Tuesday, July 16, 2013

UMNO BUAT PERANGAI LANUN

Tanah rakyat dibangun projek politik BN





Penduduk membina rumah mengikut kadar kemampuan. Malangnya kisah duka lama bertandang semula. Kerajaan BN di bawah Datuk Seri Ahmad Said mengulangi tragedi lampau apabila rumah penduduk diroboh lagi.

“Lebih menghibakan penduduk lima rumah yang sudah lama dibina tiba-tiba diroboh menggunakan jentera berat ketika pemilik keluar bekerja.

“Saya pun hanya mendapat tahu tragedi itu selepas peristiwa meroboh dilakukan. Ketika penduduk datang melihat, lima rumah sudah menyembah bumi.

“Kayu-kayu dan bahan binaan rumah berselerakan di sana sini. Tuan rumah yang mendapat tahu peristiwa itu terkejut besar dan hancur luluh hati mereka,” kata Ismail Idris, 63, (kiri) ketika ditemui baru-baru ini.

Tragedi malang bagi penduduk Besut itu berlaku kira-kira enam bulan lalu.

Di Kampung Tok Saboh beliau yang lebih dikenali panggilan Abe Jid berkata, rumah yang diroboh tersebut terletak bersebelahan projek perumahan mampu milik empat tingkat.

Projek itu dilakukan pecah tanah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin. Projek berkenaan melibatkan kos RM10.3 juta dibangunkan di atas tanah yang pernah dimiliki rakyat.

Bagaimanapun difahamkan lot rumah yang dimiliki penyokong Umno dikekalkan, malah turut dibina rumah baru di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Projek segera itu disifatkan penduduk Kampung Tok Saboh sebagai gula-gula kerajaan BN bagi mengekalkan kemenangan pada 24 Julai ini.

No comments:

Post a Comment