Tuesday, July 9, 2013

NAK KELENTONG PUN AGAK-AGAKLAH !!!




Kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen, “Seramai 6.8 juta isi rumah dan individu bujang telah menerima BR1M 2.0 pada tahun ini yang meliputi 88.1 peratus daripada jumlah keseluruhan pemohon dimana RM2.9 bilion telah diagihkan oleh kerajaan, peningkatan sebanyak RM0.3 bilion berbanding pusingan pertama BR1M yang berjumlah RM2.6 bilion.” 

Bagaimanapun, Ahmad Maslan gagal memberikan penjelasan selepas Ahli Parlimen Sibu (DAP) Oscar Ling Chai Yew bangkit untuk mempertikaikan kadar kemiskinan negara yang dikatakan sudah menurun tetapi kerajaan masih lagi terpaksa memberikan bantuan daripada segi wang tunai kepada rakyat Malaysia.
 
"Pandangan mengatakan kadar kemiskinan dalam negara telah turun adalah tidak selari dengan pemberian BR1M , boleh menteri menjawabnya?" kata Ling.  Ahmad Maslan kemudiaan menjawab, "Tentang statistik itu saya tidak ada."

No comments:

Post a Comment