 1966 bagi mencegah kebocoran dana dalaman dalam parti politik.

“Pendaftar Pertubuhan juga boleh melakukan pindaan menjelang hujung tahun bagi menjamin ketelusan kaedah pengurusan kewangan parti politik," katanya.

Menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keutamaan untuk memerangi rasuah ketika mengumumkan anggota Kabinet Mei lalu. Ravindran berkata, anggota Kabinet juga mengisytihar harta kepada Najib dan SPRM.

Selain itu, katanya, pelantikan bekas Presiden TI Malaysia, Datuk Paul Low sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada kecekapan tadbir urus dan integriti, membuktikan kesungguhan Najib. - 10 Julai, 2013.

No comments:

Post a Comment