Saturday, August 24, 2013

KHABAR PALSU YANG MEMBINASAKAN




Aku sekali lagi kebingungan apabila melihat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ada pihak yang cemas sehingga membangkitkan ungkapan-ungkapan berbaur perkauman seperti “tsunami Cina”, “Cina tolak salam persahabatan Melayu”, “Apa lagi Cina mau?”, “Pengundi Cina talam dua muka”, dan “Cina tak mengenang budi”.  Ungkapan-ungkapan ini menggambarkan seolah-olah kaum Cina telah benar-benar mengambil alih kuasa politik di Malaysia. Penyebaran ungkapan-ungkapan tersebut telah berjaya menanamkan rasa curiga dalam kalangan orang Melayu.  Walaupun banyak pihak telah menolak ungkapan-ungkapan itu sebagai benar, masih ada yang terus menyebarkannya tanpa rasa bersalah. Inilah yang boleh disifatkan sebagai api dalam sekam bagi perpaduan kaum di negara ini. Kita perlu menerima hakikat bahawa semua rakyat Malaysia hidup aman damai sebelum, semasa, dan selepas PRU-13.  Tiada pergaduhan dan tiada huru-hara.

Bagi yang masih curiga tentang keberadaan kaum Cina dalam kancah politik Malaysia, lihatlah statistik yang diberikan ini. Benarkah kerusi Cina bertambah di Dewan Rakyat?  Pada tahun 2008, ada 56 kerusi Cina di Dewan Rakyat.  Jumlah itu hanya 25.2% daripada 222 kerusi kesemuanya. Pada tahun 2013, hanya ada 48 kerusi Cina di Dewan Rakyat. Jumlah itu hanya 21.6% daripada 222 kerusi keseluruhannya. Hakikatnya kerusi Cina di Dewan Rakyat semakin berkurangan, bukannya semakin bertambah.  Jika demikian keadaannya, macam mana Cina nak kuasai negara ini?

Sebagai rakyat Malaysia yang rasional, kita wajib menentang golongan yang sengaja mengapi-apikan perkauman di negara kita. Tidak perlu bagi sesiapa pun melayani khabar dusta tersebut. Kita perlu menentang golongan pembawa musibah ini habis-habisan.    

No comments:

Post a Comment