Friday, August 30, 2013

KITA TENTANG PERKAUMAN HABIS-HABISAN

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa menolak kepimpinan Najib dan ketuanan UMNO.  Tidak wujud “tsunami Cina” atau “Sistem Dua Kaum” atau “Apa Lagi Cina Mau” atau polarisasi.  Kesemua itu hanyalah cerita dongeng moden yang disebarkan oleh UMNO/BN. Semua rakyat Malaysia prihatin atas perkara ini.  Mereka hidup dalam keadaan harmoni sebelum, semasa, dan sesudah PRU Ke-13. Mengapa ada pihak yang meniup api perkauman sekarang ini? Mengapa pula menggunakan kemudahan telefon mudah alih orang lain untuk menyebar fitnah perkauman?  Jika UMNO sudah terkantoi atas isu ini, apa perlunya diselet kepada orang lain? Tanggunglah sendiri akibat daripada pengucapan pendek akal itu.

Pakatan Rakyat (PR) akan sentiasa memperjuangkan perpaduan tulen.  Itu sebabnya semua parti dalam PR merupakan parti pelbagai kaum. Janganlah bermain api dengan isu perkauman. Bangsa Malaysia tidak rela negara ini dihuru-harakan hanya sanya kerana kekecewaan menawan hati  pengundi walaupun berbilion ringgit telah dibelanjakan. UMNO/BN perlu ingat bahawa wang yang banyak tidak mampu membeli undi. 

1 comment:

  1. Makin lelah tengok manusia saling tuduh meniduh tanpa menyiasatterlebih dahulu.Jangan kerana ideologi politik yang berlainan kita suka2 nak membenci.Kalau macamni lah sikap kita bila Islam mahu maju?Sampai bila nak biar agama kita dipijak.Sama2 lah kekalkan keamanan negara.

    ReplyDelete